Monday, June 27, 2011

Udang Bukharry Masala


Salam semua,
Semalam sehari suntuk menyerika baru, satu aktiviti yang paling saya tidak suka tetapi terpaksa melakukannya. Selalunya saya seterika seminggu sekali dan gantung dalam almari. Bayangkanla betapa banyaknya kain baju untuk seminggu, mana yang hubby punya, mana yang anak2 punya, mana yang sendiri punya. Selalunya saya lepak aja ajer bila menyerika, biar selesa sikit nak menjuntaikan kaki...

Lepas seterika baju, bammmmmmmm landing seketika melepaskan penat dan lenguh lenguh. Mujur juga hujung minggu takder aktiviti masak masak, klu tak mau pengsannnn dibuatnya. Itulah aktiviti saya setiap hujung minggu, itupun kalau tak shopping mingguan..

Oklah, jom tengok apa saya masak minggu lepas, udang masala la pulak. Ambil resepi ni kat Sajionline. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya kepada yg ingin mencuba.

Udang Masala Buharry

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang
5 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili hijau (hiris)
2 biji tomato (potong halus)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 sudu kecil halia (kisar)
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji gajus (kisar) - sy tak letak
50 gm santan
50 ml minyak
750 ml air
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan ha­lia sehingga naik bau.

2.Kemudian ma­suk­­kan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.

3.Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.

4.Se­te­lah­ itu, barulah masukkan udang ber­sa­ma­ tomato, gajus, cili hijau dan
cili me­rah.

5.Apabila air kering sedikit, masuk­kan pula santan dan garam secukup ra­sa.­
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.

Rasanya biasa biasa aja......

8 comments:

  1. Assalamualaikum Wattie,

    hmmm wattie,you ni dh mcm my hubby lah..kalau sesuatu resipi yg I cuba bila tk kena pd tekak dia...pasti dia akan cakap biasa2 aje...hehehe...apa2 pun memang nampak mcm sedap yg you masak.

    ReplyDelete
  2. Ala,udang kat esbok kecik conet jer klu masak camni mmg x puas makan..hihi

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,walaupon rasanya biasa2 ajer,tapi sbb udang,mmg nampak sedapajer kak..sy pon sma kak,mls betoi seterika baju..Tapi mmg kna wat juga la.hehe..

    ReplyDelete
  4. kain baju memang tak pernah habis2...ada jerrr kan...hihi
    udang tu nampak lazattt sangatttt
    walaupun watie cakap rasanya biasa2 je

    ReplyDelete
  5. asslam kak wattie,
    sedapnya nama udang ni macam dah terasa kesedapan nya ..masuk list !!!

    ReplyDelete
  6. biasalah nieza bab iron baju memang malas sgt....itu baju hubby jer nanti blk keja baju sendiri pulak..sabar jerlah..hehe btw sedapnya udang tu kak...menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  7. penat tu iron baju sefamily ye...E-na sejak dok jepun kiranya bole bercuti dari iron baju byk2...sekadar tudung sendiri dan baju2 yg perlu shj...anak x pakai uniform g skul, hubby pun t-shirt aje...balik nnt mmg byk la yg perlu di iron...huhuuu...
    udang tu biasa2 jer...bole try...x tau bila..

    ReplyDelete
  8. Nurindah,
    Wsalam. A'a biasalah ayat baik punyaa.....heheheh
    sedap la sikit bila didengar yer dak

    Azatiesayang,
    Beli udang galah Atie, baru best....hehehe

    Zaliedana,
    Wsalam. Kat tekak akak ni biasa2 aja, kalo kat tekak orglain mungkin juga luarbiasa...hehehe

    Kasihredha,
    Iyer ke nampak lazat....ok la tu...

    Ayu,
    Wsalam. Masuk list dulu lepaih tu lupa nak masak hahahahah.....begitulah kejadiannya macam akak jugak....

    Nieza,
    Kalau ikutkan hati nak surrender aktiviti iron baju ni, tapi apa nak buat, ku gagahkan juga....

    Lovely,
    Tkasih Ena sudi singgah sini. Iron baju memang satu aktiviti yang memang memenatkan dan membosankan, tp kalau nak segak kenalah buat juga.....

    ReplyDelete