Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Monday, June 27, 2011
Udang Bukharry Masala
Salam semua,
Semalam sehari suntuk menyerika baru, satu aktiviti yang paling saya tidak suka tetapi terpaksa melakukannya. Selalunya saya seterika seminggu sekali dan gantung dalam almari. Bayangkanla betapa banyaknya kain baju untuk seminggu, mana yang hubby punya, mana yang anak2 punya, mana yang sendiri punya. Selalunya saya lepak aja ajer bila menyerika, biar selesa sikit nak menjuntaikan kaki...
Lepas seterika baju, bammmmmmmm landing seketika melepaskan penat dan lenguh lenguh. Mujur juga hujung minggu takder aktiviti masak masak, klu tak mau pengsannnn dibuatnya. Itulah aktiviti saya setiap hujung minggu, itupun kalau tak shopping mingguan..
Oklah, jom tengok apa saya masak minggu lepas, udang masala la pulak. Ambil resepi ni kat Sajionline. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya kepada yg ingin mencuba.
Udang Masala Buharry
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang
5 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili hijau (hiris)
2 biji tomato (potong halus)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 sudu kecil halia (kisar)
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji gajus (kisar) - sy tak letak
50 gm santan
50 ml minyak
750 ml air
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan halia sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.
3.Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.
4.Setelah itu, barulah masukkan udang bersama tomato, gajus, cili hijau dan
cili merah.
5.Apabila air kering sedikit, masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.
Rasanya biasa biasa aja......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Wattie,
ReplyDeletehmmm wattie,you ni dh mcm my hubby lah..kalau sesuatu resipi yg I cuba bila tk kena pd tekak dia...pasti dia akan cakap biasa2 aje...hehehe...apa2 pun memang nampak mcm sedap yg you masak.
Ala,udang kat esbok kecik conet jer klu masak camni mmg x puas makan..hihi
ReplyDeleteAssalam kak wattie,walaupon rasanya biasa2 ajer,tapi sbb udang,mmg nampak sedapajer kak..sy pon sma kak,mls betoi seterika baju..Tapi mmg kna wat juga la.hehe..
ReplyDeletekain baju memang tak pernah habis2...ada jerrr kan...hihi
ReplyDeleteudang tu nampak lazattt sangatttt
walaupun watie cakap rasanya biasa2 je
asslam kak wattie,
ReplyDeletesedapnya nama udang ni macam dah terasa kesedapan nya ..masuk list !!!
biasalah nieza bab iron baju memang malas sgt....itu baju hubby jer nanti blk keja baju sendiri pulak..sabar jerlah..hehe btw sedapnya udang tu kak...menyelerakan..:)
ReplyDeletepenat tu iron baju sefamily ye...E-na sejak dok jepun kiranya bole bercuti dari iron baju byk2...sekadar tudung sendiri dan baju2 yg perlu shj...anak x pakai uniform g skul, hubby pun t-shirt aje...balik nnt mmg byk la yg perlu di iron...huhuuu...
ReplyDeleteudang tu biasa2 jer...bole try...x tau bila..
Nurindah,
ReplyDeleteWsalam. A'a biasalah ayat baik punyaa.....heheheh
sedap la sikit bila didengar yer dak
Azatiesayang,
Beli udang galah Atie, baru best....hehehe
Zaliedana,
Wsalam. Kat tekak akak ni biasa2 aja, kalo kat tekak orglain mungkin juga luarbiasa...hehehe
Kasihredha,
Iyer ke nampak lazat....ok la tu...
Ayu,
Wsalam. Masuk list dulu lepaih tu lupa nak masak hahahahah.....begitulah kejadiannya macam akak jugak....
Nieza,
Kalau ikutkan hati nak surrender aktiviti iron baju ni, tapi apa nak buat, ku gagahkan juga....
Lovely,
Tkasih Ena sudi singgah sini. Iron baju memang satu aktiviti yang memang memenatkan dan membosankan, tp kalau nak segak kenalah buat juga.....