Hidangan pencuci mulut untuk minum petang Ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Ubi kayu pula hasil dari menebas belakang rumah. Nampak ubi kayu timbul di atas tanah semasa menjemur kain. Dahan dari pokok pula dah terlalu tinggi dan besar hingga daunnya melintuk ke luar pagar sekaligus mengganggu lalu lalang kenderaan di belakang rumah. Jadi, buat keputusan untuk mencabut dan membersihkan semua sekali. Jadi, begitilah hasilnya, selonggok ubikayu. Ada separuh dah jadi kayu, jadi terpaksalah dibuang.
Bahan bahan
2 ketul ubi kayu sederhana besar
1 cawan gula merah/gula kabung (sesuaikan ikut selera)
2 cawan santan pekat
1 st garam
2 helai daun pandan
2 sb sagu - dibersihkan dan ditos
1. Ubi kayu dibuang kulitnya dan dibersihkan. Potong menjadi ketulan-ketulan kecil. Saiznya terpulang kepada selera individu.
2. Rebus ubi kayu bersama sama air secukupnya hingga empuk. Asingkan.
4. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi beserta dengan sagu. Biarkan mendidih dan sagu bertukar menjadi warna jernih.
5. Bila kuah agak pekat sediit, masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidangkan.
sedap nyer
ReplyDeletewww.my-mintroom.blogspot.com