Monday, June 6, 2011

Nasi Ayam Penyet Palembang

Selamat malam semua,
Jom layan gambaq dulu, cerita dan resepi menyusul nanti ya. Dah ngantuk sangat ni, nak beradu jap, seharian hari ni menguruskan kesah anak bujang saya. Esok pepagi ada tugasan penting lagi.......Ciauuuu


Okla, cerita tentang menu nasi ayam penyet ni ya. Lama sebenarnya tak buat nasi ayam. Anak anak pulak asyik dok suruh buat ayam goreng. Hari hari tanya, mama bila nak buat ayam goreng. Ishhhhh.....tak jemu jemu mereka ni dengan ayam goreng. Rasanya kalau hari hari depa dijamu dengan ayam goreng pun takpa, lagi depa suka.

Konklusinya, saya pun buatlah nasi ayam penyet palembang ni sebagai memenuhi citarasa semua. Sebabnya, nasi tu emak depa pun teringin jugak, diselit juga dengan ayam goreng sempoi tu kan, jadi lengkapla hidangan hari ni nasi ayam penyet palembang. Resepi mai jauh nun dari seberang. Terjumpak resepi ni kat rumah Zaliana masa tengah google cari resepi. Zaliana pulak dapat dari ResepiDiana. Tuanpunya resepi Hajah Rohanna Abu. Terimakasih semuanya ya.


Bila nak buat sambalnya, cabai merahnya pulak tinggai sebijik saja, mana cukup, tak pedas la cam tu, mana kick kan??? Resepi kata nak 3 bijik, jadi saya bantai la dengan cabai melaka 7 bijik, tu diaaaa, tak pedaih tak cabaila namanya. Tak pakai mesin ya, semua pakai lesung batu, ketuk ketak, ketuk, ketak lesung berbunyi melagukan iramanya. Satu taman boleh dengar, selalunya dengar bunyi blender, hari ni dengar bunyi lesung batu pulak. Okla kan, sekali sekala tukaq lagu, hahahaha. Tumbuk cabai pakai lesung ni lagi sedap kan??? sambal pun tak berair. Tapi, tu la jenuh pakai penampan pinggan takut cabai terpercik ke mata dan jenuh jugak nak menunggu cabai tu lumat pasai lesung pun dah lama tak guna, tak berapa nak tajam dah, cam tuan dia jugak la, hahahaha....

Sup dia pulak, saya tambah dengan bunga kobis sikit, sebab nampak kosong sangat bila biar sup macam tu saja, best jugak rasanya. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya kepada yang ingin mencuba.

NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Ni la dia, set hidangan hari ini, Nasi Ayam Penyet Palembang keluaran WHM. Tak sempat nak buat sos kicap denga sos cili, sebab dok kalut nak buat kerja lain. Rasanya, yang ni pun dah cukup sedap. Fuhhhhh.... tengok ayam ni pun dah tak tahan dah ni... Jemput makan semua.......

12 comments:

  1. Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie, dah lama tak masak nasi ayam penyet....sedapnya nampak tu ha...ni kita bawa lari sepinggan ..oops, terlupa sambalnya ha..heheh
    sedapnyyaa..

    ReplyDelete
  3. Salam kak Wattie, air liur Kaz selalu meleleh bila baca blog Kak Wattie, hehe. Sedapnya npk ayam penyet tu, jgn lupa bg resepi ya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wattie,
    seronok baca celoteh wattie nak siapkan nasi ayam penyet nih... terhibur amie di sini... pasal anak2 suka ayam goreng, anak2 amie pun sama, kalau dilayan hari2 nak ayam goreng....

    ReplyDelete
  5. cabai melaka tu macamana rupa parasnya ye?
    hihi kelakar le wattie ni...syokk baca :)

    ReplyDelete
  6. Jay,
    Thanks Jay.

    Bobhandburry,
    InsyaAllah nanti saya akak buat kunjungan balas ya. Tkasih sudi singgah sini

    Ayu,
    Wsalam. Patutla tadi akak cari pinggan tu tak jumpa rupanya Ayu dah bawak lari...huwaaaaaaaa

    Kaz,
    Wsalam. Tu dia resepinya Kaz, akak dah tepek, bila ada masa bolehla try, jangan kempunan dah...ok

    Amie,
    Wsalam. Akak sendiri tulis pun akak nak tergelak Amie, merapu betulla.....sekali sekala takpala kan....

    Kasihredha,
    Kat belah utara ni cili padi kita panggil juga cabai melaka. Rupanya pula seakan akan lada merah hahaha cuma saiznya saja kecik kecik, comel gitu.......

    ReplyDelete
  7. Assalam kak wattie, tu dia pedas berdegung la bubuh cabai melaka tu...hehe sungguh menyelerakan tgk menu nasi akak ni....sedap ayam tu..

    ReplyDelete
  8. Salam kunjungan... blog menarik, senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  9. Nyum3.. sedap sguh nmpak... nak meleleh dh ayaq liuq ni :)

    ReplyDelete
  10. Nieza,
    Wsalam. Memang menyelerakkan Nieza, sedap banget.

    Bobhandburry,
    Tkasih sudi mai lagi ya Bob, akak dah singgah beberapa hari lepas, jgn lupa mai lagi na.

    Syela,
    Jangan kempunan udah ya Syiela, nanti jenuh lak akak nak menjawap

    ReplyDelete
  11. SALAM..
    SEDAP YER NGOK. SABO JER LA BLAN2 POSE NI.. NK TRY LA, MESTI BESH.

    ReplyDelete