Saturday, October 20, 2012

Nasi Ayam Goreng Oat Penyet


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Terbuntu jadinya seketika kerana tak tahu hidangan apakah yang patut disajikan untuk hari ini. Terkadangkala habis juga idea untuk memasak. Hanya yang berlegar di kepala, hidangan yang ringkas tapi sedap untuk dimakan, iaitulah nasi ayam. 

Hidangan di bawah ini adalah adaptasi dari resepi resepi yang telah saya cuba sebelum ini. Saya cuba membuat kelainan dengan mengolah dan menggandingkan resepi nasi ayam Chef Wan dengan ayam goreng oat Mariam Sayuti. Terimakasih kepada semuanya yang telah menyumbang sehingga terhasilnya resepi ini. Alhamdulillah, percubaan yang tidak menghampakan. Anak anak dan hubby sangat menyukainya, ayam gorenglah katakan.


Resepi asal nasi ayam dari SINI. Ubahsuai ikut citarasa saya seperti di bawah... 

NASI AYAM 

Bahan-Bahan Untuk Nasi: 
 1/2 cawan marjerin 
 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang 
 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus 
 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus 1 cm kulit kayu manis 
 4 kuntum bunga cengkih 
 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul 
 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan 
 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam 
 2 kiub ayam knorr 
sedikit garam dan serbuk kunyit

Cara-Cara:- 
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.



Resepi asal ayam goreng oat dari SINI.    Resepi ubahsuai ikut citarasa saya seperti dibawah

RESEPI AYAM GORENG OAT 

Bahan-bahan 
1 ekor ayam 
2 sb serbuk kari 
2 sudu besar tepung beras/tepung gandum 
1 biji telur 
garam dan lada sulah secukup rasa 
Oat secukupnya

Cara-cara 
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul. Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.


RESEPI SAMBAL NASI AYAM 

10 biji cili merah 
11 biji cili padi 
3 ulas bawang putih 
2 biji tomato besar 
2 cm belacan 
3 sb gula merah garam 

Cara cara 
Kisar bersama cili merah,cili padi, bawang putih, tomato dan belacan dengan sedikit air. Panaskan minyak dan masak semua bahan bahan di atas. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Biar sehingga sambal sedikit pekat. Siap untuk dihidangkan.


RESEPI SUP AYAM 

2 ketul ayam dipotong kecil 
1 biji ubi kentang 
1 ulas bawang putih dihiris 
2 ulas bawang merah dihiris 
2 hiris halia dihiris 
sedikit serbuk pati ayam knorr 
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara cara 
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Bila mendidih masukkan air, potongan ayam dan ubi kentang. Masak sehingga semuanya empuk. Masukkan serbuk pati ayam knorr. Perasakan dengan garam dan lada sulah.



Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera

2 comments:

  1. bestnyer...saya pun suka makan ayam goreng...nk sepinggaan bleh? hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok..meleleh air liur...

    ReplyDelete