Thursday, October 30, 2014

Bihun Sup Tulang Lembu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dah tak tahu dah bila bihun sup ni disediakan sebab lama sangat, hehehe.  Jenuh juga mencari resepi sebab terlupa.  Tapi hasilnya memang best, cuma bahan bahannya saja agak banyak.  Saya letak apa yang ada di dapur saja.  Jom kita semak resepinya  :-
\

Ditulis oleh : Che' Nom @ Iresepi 
Masa: Penyediaan: 20 minutes | 
Memasak: 60 minutes |
 Keseluruhan: 80 minutes 
Jumlah Hidangan : 6 Orang Makan 

 Bahan-Bahan: 
 1 kg. tulang dan daging. 
1 bungkus bihun Bahan untuk rempah tumis: 
2 batang kayu manis 
5 biji buah pelaga 
3 biji bunga lawang 
3 tangkai cengkih 

Bahan untuk dikisar:
 5 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
3 biji buah keras 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu besar lada hitam 
1 sudu kecil serbuk ketumbar 
1 sudu kecil jintan putih 
Dipotong dadu besar: 
1/2 batang lobak merah 
2 biji kentang sederhana besar
 tomato (potong 4) 
Bahan untuk sambal cili: 
4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air. 
3 ulas bawang putih, dikisar. 
3 ulas bawang merah, dikisar. 
1/2 biji bawang besar, dikisar. garam dan gula secukup rasa. 
Bahan untuk hiasan: 
200 gram lobak masin dicelur 
2 tangkai daun bawang 
3 tangkai daun sup 
bawang goreng 

Cara Penyediaan: 
 Cara-cara untuk sup:
 Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. 
Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak 
Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar Masukkan air, lebih kurang 3 cawan. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang. 


Cara-cara untuk sambal cili: 
Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap. 


Cara-cara bihun sup: 
Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan, Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!
 Tips: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

Wednesday, October 29, 2014

Deepavali Cookies / Biskut Deepavali

Salam sejahtera semua,
Tempahan biskut sempena perayaan Deepavali baru baru ini daripada Pn Sharma.  Lambat sikit masukkan di sini. 

Untuk melihat tempahan  tempahan terbaru,  sila layari dewattiesdelight.blogspot.com.






Wishing you and ur family a Happy Deepavali.

Pineapple Tart#London Almond#Semprit#

Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, October 28, 2014

Ayam Shahi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Dalam dok sibuk sibuk menyiapkan tempahan, mencelah  juga menyediakan hidangan tengahari buat keluarga.  Sebenarnya juadah ni dah dibuat beberapa minggu yang lepas,

Resepi macam biasalah ambil dari dapur Ayu.   Memang best sangat rasa ayam ni, lain dari yang lain.  Jom kita terus ke resepinya ya.


 Ayam Shahi 
 Sources:-Amni Omar aka Mumtaj Begum Omar 

Bahan A 
1 ekor ayam – dipotong 10 – 12 keping 
 ½ biji lemon – perah jusnya 
 ½ cawan tairu 

 Bahan B 
5 sudu makan ghee
 5 sudu makan minyak 
1 inchi kayu manis 
2 helai daun bay 
5 biji buah pelaga 
3 biji bawang besar – dihiris 
5 batang lada hijau – potong dua dan dibelah-(Ayu hiris) 
10 biji cili padi-(Ayu tambah dan hiris) 
1 sudu makan pes halia (halia kisar) 
½ sudu makan pes bawang putih (bawang putih kisar) 
1 biji tomato – didadu 
2 pokok daun ketumbar – dihiris 
2 sudu makan serbok ketumbar 
1 sudu makan serbok lada putih 
1 sudu teh serbok kunyit 
 3 cawan air 
2 biji kentang-(Ayu tambah) 
garam & perasa – secukup rasa 


 Bahan C 
10 biji badam- (Ayu guna 2 sudu besar serbuk almond) 
½ cawan cream-(Ayu guna susu) 
½ cawan santan kotak 
sedikit air 

 Bahan D 
1 pokok daun ketumbar – dihiris untuk taburan 

 Cara:- 
Gaul bahan A dan perap selama ½ jam 
Kisar bahan C dan ketepikan. 
Panaskan kedua dua jenis minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan buah pelaga. Masukkan bawang hiris dan tumis hingga layu. 
 Masukkan lada hijau dan tumis hingga bawang kekuningan. 
Masukkan pes halia dan bawang putih dan tumis sehingga wangi. 
Masukan pula tomato dadu dan daun ketumbar dan tumis selama 5 minit. 
 Masukkan kesemua bahan serbok (ketumbar, lada putih dan kunyit). 
 Tuangkan 1 cawan air, gaul rata, tutup periuk dengan tudungnya dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. 
 Setelah 10 minit, gaul rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak Masukkan ayam serta kentang dengan bahan perapannya dan garam, gaul rata. 
Tuangkan baki 2 cawan air dan masak selama 10 minit lagi. 
 Setelah 10 minit, tuangkan bahan C (yang telah dikisar), gaul rata dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.-(Ayu masak cair sedikit sebab nak berkuah) 
 Padam api dan taburkan bahan D.

Saturday, October 25, 2014

Rainbow Ruffles Cake, Baked Macaroni, Pulut Kuning & Rendang Ayam


Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua,
Tempahan daripada Pn Saliza untuk  jamuan makan makan bersama keluarga tersayang.

Welcome Home Dr Azzam!
Meraikan kepulangan seseorang yg semestinya teristimewa.

Antara yg ditempah adalah
Kek Pelangi. Sy buatkan design ruffles dengan sekuntum bunga. Suka pula saya buat design ini. Harap semua menyukainya.

Makaroni Bakar


Rendang Ayam.  
Aiiikk rendang ayam pun ada???.
In sha Allah kalau ada permintaan, boleh aja saya buatkan.  



Set Pulut Kuning Dan Rendang Ayam.
Ada yang berminat???  Sila dial/SMS/whatssup no di atas.




Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan ini.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Thursday, October 16, 2014

Cupcake Basket Hantaran / Kek cawan dalam bakul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lanjutan dari kek cawan yg saya buatkan untuk anak saudara saya baru baru ini, sy menerima tempahan Kek cawan dalam bakul/raga  daripada Fatimah  sempena hari pertunangan adiknya Ipah.

16 biji kek cawan dengan gabungan warna warna pilihan oren dan maroon sebagai hantaran di hari bahagia mereka.




Inilah hasil kerastanganku.

Cupcakes#Basket#net#organza#flowers#ribbon#


Selamat Bertunang diucapkan buat Ipah dan Pali, semuga bahagia hingga ke syurga, amin.


Fatimah juga menempah cream puff.


Sms feedback dr Fatimah :-
Assalam Kak, depa kata lawa Kak !

Alhamdulillah, tkasih banyak. Senyum sampai Ke telinga Kak membacanya, hehehe.


Terimakasih banyak diucapkan buat Fatimah kerana memberikan sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan produk terbaru ini.  Dan 
terimakasih juga di atas sokongan yg berterusan.