Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Harum mewangi dan enak sungguh rasanya pais ayam temasek yang saya buat baru baru ini. Itulah yang dapat saya gambarkan mengenai resepi kali ini.
Tiada stok daun pisang di rumah saya. Agak payah untuk mencari daun pisang di sini. Jadi, saya gantikan dengan daun pandan yang banyak kedapatan di belakang rumah saya. Untuk pais ini saya cuma lapikkan saja daun pandan di bahagian bawah dan aturkan beberapa helai lagi bagi menutupi bahagian atas ayam.
Mak aiiiii, bila membakar pais ayam ini, baunya sungguh harum menyengat, bau daun pandanla katakan, mestilah wangikan. Bila dikeluarkan dari oven dan anak anak lihat hasilannya yang sungguh menarik, cepat cepat mereka bertanya, Dah boleh makan ke Ma? Opsss, kejap dulu jang oooiiiii... sesi photografi belum bermula lagi hehehe. Tapi saya bagi jugaklah seketul dua buat mereka merasa.
Resepi yang sungguh sedap ni saya ambil dari blog Ayu@curlybabesatisfaction. Terimakasih banyak Ayu kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap banget ini, jasamu dikenang. Dan izinkan akak untuk perpanjangkannya pula di sini.
Pais Ayam Temasek
Sources:-From Puan Aini Salim
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- 1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje)
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya
Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan sanatn, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam. Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam diatas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit
Saya tuangkan kuah berlebihan dari memasak tadi, fuhhh......pengsannnnn.....
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.