Thursday, June 2, 2011

Siakap Masak Hijau


Salam semua,

Sedap sangat nampak ikan masak hijau ni bila saya terpandang tayangannya kat rumah Nur. Cepat2 saya salin resepinya. Bila dibelek belek resepinya sekali lagi, sama macam resepi ayam masak hijau yang pernah saya buat tak lama dulu, boleh dilihat di SINI.


Saya doublekan bahan bahannya sebab nak masak untuk 8 ketul ikan, ikan pula saya guna ikan siakap. Berpeluh peluh saya bila makan ikan ni dengan nasi panas panas, mana pedasnya cili padi, mana panasnya nasi, berasap asap la jadinya. Tapi, memang sedap sangat.

Kepada yang ingin mencuba di bawah ni saya perpanjangkan resepinya. Terimakasih buat semuanya ya.

Ikan Siakap Masak Hijau - Resipi Yatie

Bahan-Bahan
2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan - sy guna ikan siakap
2 ulas bwng putih*
3 biji bwng merah*
1/2 inci halia*
4 btng cili merah*
4 btng cili padi merah*
sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau- di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & sedikit gula
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi- ambil jusnya je

Cara-Cara
Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.





6 comments:

  1. memang berpeluh2 tamabah makan dengan nasi panas pula kan wattie...perrrggghhh

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie,
    memang sedap ikan masak hijau nii.
    taa kiralah gunakan ikan apakan..makan nasi dgn ni aje dah cukup dah..

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Sedapnyer... like like...

    ReplyDelete
  4. As'salam wattie

    selalunya ct kalau makan ikan siakap ni hanya dibakar dan dicecah dengan kuah asam atau sambal kicap. Tapi kalau masak lauk ct belum pernah sekali pun..percaya tak. sebab Hb ct tak gemar gemar makan ikan siakap ni, tak tahulah kenapa.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak..ikan siakap tu my fav tu...lama tak mkn siakap ni..nampak masakan ni pun menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. KasihRedha,
    Memang berpeluh tapi berselera juga....

    Ayu,
    Wsalam. Memang sedap tp akak suka ikan siakap

    Ajwa,
    Memang sedap Ajwa

    CT Delima,
    Wsalam. Terbalik lak kita CT, saya klu takder yg berkuah, hubby tak berapa suka

    Nieza,
    Memang sedap Nieza

    ReplyDelete