Sunday, June 19, 2011

Kari Ayam Kering Ala Rendang



Salam dan selamat berhujung minggu semua,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa buat semua bapa bapa di mana saja anda berada. Sesungguhnya kehadiran bapa sangat dihargai, tanpa bapa siapalah kita di dunia ini.

Oklah, tak tau apa nak tulis dah. Jadi , kita ke n3 saya seterusnya ya. Ni lauk yang dimasak tak berapa lama dulu. Sedap sangat rasa kari ayam ni.



Kari ayam yang ala ala rendang ni saya jamah bersama nasi putih. Bila ada lebihan kuahnya tu buat pula mencicah dengan roti gardenia.

Resepi ni dari rumah CMG. Terimakasih ya Cik Mat.

KARI AYAM KERING ALA RENDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.

6 comments:

  1. omy goodness...looks very delicious..:P
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  2. kak watie nampat sedap ni kalau cicah dengan roti peratha best ni kak

    ReplyDelete
  3. tun pun wat kari ayam =) tp wat cair2 cicah ngan roti jala ^^

    ReplyDelete
  4. Kak Watie.. sedapnya nampak lauk ayam tu..

    ReplyDelete
  5. akak..nak tapau ayam..
    sedapnya tengok..

    ReplyDelete
  6. Jay,
    This is superb Jay....

    Chik Mimi,
    Fuhhh......jangan sebut Mimi, akak dah tertelan air liur ni

    Tun Telani,
    Kari ayam walaupun cair atau pekat kejadiannya, tetap sedapkan Tun, tambah2 cicah ngan roti jala. Tp akak suka yg pekat pekat

    Naz,
    Memang sedap sangat ni Naz

    Mas,
    Akak dah tapau dah seketul untuk Mas, tunggu sampai ya

    ReplyDelete