Tuesday, June 28, 2011

Kuih Kaswi


Salam dan selamat pagi semua,
Hari ni masak sambal tumis ikan bilis jer, jadi cepatlah siapnya. Bila dah cepat siapnya, maka awal la juga kita dapat kita dapat bersiaran.....hehehehe.

Hari ni nak tunjukkan kuih tradisi turun temurun yang saya buat beberapa hari lepas. Kuih kaswi atau juga dipanggil kuih kosui di sebelah utara. Cara membuat kuih ini tersangatlah ringkasnya, campur semua bahan dan kukus, dahhh siap. Tekstur kuih kaswi ni pulak tersangatlah lembut. Rasanya pun manis, disulam rasa lemak lemak kelapa parut. Ini pertama kali saya membuat kuih ini. Saya buat separuh adunan sahaja takut tak jadi. Sewaktu membancuh adunan ini, nampak terlalu cair hinggalah saya teragak agak samada mahu ditambahkan tepung atau tidak bagi memekatkannya sedikit. Tapi bila fikir dua kali, mungkin memang begini keadaan kecairannya, maka sayapun tak jadi tambah, kukus dulu sedikit dan tengok resultnya.

Lepas 20 minit dikukus, saya lihat kuih ini macam lembik lagi, nampak macam berair kat permukaannya. Saya letakkan papertowel biar cecair menyerap ke dalamnya. Ragu ragu betul saya lihat kuih ni, nampak macam tak jadi aja. Saya letak pulak jari kat permukaannya, pun melekat sedikit. Penyudahnya saya letak dalam petiais sekejap biar mengeras sedikit. Alhamdulillah, bila dikeluarkan dari acuan, elok aja jadinya.

Beginilah rupanya kuih kaswi pertamaku. Berbagai bagai versi saya buat. Banyak juga hasilnya walaupun separuh adunan. Saya gunakan dua acuan apam yang berlainan. Cuma warnanya aja sedikit pudar mungkin sebab saya guna gula merah yang tak berapa terang warnanya.

Anak yang kecil tak menyempat nyempat tunggu kueh mengeras, sekejap sekejap bertanya. Jadi, bila dah siap, dia dulu la yang merasa. Berulang ulang dia makan, sedap katanya. Abang abang yang lain pun begitu juga. Saya asingkan juga beberapa ketul kat dalam pinggan untuk memulangkan bekas yang diberi oleh jiran tempohari. Dah lama benar jiran saya bagi kari kepala ikan, sampai dua kali, bekas belum berhantar.

Resepi ni saya perolehi sewaktu menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O ahad lepas. Ada seorang chef yang menunjukkan cara buatnya. Apalagi, saya pun kelam kelibut menyalinnya, mana yang sempat ajalah sebab terlalu cepat sangat disiarkan.

KUIH KASWI

Bahan bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan tepung jagung

1 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
1 1/2 liter air - lebihkan kalau nak lembut
1 st garam.

kelapa parut

Cara-caranya
Gula putih, gula merah dan air dimasak sebentar di atas api kecil dan sejukkan.

Ayak semua tepung dan perlahan lahan campurkan dengan cecair yang telah dimasak tadi. Gaul menggunakan whisker biar rata. Tapiskan.

Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan kukus didalam pengukus sehingga naik wap. Perlahan lahan sendukkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan kukus dengan api paling perlahan selama lebih kurang 20 minit.

Bila telah masak, biar di dalam acuan selama lebih kurang 30 minit sebelum dikeluarkan dan di letakkan kelapa parut.

Saya suka makan versi yang ini, kerana dicoat sepenuhnya dengan kelapa parut, ada rasa lemak yang lebih dan sangat sedap.

5 comments:

  1. sedapnyer kuih kaswi =) last time tun wat pun pucat je kaler dia. tips yg CMG dan kak noorsha beri, nak kasi warna cantik, letak sedikit kicap manis. rasa xkan effect pun. tun belom cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. nak kuih..nak buat tak rajin..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,
    kuih kaswi hubby nya favourite..
    nak rasa yang akak punya ada lagi tak tuuu????...

    ReplyDelete
  4. lewat...lewat...sampai
    sure dah habis.
    akak pun sama...dah lama simpan mangkuk jiran yang memberi nasi dagang...
    bila lah agaknya nak membalasnya, harap sayar ye akak jiran...hihi

    ReplyDelete
  5. Tun Telani,
    Sebenarnya akak dah tambah kicap cap kipas udang satu sudu kecil tp kalernya tetap pudar

    Anna Qawina,
    Meh ler sini Anna.....

    Ayu,
    Wsalam. Mai la singgah Penang dulu Ayu, nanti akak kukus lagi.....

    Kasihredha,
    Jangan risau, kalau dah habis boleh buat lagi sebab senang sangat.......Tu la pinggan kalau ada kat rumah mesti nak tunggu mood masak mai baru leh balas balik hehehehe

    ReplyDelete