Kek Lapis Cheese Pesona
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ramai yang telah mencuba kek yang simple tapi sedap ini bukan. Hanya baru baru ni sahaja saya berpeluang untuk membuatnya.
Kek Lapis Cheese Persona
Sumber : Rahel
Resepi Asal : ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Simple je!
kak watiee.. cantiknya lapisan... saya pernah gak buat kek ni, tak secantik kek akak.. tapi mmg best kan
ReplyDeleteslm kak Watie...betul tu..cantiknya lapisan cheese pesona ni...terpesona mlihatnya...
ReplyDeleteQh ade jugak simpan resepi ni...tp xterbuat lg spi skrg..hehe
Sedap dan lepmak cheese..saya suke...
ReplyDeletecantik la kak wattie
ReplyDelete