Thursday, November 29, 2012

Tempahan Durian Crepe

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Durian Crepe in the hausss......   
Alkisah tersebutlah ceritanya.  Selepas beberapa hari n3 mengenai durian crepe versi corn crepe ala ala ketayap yang saya buat tersiar,  ada beberapa orang hambaAllah yang  bertanya samada saya ada mengambil tempahan crepe ni ke tidak.   Mula mula sorang sms, kemudian masuk 2 orang, lepaih tu jadi 3 orang.   Hmmm,  kena amik orderla nampaknya ni.  


Sebenarnya,  durian crepe ni tak termasuk langsung dalam senarai produk yang ingin saya jual,....kerana saya di sini tidak makan durian, tapi disebabkan permintaan yang boleh dikatakan agak tinggi, maka saya pun cuba cuba la mengcrepe dan menahan bau durian yang semerbak harum baunya ini.


 
Beginilah rupa pek jualan durian crepe yang pertama saya.


Dua warna pilihan untuk pek pertama, hijau dan kuning.  Ini adalah pek promosi ya......


Durian Crepe ini dibuat sebagai memenuhi tempahan  daripada  Mohd Haris n Nana dari Carrefour Sbg Jaya, Mastura dari Eon Credit dan Fatimah yang menunggu masa untuk melahirkan dari Kampung Pertama.  Sempat juga Fatimah merasa durian crepe ni....alhamdulillah.





Terimakasih banyak kepada semuanya yang telah sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.





Wednesday, November 28, 2012

Gulai Daging Kawah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Gulai daging kawah yang dihasilkan dari daging korban bulan lalu. Terlupa nak publish n3 ni yang sepatutnya diletakkan lebih awal.


Resepi dari dapur Kak Liza. Terimakasih ya. 

 DAGING GULAI KAWAH 

 Bahan 
 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan] 
 2 s/b kerisik 
 2 cawan santan pekat 
 2 s/b gula merah/perang [brown sugar] 
 2 keping asam keping minyak garam


Bahan Mesin 
 20 tangkai cili kering 
 1 s/b rempah kari daging 
 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 
 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 
 7 ulas bawang merah 
 1 labu bawang besar 
 3 ulas bawang putih 
 3 cm halia 
 2 cm lengkuas 

 Bahan tumis 
 2 cm kulit kayu manis 
 3 kuntum bunga cengkih 
 2 kuntum bunga lawang 
 3 biji buah pelaga


Cara. 

 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 
 2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak. 
 3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi. 
 4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. 
 5.Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala. 
 6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat. 
 7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Tuesday, November 27, 2012

Blueberry Cheese Tart Again....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Blueberry cheese tart tempahan Mona, Alamaya.






Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Untuk sebarang tempahan sila layari  :  dewattiesdelight.blogspot.com

Sunday, November 25, 2012

Marble Cheese Brownies Sue de Pesona


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Marble Cheese Brownies tempahan Sue, Pesona, untuk makan makan bersama famili.



Minggu lepas Sue ada menempah snowy cheese cake.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Biasanya bila musim cuti sekolah begini,  mesti kena lebihkan apa apa yang dibuat, maklumlah ada saja rakyat yang tetiba jadi termengidam.   Brownies ni saya bakar lagi sebiji untuk hubby dan anak anak.


Dan potong kecik kecik supaya mudah untuk dimakan dek anak anak, hehehe. Macam ni la rupanya brownies deWattiesDelight. 

 Sekiranya ada yang berminat untuk menempah,  sila layari   deWattiesDelight.

Friday, November 23, 2012

Nasi Ayam Panggang Halia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Menu nasi ayam kembali lagiii............ Dalam seminggu dua kalau tak buat nasi ayam,  mesti terasa rindu, mesti nak buat hidangn yang berpasang pasangan.   Walaupun saya mengambil tempahan membuat kuih muih, kek dan sebagainya,  namun memasak tetap menjadi aktiviti wajib yang perlu saya laksanakan  setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, kira cutila tu......hehehe makan luar ataupun tapau.......

Selalunya selepas saya memasak untuk hidangan seisi keluarga, barulah saya mulakan aktiviti memenuhi tempahan pelanggan.  Kalau tempahan agak berlebihan dari kebiasaan, maka saya akan mulakan lebih awal.  Terkadang tu buat dua, tiga kerja serentak, memasak, membaking, mencuci kain dan sambil sambil tu melayan kerenah anak anak yang berbagai bagai yang nakkan itu dan ini.   Masa ni  suasana kat dapur macam tongkang pecah jadinya, meja penuh dengan barang barang, macam tak cukup ruang pulak jadinya, maklumla rumah kita pun kecik aja, kalau masuk ramai ramai kat dapur mulala nak berlaga bontot hehehe.  Bunyi bunyian apatah lagilah, mana suara hiruk pikuk anak anak, bunyi periuk belanga, bunyi mixerla, blender la, bunyi mesin cuci kain la.  Kalaula tetiba ada tetamu datang masa ni, huhuhu........alangkah tak taunya  mana gua nak sorok muka gua yang tak berapa nak cun ini..........huhuhu...

 Hanya pada waktu tengahari baru boleh rehat sebentar, itupun kalau tak banyak kerja,  terkadang tu terlelap juga tapi tak boleh lama lama, kalau lama terus jadi lemau dan malassss.....langsung satu kerja apapun tak jadi, hehehe.  Sebelah petang pula mengutip kain yang kering, melipat dan menyapu sana sini sedikit sebanyak.   Terkadang tu penatnya Tuhan saja yang tahu, tapi kita  abaikan aja segala kepenatan dan kepayaha itu demi untuk keluarga tersayang.   Kalau kita yang tak membuatnya siapa lagi.........yer dak, sabo ajela.....


Oklah, berbalik kita ke resepi untuk hari ini.
Saya masih lagi mengekalkan resepi nasi ayam Chef Wan yang boleh dilihat di SINI  atau  di SINI.  Resepi ini antara yang menjadi kegemaran saya kerana sangat mudah untuk disediakan.  



Cuma ayamnya saja saya gantikan dengan resepi Ayam Panggang Halia Chef Hanieliza. Resepi ayam panggang tersebut saya skodeng dari rumah UmmiKuantan. Terimakasih banyak buat Ummi dan Kak Liza. 

 AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA 
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012) 
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home 

 Bahan Utama:- 
 1 ekor ayam (saiz sederhana) 
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu kecil gula 
1 sudu besar minyak masak 
garam secukup rasa


Bahan Kisar:- 
 4 inci halia 
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas) 
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar) 
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup) 
3 tangkai cili merah


Cara Memasak:- 
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*saba perap 3 jam). Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. Hidangkan bersama salad dan timun.


Yang ni reserve untuk Mr Hubby....


Anak anak suka sangat dengan ayam ni, bertambah tambah diorang makan, suka saya melihatnya.  Yang si kecil Zaheen, siap beritahu......."mengapa mama masak apapun selalu sedap"......hehehe.... Nak tergelak saya dibuatnya...... Kadang kadang tu siap buat thumbs up lagi.....hahaha,  pandai sungguh dia mengambil hati ibunya........


Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

Wednesday, November 21, 2012

Pink n Peach Cuppies sempena pertunangan Ija dan Hakim


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Cuppies dengan warna warna pilihan yang lembut, pink n peach tempahan Aishah sempena pertunangan adiknya, Ija pada 17hb Nov yang lepas.


Aishah diperkenalkan oleh Mona juga, terimakasih Mona.


Sebelum ni Aishah dah tempah kek karamel satu.


Cuppies ni nak dibawa ke Bedong, Kedah kerana majlis akan berlangsung di sana. Semuga selamat sampai di sana ya Aishah.


Selamat bertunang diucapkan buat Ija dan Hakim. Semuga kalian berdua bahagia hingga ke syurga, amin.



Warna warna pastel yang sungguh lembut, sedap mata memandang.






Disamping 16pcs cuppies pertunangan, Aishah juga minta dibuatkan extra 4pcs lagi untuk dirinya dan anak anak, takut nanti ada yang teringin nak merasa katanya.


Comelkan......hehehe


Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan. 

Untuk sebarang tempahan sila layarai deWattiesDelight.blogspot.com