Sunday, June 29, 2014

AYAM MASAK KICAP PALEMBANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Resepi untuk hari ini adalah Ayam Masak Kicap Palembang.  Hasil carian di internet, saya dapati ada berbagai bagai versi ayam palembang.  Ada yang bersantan dan ada yang tidak.  Setelah difikir fikir dan bagi menyesuaikan masakan ini dengan tekak saya, saya gabungkan beberapa resepi bagi menghasilkan resepi untuk hari ini.  Jom kita tengok hasilan dan resepinya.


AYAM MASAK KICAP PALEMBANG

Bahan bahannya  :-
1 ekor ayam
garam dan kunyit
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan santan
3 helai daun pandan disimpul
3 lembar daun kari
Rempah tumis 4 sekawan
1 sb gula
garam secukupnya


Bahan bahan dimesin bersama  :-
3 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1in halia
3 batang serai (1 mesin, 2 diketuk)
5 sb cili kisar


Cara caranya  :-
1.  Ayam dibersihkan, dilumur garan dan kunyit dan digoreng 1/2 masak.
2.  Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, serai diketuk dan  daun pandan hingga naik baunya.
3.  Masukkan bahan bahan mesin dan tumis hingga pecah minyak.
4.  Masukkan ayam, kicap manis dan santan, gaul rata.
5.  Masukkan daun kari, gaul rata.
6.  Kalau nakkan yang berkuah, tambahkan sedikit air, biarkan mendidih.
7.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8.  Biarkan masakan sedikit pekat dan tutup api.  
9.  Siap untuk dihidangkan.


Memang sangat sedap !


Selamat Mencuba.

Friday, June 27, 2014

Sagu Gula Melaka & Salam Ramadhan Al Mubharak



Salam Ramadhan Al Mubharak diucapkan kepada semua teman teman dan pengunjung blog Wattieshomemadecakes dan DeWattiesdelight.  Alhamdulillah, bulan ramadhan tiba lagi, bulan yg penuh dengan keberkatan Dan kemuliaan.  Kedatangannya sentiasa dinanti kerana ianya menjanjikan sebuah peluang yang besar bagi kita meningkatkan keimanan Dan ketakwaan. Mudah mudahan kita dapat melaluinya Dan menjadi insan yg lebih baik dari segala segi berbanding sebelumnya.

Cuaca agak panas kebelakangan ini, biarpun siang maupun malam.  Tekak pula sering aja kehausan.  
Apakata hari ni kita layan pencuci mulut yang saya buat beberapa hari yang lepas.  Boleh juga kalau ingin dijadikan juadah berbuka puasa nanti.
Saya letakkan dua jenis resepi berbeza untuk rujukan di masa hadapan.


PUDING SAGU GULA MELAKA 
Sumber Resepi : Ummi Zaihadi@HomeSweetHome (tkasih ya)

 Bahan:- 
300 gm biji sagu (warna putih) 
2 liter air 
1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je) 
2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya 

 Untuk sirap gula:- 
1 ketul gula melaka, potong kecil 
1/2 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan air 
1 helai daun pandan (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan) 
 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam *boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni) 


 Cara Menyediakan:- 
Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Cara Hidangan:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.  


SAGO GULA MELAKA 
Sumber Resepi : Rossitamz@MyResepi (tkasih ya)

 Bahan-bahan ( 6 orang ) 
 Bahan A : 
2 cawan sagu 
5 cawan air 

Bahan B : 
3 cawan santan 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 sudu kecil garam 

Bahan C : 
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah 
1 cawan air 
1 cawan air 
1 helai daun pandan 


Cara-cara Adunan A : 
Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan. 

Cara-cara Adunan B : 
Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan. 


Cara-cara Adunan C : 
Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk. 

Cara menghidang : 
Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. Siap untuk dimakan!!!

Tak rugi mencubanya, memang sangat sedap.

Thursday, June 26, 2014

Bunga bunga rosette buat Pn Shukriah, Bomba.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Linda dari Bomba Prai sempena hari lahir boss nya, Pn Shukriah.

Linda request, kek yang serupa macam kek yang saya buat untuk birthday rakan anak teruna saya baru baru ini.  Boleh lihat di SINI   hasilannya.
Kata Linda nak "sebijik macam tu" hahaha,  lucu saya baca ayat ini.
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Pn Shukriah.  Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.











Wednesday, June 25, 2014

Siew Pak Choy Bersos Tiram


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.



SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
 Sumber Resepi : Kak Rose@SeriPayaKu 

 Bahan-bahan 
seikat sayur siew pak choy 
4-5 sudu mkn sos tiram 
3 ulas bawang putih- cincang 
seinci halia - cincang 
sebiji telur - ni saya tambah
air 
sedikit serbuk perisa@gula - jika suka 
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah 
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan 

Cara-cara 
Sayur jgn dipotong dulu,  Panaskan air. celur dengan btg2nya  sekali.  Angkat dan toskan. Potong bahagian  hujung sayur susun dalam pinggan dan ketepikan. 


Panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.  
Masukkan sos tiram dan juga air sedikit,  kacau.  
Masukkan perisa jika suka. tak perlu letak garam sbb sos tiram sudah masin.  
Kalau nakkan kuah yang pekat, bancuhkan tpg jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam.  Biar mendidih.  
Tutup api, tuang kuah atas sayur tadi dan hiaskan dengan bawang putih goreng. 







Tuesday, June 24, 2014

Red Velvet & Rainbow Cakes In Jar tempahan Fahana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Repeat order daripada Fahana untuk event di tempatnya bertugas.





Kali ini Fahana menempah 10jar redvelvet cake dan 10jar rainbow cake.









Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Monday, June 23, 2014

Asam Pedas Nyonya yang Memang Power






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Selepas memasak asam pedas baru baru ini, rasa macam ketagihla pulak.  Kali ini saya cuba resepi yang lain pula.  Resepi kali ini ala ala nyonya peranakan sumbangan Chef Florence Tan.


Memang tak rugilah mencuba asam pedas ini, berbaloi baloi sedapnya, hingga menghirup kuah heheheh.    Terima kasih banyak diucapkan kepada NoorMasri kerana sudi berkongsi resepi sedap ini,jasamu dikenang.  



Mai kita ushaaar  resepinya.

 ASAM PEDAS ALA NYONYA 

 Bahan-bahan: 
 1 ekor ikan siakap - dlm 6 keping selepas dipotong (sy guna ikan kembung jer)
1 tangkai bunga kantan - belah 2 
sedikit daun kesum 
sedikit air asam jawa / 2-3 keping asam keping 
1 kiub ikan bilis (tak letak sbb tak ada)
8 biji kacang bendi (tak letak juga)
1 biji buah tomato jika suka 
minyak utk menumis 
garam 


 Bahan kisar: 
 5 sudu besar cili kisar 
8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
3 biji buah keras 
2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja 
2 cm lengkuas 
2 cm halia 
2 cm kunyit hidup 
sedikit belacan 


 Cara membuat: 
 Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya. Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya. Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum. Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.

Saturday, June 21, 2014

Pulut Kuning Berhias Telekom, Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Pulut kuning berhias  dilapisi serunding  tempahan Ulfarisya untuk event di Telekom, Penang.

12"


\
Hiasan, serunding, burung telur, telur dadar, salad, bunga karrot dan cili bunga.





Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  
Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.