Pages

Friday, June 29, 2012

Pais Ayam Temasek


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Harum mewangi dan enak sungguh rasanya pais ayam temasek yang saya buat baru baru ini. Itulah yang dapat saya gambarkan mengenai resepi kali ini.



Tiada stok daun pisang di rumah saya. Agak payah untuk mencari daun pisang di sini. Jadi, saya gantikan dengan daun pandan yang banyak kedapatan di belakang rumah saya. Untuk pais ini saya cuma lapikkan saja daun pandan di bahagian bawah dan aturkan beberapa helai lagi bagi menutupi bahagian atas ayam. 
Mak aiiiii, bila membakar pais ayam ini, baunya sungguh harum menyengat, bau daun pandanla katakan, mestilah wangikan. Bila dikeluarkan dari oven dan anak anak lihat hasilannya yang sungguh menarik, cepat cepat mereka bertanya, Dah boleh makan ke Ma? Opsss, kejap dulu jang oooiiiii... sesi photografi belum bermula lagi hehehe. Tapi saya bagi jugaklah seketul dua buat mereka merasa.


Resepi yang sungguh sedap ni saya ambil dari blog Ayu@curlybabesatisfaction. Terimakasih banyak Ayu kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap banget ini, jasamu dikenang. Dan izinkan akak untuk perpanjangkannya pula di sini.

Pais Ayam Temasek 
Sources:-From Puan Aini Salim 
Bahan:- 1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan(Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje) 
1 helai daun kunyit dihiris 
2 helai daun limau purut disiat 
2 cawan santan(1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje) 
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje) 
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan garam & perasa secukupnya 
daun pisang secukupnya 



Bahan kisar:- 
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar) 
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar 
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih) 
8 biji buah keras 
1 cm lengkuas 
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai) 
beberapa cili padi -(Ayu tambah) 
1 sudu makan serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan putih 

 Cara:- Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan sanatn, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam. Masak balik-balikkan hingga hampir kering. Bubuh ayam diatas daun pisang, taburkan daun kunyit dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit

Saya tuangkan kuah berlebihan dari memasak tadi, fuhhh......pengsannnnn.....
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

3 comments:

  1. Watie, laparnya nampak ayam.Kak Ros belum makan sebab hari ni little laling paksa buat project butter cookies dengan dia.Akhirnya kita juga yang kena habiskan dan kemas mengemas serta cuci mencuci.Tak sempat nak makan lagi.

    ReplyDelete
  2. aduh aduh Wattie! Amie kan kalau datang Penang memang mata terus lekat kat kuah hidangan Wattie... nampak menggoda sangat!

    ReplyDelete
  3. bakar dgn daun pandan lagi le wangi bbanding daun pisangkan.
    sure harummmm semerbak:)

    ReplyDelete