Thursday, April 29, 2010

Chocolate Marble Cake - Dibuka utk tempahan





Tuesday, April 27, 2010

Rich Chocolate Moist Cake - Dibuka utk tempahan



Berat : Lebih kurang 450gm
Ukuran : 6 in
Topping : Chocolate ganache and chocolate rice

Monday, April 26, 2010

Tuna Crust Tart - Dibuka Untuk Tempahan



Sunday, April 25, 2010

Spaghetthi Bolognese

Resepi ni ku ambil dari fp Cek De Sam. Terimakasih yer Cek De kerana sudi berkongsi resepi ini. Resepi ini ku olah sedikit mengikut stok yang ada kat dapur, walaupun begitu rasanya sungguh menyelerakan. Keluargaku semua sukakannya, kata mereka sedap. Lain kali boleh la aku buat lagi






SPAGHETTHI BOLOGNESE

Bahan2
50 gm spaghetti (sepaket)
500gm daging lembu cincang (saya guna daging ayam cincang)
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri (saya guna sos pasta)
4-5 biji tomato ranum - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu kecil
1 batang celery - dipotong kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (saya tak letak sebab takder stock)
1 kiub stok daging lembu (saya guna stok daging ayam)
1/2 st herba oregano atau Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula
3 sb minyak zaiton
2 sb butter
parutan keju parmesan

Cara2
1. Rebus 2 ltr air dalam periuk besar, masukkan 2 st garam. Bila mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali sekala dan masukkan satu st minyak zaiton @ minyak masak agar pasta tidak melekit. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese. Guna periuk tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaiton, masuk butter dan kacau. Bila cair dan berbuih masuk bawang besar, bawang putih. Jangan biar garing cukup sekadar bawang layu.
3. Masuk daging cincang, ketuk2kan daging biar semua hancur dan bentuk saiznya seragam. Goreng sehingga keperangan.
4. Masuk semua sayuran, goreng hingga lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api dan masak hingga mendidih, kacau selalu. BIla nampak susu diserap daging, masuk tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato utk menyukat 2 tin air. Tambah dalam kuah. Kacau sos sambil ditekan2 tomato supaya hancur.
6. Masuk herba, kiub, garam dan gula.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit. Perlahankan api. Renehkan dengan periuk separa tertutup sehingga sos pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti. Semasa menghidang, taburkan parutan keju parmesan dan daun parsley.

Saturday, April 24, 2010

Ayam Panggang Seri Menanti Chef Wan



Ayam Panggang Seri Menanti ni pula hidangan dua tiga hari lepas. Resepinya daripada Chef Wan dlm rancangan Ole-Ole Chef Wan. Mungkin ada kekurangan sedikit dari segi bahan2nya dan cara buatnya sebab aku salin resepi tu masa rancangan disiarkan. Tp hidangan ni memang sangat2 sedap.

AYAM PANGGANG SERI MENANTI

Bahan2 dimesin
10 biji lada merah
10 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 biji buah keras
2 biji bawang putih
2cm kunyit
2 batang serai

Bahan2 lain
2 helai daun limau purut - dihiris halus
2 helai daun kunyit - dihiris halus
1 biji limau nipis
2 biji santan kelapa
garam dan gula

Cara2
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan mesin. Biar hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan biar sebentar.
4. Masukkkan santan dan masak lagi sehingga kuah pekat.
(Kalau diikutkan resepi asal ayam dikeluarkan, kemudian dimasukkan santan. Apabila kuah telah betul-betul pekat, barulah disiramkan ke atas ayam tadi dan dipanggang).
5. Perah sebiji limau nipis.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihiris halus.
8. Gaul sebati. Biarkan sebentar.
9. Angkat dan hidang

Friday, April 23, 2010

Sup Ekor Lembu Chef Wan

Salam,
Hari Jumaat lepas hubby bawak balik tulang lembu dan daging. Dah lama tak makan daging katanya. Kita pun buatla research sikit cari sup yang sesuai dan lain dari yang lain. Jumpa resepi ni kat fp mamasya, nampak sedap sangat. Jadi saya pun cubala buat, tp tak letak tomato puri sebab takder, digantikan dengan sos tomato. Rasanya boleh tahan jugak, memang lain dari yang lain.




Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber: Blog Zaiy@Kenangan Terindah dan fp mamasya (terimakasih yer)

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.

Tuesday, April 20, 2010

Ayam Percik

Salam,

Dah lama teringin nak buat ayam percik. Hari ni makan tengahari saya buat ayam percik sahaja makan dengan nasi. Ayam percik ni saya tak panggang, sebab tak ada alat pemanggang, cuma letak dalam oven dan bakar sahaja. Kalau panggang lagi sedap kan sebab lebih garing.






AYAM PERCIK
Sumber : Kak Liza (tks yer)

Bahan A:-
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian - saya potong kecil
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa - saya ganti dengan limau kasturi 3 biji
1 sudu kecil gula - saya lebihkan
1 sudu besar halba - saya tak letak
garam secukup rasa

Bahan B:-
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
1 inci lengkuas - ni saya tambah

Cara-Cara:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.

Saturday, April 17, 2010

Nasi Ayam Penyet

Salam,
Geram tengok blog rakan2 yang dah buat nasi ayam penyet ni. Tu yang cuba buat jugak, tapi tak cukup syarat sebab sambalnya tak buat, saya cuma buat sambal biasa aja sebab cili merah tak der. Terlupa pulak nak ambil gambar sambal biasa tu. Apa-apapun beginilah hasilnya kat bawah ni. Memang sedap. Jom layan,,, zaasssss


Nasi Ayam Penyet keluaran WHC

Ni dia pelengkapnya....kecuali sambal

Rangup ayam ni beb, kalau tak percaya cuba makan, ahaks.....

Masa ni tak kena penyek lagi


















Resepinya saya c/p dari fp kmal. Tks kepada tuanpunya resepi dan kmal.

NASI AYAM PENYET

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye


* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Kremes / Serdak / Renyah
Sumber : Mama Atiq, fp Madiha (tks yer)

1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya

Gaul semua bahan....ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet

Thursday, April 15, 2010

HONEYCOMB CAKE





HONEYCOMB CAKE / KEK GULA HANGUS
Sumber : Pn. Halimah (blog maklang) tks yer

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan sucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

Thursday, April 8, 2010

Lopes

Salam,
Hari ni buat lopes la pulak sebab stok beras pulut masih banyak.



Bekas yang berisi air gula tu sebenarnya adalah cenderahati pemberian adik Shahrul, assistant engineer kat tempat saya bertugas dahulu. Teringat juga dia kat saya belikan saya cenderahati semasa dia menjalani kursus di Jepu. Adik Shahrul ni sangat fasih berbahasa Jepun. Satu set bekas ni ada enam biji semuanya, comel2 belaka dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian kimono. Bila saya menggunakan bekas ni maka fikiranpun teringatla kat dia, terimakasih bebanyak ya dik Shahrul.





Kueh Lopes
Sumber : Mamafami (resepi kak Liza)- terimakasih yer

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan dengan 1 st air kapur]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Monday, April 5, 2010

Cream Puff - Dibuka Untuk Tempahan

Salam,
Dua, tiga hari ini hujan tak berhenti2 turun dengan lebatnya, sejuk sungguh, tambah2 di pagi hari. Maka, perut ni pun mulala berkeroncong, fikiran pun apalagi mula la memikirkan apa nak makan. Belek punya belek waiting list yang ada kat dalam fail, terjumpala resepi ni, cream puff. Elok juga untuk dicuba. Alhamdullilah, percubaan pertama membuat cream puff membuahkan hasil yang tidak menghampakan walaupun bahan2 yang ada tidak begitu mencukupi.

Untuk pastri, saya gunakan marjerin bagi menggantikan butter. Masa mula-mula membakar, nampak macam puff nak merekah aja, dalam hati pun berkata, pakai tak jadi la niiiiii huhuhuhu. Tup-tup bila dah siap, elok jer jadinya. Untuk intinya saya letak krim kastad yang dibuat hasil adunan susu, gula, tepung kastad dan sedikit tepung jagung memandangkan tepung kastad tidak mencukupi. Untuk satu adunan dapatla 20 biji. Separuh darinya saya hantar kat jiran sebab nak memulangkan pinggan yang dah lama terperuk kat dapur yang diisi laksa tempohhari.






Kalau ada yang teringin nak mencuba, resepinya kat bawah ya

CREAM PUFF
Source : Pn Jeni dan Chetam (tks to both of you yer)

Bahan2 pastri
125gm butter - saya guna marjerin
150gm tepung - diayak (saya guna tepung gandum)
1/4 st garam
1st gula
4 biji telur

Cara2
1. Didihkan air, garam, gula dan butter hingga cair.
2. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.
3. Bila sejuk, pukul sedikit dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul hingga adunan sebati elok jadinya.
4. Bakar pada suhu 200 C selama 25 minit atau sehingga kekuningan(saya bakar pada subu 165C)

Bahan2 Inti Custard
500ml susu segar - saya guna low fat milk
100gm gula
80 gm tepung custard (saya guna 40gm tpg custard dan 40gm tpg jagung)

Cara2
1. Masukkan tepung custard ke dalam susu beserta gula dan kacau rata.
2. Letakkan di atas api sederhana dan teruskan mengacau sehingga adunan pekat.
3. Angkat dan bolehlah dimasukkan ke dalam pastri

Nota
1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ini.
2. Boleh juga masukkan creamnya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit ke dalam lubang itu.
3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff.
4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu.

Saturday, April 3, 2010

Rendang Minang

Salam.

Menu hari ni adalah Rendang Minang. Resepi Rendang Minang ni dah bertahun duduk dalam buku masakanku. Tak ingat pulak dari mana sumber yang aku perolehi, maklum dah lama, main salin aja, lagipun dulu-dulu mana ada internet2 ni.



RENDANG MINANG

Bahan-bahan :-
1 kg daging @ 1 ekor ayam
15 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit kunyit hidup - dikisar
sedikit halia
5 biji buah keras - dikisar
4 batang serai - dikisar
1 keping asam gelugur

2 biji kelapa - ambil santan
1/2 mangkuk cili @ 2 senduk (lebihkan jika suka pedas)
1/2 biji kerisek
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
sedikit garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang merah, putih, kunyit dan halia. Bila telah wangi, masukkan serai dan lengkuas. Masukkan cili dan buah keras. Kemudian masukkan daging dan biar hinggar air daging kering sedikit. Kemudian, barulah dituangkan santan. Bila rendang pekat dan hampir kering, bolehlah dimasukkan kerisek, garam, asam gelugur dn daun kunyit. Bila rendang hampir masak, barulah dimasukkan daun limau purut. jangan biar terlalu lama kerana rendang akan menjadi pahit. Angkat. Kalau menggunakan ayam, masukkan ayam selepas dituang santan supaya ayam tidak hancur.

Nasi Minyak / Nasi Warna Warni



NASI MINYAK / NASI WARNA WARNI

4 cawan beras
5 cawan air
2 kiub ayam knorr
2 helai daun pandan
pewarna merah, oren dan hijau (atau apa-apa warna yg digemari)

Bahan Tumis
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hias
Bawang Goreng
Kismis

Cara-cara
Cuci beras dan toskan.
Halia dan semua jenis bawang dihiris
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan hiris sehingga naik bau
Masukkan beras dan gaul.
Masukkan air dan kiub ayam knorr, masak hingga nasi kering
Titiskan beberapa titik pewarna di tempat yang berlainan dan tutup
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak
Gemburkan nasi.
Hias dengan kismis dan bawang goreng.

Beef Kung Pao

Salam semua.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun nak siapkan lunch. Maklum hari ni nak masak daging, masak daging kan mengambil masa yang lama. Lagipun dah lama sangat daging tu kat dalam freeze. Resepi kali ni Beef Kung Pao, revised version hasil ciplak dari resepi Chicken Kung Pao. Aku saja tukarkan resepi ni ngan daging nak rasa tengok macamana hasilnya. Memang tak mengecewakan, sedap banget, hingga menjilat jari, kalau tak percaya cubala, bawah ni ada aku selitkan resepinya revised version



BEEF KUNG PAO

Bahan A
600 gm daging - potong dadu
(dipotong kecil-kecil dan direbus hingga empok, masukkan seketul gula batu utk melembutkannya)

Bahan B
100 gm kacang gajus
30 gm lada kering - potong 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
1 sdb lada hitam
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, daging yg telah direbus, sos tiram, cili sos dan sedikit air.
5. Bila kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

Banana Muffin Cake

Salam semua.

Baru-baru ni fp ku dikunjungi oleh Umieaisyah. Kata orang setiap tetamu yang hadir akan membawa rezeki bersama-samanya. Terima kasih umie kerana sudi menjenguk rumah baru saya yang serba kekurangan ini. Aku pun membuat kunjungan balas ke fp umie pulak, ada resepi kek pisang yang dikongsikan di situ, memang rezeki akulah tu. Kebetulan pulak kat rumah memang ada pisang yang dah tersadai beberapa hari kat dapur, kulitnya pun dan bertukar warna. Pisang ni diberikan oleh jiran sebelah rumah. Apalagi, aku pun cubala resepi umieaisyah. Hasilnya sungguh elok..... kek ku naik menimbun. Aku buat 2 adunan memandangkan pisang tu banyak, nak dibuang sayang pula sebab pemberian orang. Tengoklah hasil yang aku dapat dari pisang yang hampir-hampir hendak ku bakulsampahkan. 1 biji kek size 8, 1 biji saiz 6 dan mini cupcake size 8 sebanyak 24 biji. Banyak sungguh, jadi aku pun buat amal jariah la sikit, sedekah kat jiran sebelah menyebelah dan hantar kat rumah kakak ku sikit biar dia orang rasa, lagipun banyak, tak terhabis dimakan kami anak beranak. Tekstur kek ni memang halus dan gebu, rasanya pula tidak terlalu manis, memang sesuai dengan tekak ku. Terima kasih banyak umie kerana sudi berkongsi resepi dan minta halal la yer saya copy paste resepi tu kat fp saya untuk rujukan di masa depan. Cuma namanya saja aku tukarkan jadi Banana Muffin Cake, bagi glamer sikit...





BANANA MUFFIN CAKE

200 gm pisang lenyek
150 gm gula halus
4 bj telur (B)
1/2 sdb rata ovalette
250 gm tepong gandum ayak dgn
1 1/2 sdt baking soda dan 1/2 sdt baking powder
125 ml susu
100 ml minyak..

Cara-cara
Campur pisang dan gula,tambah telur dan pukul.
Tambah ovalette dan pukul 5-6 min hgga kembang.
Tambah tepung perlahan2 selang seli dgn susu.
Tambah minyak.
Bakar pada 200 degree celcius selama 35 min.

Nasi Ayam Simple

Salam buat semua.

Hidangan Nasi Ayam ni adalah hidangan ringkas kerana bahan-bahan yang digunakan ala kadar aja mengikut stok yg ada kat rumah. Jika diperhatikan tidak ada daun sup dan daun bawang buat hiasan sebagai penambah seri.




NASI AYAM

Bahan Perap Utk Ayam - pakai agak-agak jer
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
Kicap cair masin
garam
minyak bijan
5 spice powder

1. Gaul semua bahan-bahan dengan ayam dan perap selama lebih kurang 30 minit.
2. Goreng hingga masak. Boleh juga dipanggang di dalam oven.

BAHAN-BAHAN UTK NASI AYAM
Halia - dihiris
Bawang besar - dihiris
Bawang kuning - dihiris
Setengah cawan mentega

2 kiub perasa ayam knorr
3 helai daun pandan
5 camca teh garam
1 camca teh ajinomoto
sedikit serbuk kunyit (sikit aja utk mewarnakan nasi)
Air secukupnya.

Cara-cara

1. Panaskan mentega dalam periuk dan goreng bahan-bahan di atas
2. Keluarkan mentega dan tinggalkan bhn-bhn gorengan dlm periuk.
3. Basuh beras dahulu dan toskan airnya. Kemudian masukkan ke dlm periuk berisi bhn gorengan tadi dan gaul rata.
4. Masukkan bahan yang selebihnya seperti serbuk kunyit dll.
5. Masak hingga nasi kering dan tutup periuk
6. Bila nasi hampir masak, buka tudung periuk dan tuangkan mentega dan terus gemburkan nasi biar mentega kena pada keseluruhan nasi.
7. Tutup periuk kembali dan biarkan sebentar.
8. Siap untuk dihidangkan

SOS NASI AYAM
1-2 cawan soya sos
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap hitam pekat
1 camca teh ajinomoto
2 camca besar gula
1 camca teh bawang putih tumbuk
1 camca teh halia tumbuk
sedikit lada hitam
garam secukupnya.

Gaul kesemua bahan-bahan diatas

SOS CILI NASI AYAM
5 cawan cili kering (direndam dan dimesin)
1 cawan kicap masin
1-2 sudu besar bawang putih (dihiris)
1-2 sudu besar halia
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bawang putih dan halia hingga layu. Masukkan cili kering dan kicap masin. Perasakan dengan garam dan gula.

SUP NASI AYAM
2 kiub ayam knorr
@ boleh rebus ayam dan airnya dibuat sup)
5-6 cawan air
daun bawang

BAHAN-BAHAN HIASAN
Hirisan potongan timun
Hirisan buah tomato
Daun Salad
Potongan Daun Bawang
Bawang Goreng (utk ditaburkan di atas nasi)

Black Pepper Chicken



BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Ayam Maisuri

Salam.

Berbalik ke lauk ayam, bermacam ayam. Minta maafla semua yer, sebab hari-hari aku masak lauk ayam. Selang sehari mesti ayam, sebab itu jer yang membangkitkan selera, kalau lauk lain tu tak berapa jalan ler kat rumah aku, kureng sikit. Masa dok belek-belek buku resepi lama hasil tulisan tangan ku, maka terjumpala Resepi Ayam Maisuri ni, memang dah lama berada di dalam buku masakan ku. Sudah bertahun resepi ni ku salin, entah dari mana sumbernya, terlupa la pulak. Rasanya memang sedap, masam-masam manis sebab ada tomato puri kat situ. Cubala kalau tak percaya. Resepi Black Pepper Chicken tu pulak macam biasala dari fp Kak Liza. Anak-anak memang suka sebab tak berapa pedas.




AYAM MAISURI

Bahan2
1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan pekat)
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 st jintan manis
1 st jintan putih
5-6 sudu besar cili kering mesin
1/4 botol sos tomato
4 biji buah tomato (dipotong 4)
1 sb tomato puri
Daun sup dan daun bawang (dipotong 1")
sedikit asam jawa

Cara2
Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih. Tumbuk bawang besar, bawang merah dan putih, jintan manis, jintan putih hingga lumat. Jikalau kering, campurkan sedikit air. Kemudian masukkan cili kering mesin ke dalam tumbukan itu.

Panaskan minyak dan goreng bawang yg telah dihiris tadi hingga kuning. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk dan kacau hingga agak garing. Kemudian masukkan sos tomato dan tomato puri. Masukkan juga ayam dan sedikit garam (2cb susu kalau suka) dan dikacau rata. Biarkan sebentar. Masukkan santan dan perahkan sedikit air asam jawa.

Apabila ayam telah betul-betul empok dan hampir masak, barulah dimasukkan daun sup, daun bawang dan buah tomato. Biarkan sebentar, kemudian angkat. Taburkan bawang goreng apabila menghidangkannya.

Jikalau suka, ayam boleh digoreng 1/2 masak setelah dilumur dengan garam dan kunyit, sebelum dimasak resepi di atas.

Daging Goreng Kunyit

Salam,

Daging goreng ni pulak dah selalu sangat jadi juadah kami sekeluarga. Buat ni pun sebab senang sangat, tak banyak kerenah. Rasanya pun sedap.



DAGING GORENG KUNYIT

Bahan2
500gm daging
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
3 sb minyak
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam dan kunyit


Cara2
1. Daging dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Lumurkan daging dengan sedikit kunyit.
3. Rebus daging dengan sedikit air sehingga daging betul2 empuk.
4. Bila airnya hampir kering, perlahankan api dan tuangkan minyak. Gaul rata.
5. Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar, garam dan serbuk lada putih.
6. Gorengkan kesemua bahan2 sehingga rata.
7. Angkat dan hidangkan
dengan nasi panas-panas.

Daging Malibi Kentang Dgn Kacang Peas

Salam,

Dua tiga hari lepas selepas tengok fp Mamawandiha, teringin pulak nak cuba Daging Malibi dengan kentang. Resepinya nampak lain dari yang lain. Aku ni memang suka benar kalau ada sesuatu yang berlainan. Bila tengok barang kat dapur, rempah beriani pulak tak der, yang ada cuma rempah kurma, jadi yang tu la jadi habuan aku cuba resepi madiha, maaf yer madiha kak wattie tukar sedikit resepi tu mengikut stok yang ada kat dapur, rasanya boleh pakai kot. Resepi ni agak pekat sesuai sangat kalau buat cicah ngan roti, ketupat ataupun nasi. Minta kebenaran yer madiha akak salin balik resepi tu kat sini buat rujukan di masa depan.


DAGING MALIBI KENTANG DAN KACANG PIS

Bahan2
750gm daging cincang
1 tin kacang pis (saya guna mixed vege)
2 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji kentang dikupas, dipotong wedges dan digoreng
3 sb minyak masak (saya guna lebih sedikit)
3 sb rempah beriyani (saya guna rempah kurma daging)
1 sb lada hitam tumbuk
1 sb garam atau secukup rasa
4 sb gula
4 sb kicap manis
3 sb bawang merah, bawang putih dan halia kisar
(anggaran 5 biji bawang merah, 2 biji bawang putih dan 2cm halia)
2 sb air asam jawa
2 cawan air

Cara2

1. Daging dicuci bersih
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga separuh garing.
3. Kemudian masukkan bawang besar dan goreng hingga garing.
4. Masukkan daging, lada hitam, rempah beriyani dan masak hingga daging empok. Biarkan sehingga airnya kering. Tambahkan air jikalau daging belum empok.
5. Seterusnya masukkan garam, gula, air asam jawa dan kicap manis. Masak sehingga daging lembut.
6. Akhir sekali masukkan separuh kentang goreng dan kacang pis. Gaul rata.
7. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kentang goreng di dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

Three Citrus Cream Cheese Pound Cake

Salam.

Ini semua adalah entry sebelum bulan puasa, saja nak update buat rujukan dimasa depan. Resepi cheese cake ini adalah dari blog yochana. Thanks yochana for sharing the wonderful recipe.




THREE CITRUS CREAM CHEESE POUND CAKE

180gm cake flour
1/8 tsp bicarbonate of soda
a pinch of salt
130gm cream cheese
160gm butter
225gm fine sugar

180gm eggs - lightly beaten
1 tsp vanila essence
2 tbsp lemon juice
1 no orange zest
1/2 tsp lemon zest
1/2 tsp lime zest

Method
1. Sift cake flour and bicarbonate of soda and set aside.
2. Cream butter and cream cheese together for 1 minute, then gradually pour on sugar and continue beating till creamy and light.
3. Pour in beaten eggs slowly till finished, mix thoroughly.
4. Add in vanila essence, orange zest, lemon zest and lime zest.
5. Fold in flour mixture lightly and then pour into loaf pan 9"x4" and bake at 160C for abour 1 hr 30 minutes.
6. Insert skewer in and if the centre comes out clear then its cooked.
7. Remove cake from oven for 10 minutes, in its pan before removing from pan. Cool cake over on wire rack.
8. Can serve the cheese pound cake with a dallop of vanila ice cream.

Sambal Tumis Udang dengan Petai




SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

1/2 kg udang sederhana besar
4 papan petai - dipotong kecil-kecil
5 sudu mkn cili kering - dimesin
5 ulas bawang merah - dimesin
3 ulas bawang putih - dimesin
3 sudu makan sos cili
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara2

1. Udang dibersihkan.
2. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang. Bila garing masukkan cili yang telah dimesin beserta belacan.
4. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos dan biarkan sebentar.
5. Masukkan udang dan gaul rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidangkan
.

Daging Masak Kicap Berempah



Daging masak kicap berempah ni ku ambil resepinya dari blog bro rozzan. Thanks bro kerana sudi berkongsi resepi. Daging tu memang sedap tp terlebih pedas la pulak sebab aku memandai p tambah cili konon nak bagi pedas sikit lagi.

Daging Masak Kicap Berempah

1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
(rebus 3/4 empok. Biar lebihkan airnya untuk digaulkan nanti)
12 tangkai cili kering (rendam)
3 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 biji buah pelaga (ambil isinya saja)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji buah pala

Kisar semua bahan di atas sehingga halus

2 biji bawang besar (potong gegelang dan goreng sebentar)
6 sudu besar sos tomato
3 biji kentang (potong wedges)
3 biji buah tomato (potong 4)
1 batang lobak merah (potong kecil2)
3 sudu besar bawang goreng (optional)
sedikit daun ketumbar
sedikit garam, gula dan minyak untuk menumis

Cara2
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomator, kicap, garam dan gula. Suaikan rasanya.
Bila daging empok, masukkan bawang goreng, gegelang bawang, dan kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebati dan matikan api. Hidangkan dengan roti atau nasi.

Apple Muffin

Salam Ramadhan Al Mubharak,

Diam tak diam dah lima hari kita berpuasa, cepatnya masa berlalu. Pastinya hidangan kueh basah menjadi pilihan semua orang untuk hidangan berbuka puasa. Lain pulak halnya dengan aku, apple muffin jadi pilihan setelah melihatnya di fp madiha. Geram tengok muffin yang dibuat oleh madiha, elok jer naiknya. Hari tu pernah cuba buat muffin, tapi bantat la pulak. Tak letakla gambar muffin bantat tu dalam fp ni, malu eh di tengok orang. Haaa, yang ni baru buat lain, memang hatiku berkata, harus buat juga sampai berjaya walau macamana sekalipun. Alhamdulillah, bagi pandangan ku, nampak macam ok gak, tapi rasanya la pula pahit sedikit, mungkin terlebih letak soda kot. Takpa lain kali buat lagi....... . Thanks Madiha, Mamafami and Ah Pek for sharing the recipe.


Apple Muffin

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji epal hijau - potong dadu
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
1/2 cawan kacang tanah yg digoreng tanpa minyak, blend/tumbuk kasar2
1/2 biji limau sunkist (ambil jus dan kulitnya dicincang halus)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam halus

Cara-cara
1. Panaskan oven suhu 175-180c. Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk kulit kayu manis. Masukkan dalam satu bekas kemudian masukkan garam halus.
2. Dalam satu bekas yang lain pula gaul sebati gula, minyak, esen vanila, sunquick dan telur sehingga gula agak hancur menggunakan whisker. Setelah agak sebati, masukkan kulit limau, juga jus limau dan kacau lagi.
3. Masukkan adunan tepung gandum tadi ke dalam adunan telur dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan epal, kemudian gaul sebati.
5. Setelah sebati, bolehla dimasukkan ke dalam acuan muffin dan dibakar dalam ketuhar selama 12-15 minit atau sehingga masak

Soft Marble Cake

Salam aidilfitri buat semua,

Hari sabtu lepas, saya berkesempatan membuat sebiji kek yang diambil resepinya dari blog bro rozzan. Kalau tak silap dlm fp Ida pun ada. Bila ku belek, rasanya tak banyak beza. Resepinya memang dah lama kusimpan, baru hari ini berkesempatan untuk mencubanya. Kek ini sangat lembut dan enak, Terimakasih bro rozzan dan ida kerana sudi berkongsi resepi. Kebetulan pula hari tu, baru tengah ambil gambar, tetiba babysitter anak-anakku yang lama singgah beraya, apalagi kek ku potong untuk dihidangkan kepada mereka. Inilah yang dinamakan rezeki kata mereka. Memang niat dihatipun nak buat untuk makan-makan dan menjamu tetamu yang hadir apatah lagi stok biskut pun dah tak seberapa.

Deko yang ku buat ni pun, ikut gerak tangan aja. Kot tertiru mana-mana kek, minta maaf yer, tp rasanya tak kot.......



SOFT MARBLE CAKE

Bahan2
270gm mentega
260gm tepung gandum
250gm gula castor
10gm koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sdm susu manis
1 sdm rata ovalette
1 sdm air paip
1 sdt baking powder
1 sdt vanila serbuk

Cara2

1. Mentega, susu dan vanila disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
2. Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
4. keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko atau warna coklat.
5. Siapkan tin kek berukuran 10x7x3 inci yang sudah dialas kerta dan disapukan mentega.
6. Masukan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7. Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 C selama 45 minit.

Kek Coklat

Salam

Ni pulak kek coklat yng dah lama dibuat sebenarnya, cuma baru hari ni nak letak.

KEK COKLAT

Bahan2nya
270 gm butter
250 gm gula castor
200 gm tepung gandum
70 gm serbuk koko
1 camt baking powder
6 biji telur
1 camb ovalette
2 camb fresh milk
1 camt esen vanila

Cara-caranya
1. Ayak bersama, tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan ketepikan.
2. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
3. Masukkan ovalette dan pukul lagi, masuk esen vanila dan fresh milk.
4. Masukkan bahan tepung yang diayak bersama tadi dan pukul lagi.
5. Butter dipukul berasingan dan campur ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
6. Alas dan gris loyang bulat 9" dan tuang adunan kedalamnya.
7. Bakar pd suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak



Udang masak serai wangi

Salam,
Agak lama juga tak masak udang. Bila masak pula selalunya buat sambal tumis udang jer, jemu pulak rasanya. Maka semalam carik juga resepi2 udang dalam "waiting list" dan terjumpala resepi udang masak serai wangi. Resepinya saling tak tumpah macam ayam masak merah cuma ditambah asam jawa. Rasanya memang sedap.

Kononnya kita ni nak surprisekan hubby ler buat kelainan sikit, nak jamu dia ngan respi baru. Tetiba bila hubby pulang, dia bawak balik memacam, mee udang, kari ikan pari, sambal tumis udang ngan petai, cucur udang, kuih talam dan seri muka (lupa la pulak nak ambil gambar), eeeee geramnya, tak jadi ler nak jamu dia ngan resepi terbaru tu. Silap aku jugak ler tak bagitau dia. Dah memang menjadi kelaziman bila kami berpuasa, dia akan beli sesuatu untuk buat berbuka. Tak per la, anak-anak makan udahler, yg lainnya masuk petiais, esok tak payah masak,





UDANG MASAK SERAI WANGI
Sumber : Pn Sabariah Shawal (tks yer puan)

Bahan-bahannya
600gm udang harimau - digoreng setengah masak (saya guna udang biasa jer)
4 batang serai
100 gm cili kering mesin
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sdb pati asam jawa
30 gm belacan bakar (saya tak letak sebab kehabisan stok)
100 gm pati santan
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Kisar halus, serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Nasi Beriani Ayam

Salam,

Hari ni saya cuba buat Nasi Beriani Ayam. Resepinya dah lama benar saya simpan semenjak zaman muda2 dulu, tak ingat pula siapa tuan punya resepinya. Rasanya memang sangat2 sedap. Kari ayam tu adalah resepi peninggalan arwah ibu. Resepi air asam jawa tu pula adalah resepi yang dikongsikan bersama oleh engineer tempat saya bekerja dulu, abang Md Noor. Abang Md Noor ni memang selalu dijemput untuk masak kalau ada kenduri kendara. Adala juga dua tiga resepi yang saya korek daripada dia. Air asam jawa dia memang sesuai utk dimakan dengan semua jenis nasi. Terima kasih yer bang.
Jadi di sini saya ingin kongsikan pula dengan sesiapa yang ingin mencuba.




NASI BERIANI AYAM

Bahan2 utk lauk
600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
ketumbar

Rempah Utk Digiling :-
1 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan2 Utk menumis nasi :-
3 cawan beras beriani (basmathi) - saya guna beras biasa saja
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina - saya tak letak

Bahan2 utk menumis :-
2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis

Cara2 :-
1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
7. Bila mendidih, masukkan daun pudina, tutup sekali lagi.
8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.


KARI AYAM

Bahan2 :-
600 gm ayam
4 sb rempah kari ayam
1 sb cili mesin
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 tangkai daun kari
1 st lada hitam
1 mangkuk santan pekat
3 biji ubi kentang
garam secukup rasa

Cara2 :-
1. Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan daun kari ditumbuk lumat.
2. Campurkan rempah kari ayam ke dalam bahan tumbukkan, masukkan sedikit air dan kacau sebati.
3. Hiriskan sedikit bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hiris tadi. Bila telah garing, masukkan bahan-bahan ditumbuk lumat. Gaul rata dan tutup.
5. Bila telah pecah minyak, masukkan ayam yg telah dicuci bersih, gaul rata. Masukkan juga kentang yang telah dipotong dua. Tutup semula dan biar ayam dan ubi empok
6. BIla ayam telah masak, tuang santan dan kacau rata.
7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.


AIR ASAM

Bahan2 yang dimesin bersama:-
3 biji cili merah
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit kerisek

Bahan2 dihiris :-
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 biji buah tomato

2 sb sos tomato
2 sb sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan yang dihiris.
2. Tuangkan bahan2 yang dimesin.
3. Masukkan, sos cili, sos tomato, garam dan gula
4. Gaul kedua-dua bahan biar rata dan siap
utk dihidangk