Friday, September 10, 2010

Aidil Fitri Yang Dinanti

Salam Aidil Fitri buat semua,

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali saya dimana juga anda berada. Buat rakan2 cyber, jika terdapat mana2 tulisan saya yang mungkin menyentuh hati sesiapa, harap dimaafkan yer, saya cuma insan biasa yang tidak sunyi dari membuat kesilapan. Semuga aidil fitri kali ini dapat kita sambut dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dalam kemeriahan dan semuga kita dapat terus hidup aman dan damai sehingga ke akhirnya, insyaALLAH.


Hari raya kali ini begitu meriah, anak2 sedara silih berganti datang bertandang ke pondok buruk saya. Syukur alhamdullilah, semuga tali persaudaraan ini akan terus erat terjalin. Yang di dalam gambar semua ini adalah anak2 saudara dan cucu saudara sebelah suami. Alahai dan bercucu cicit saya ni yer........ cepatnya masa berlalu meninggalkan seribu satu macam pengalaman pahit dan manis.


Yang ini pula adalah sedara mara sebelah saya, kakak sulung dan anak2 sedara termasuk anak teruna saya.


Ini sewaktu saya ke rumah abang sulung, yang kecil tiga orang ni adalah cucu2 saudara saya termasuk anak kecil saya.


Kakak sulung sekeluarga, anak2 dan menantunya, setengah tak masuk dalam gambar.


Isteri dan anak2 arwah abang kedua saya.


Last but not least sedara mara sebelah saya yang nak beransur pulang ....

Sebenarnya agak ramai yang hadir tapi tak diambil gambar, maklum sibuk melayan tetamu. Sementelah pula saya tiada pembantu, hanya mengharapkan suami untuk melayan tetamu yang hadir.

Wednesday, September 8, 2010

Tempahan Kek Hari Raya

Salam buat semua,

Lagi dua tiga hari insyaALLAH, kita bakal menyambut kedatangan syawal yang mulia. Pastinya semua surirumah sibuk dengan persiapan menyambut raya, tidak terkecuali diri saya. Saya tutup dulu kisah membuat biskut, kali ni saya buat kek pula sebagai memenuhi tempahan. Selalunya chocolate moist cake menjadi pilihan untuk jamuan di hari raya. Tak banyak, cuma 4 biji jer.......


Chocolate Moist Cake


Kek yang begitu ringkas tanpa deko yang melampau, hanya dilimpahi chocolate ganache dengan taburan chocolate rice membuatkannya begitu istimewa dan menjadi kesukaan ramai terutamanya penggemar coklat.




Yang ni daripada Pn Zarinah sempena majlis rumah terbuka.
Kepada semua yang sudi menempah, ribuan terima kasih diucapkan, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, September 7, 2010

Tempahan Biskut Raya

Salam untuk semua,

Ini adalah aneka jenis biskut2 tempahan daripada sedara mara terdekat. Biskut raya saya pun sama jer, buat sekali senang cerita.


Aneka jenis biskut tempahan


Tart Nenas Gulung


Irish Cookies


Biskut Suji Salju




Biskut Peanut Butter


Biskut Semprit

Monday, September 6, 2010

Biskut Suji Salju

Salam semua,

Masuk hari kelima membuat biskut raya. Biskut suji memang kegemaran saya, tapi tak pernah buat pun. Ini kali pertama saya buat biskut suji ni.


Harum, lemak dan rangup biskut ni.


Resepi saya c/p dari blog cik mat gebu dan resepi asalnya dari maklang. Terima kasih kepada anda berdua.


BISKUT SUJI SALJU...

BAHAN A :-
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN B :-
100 cornflakes, dikisar halus
100 g tepung jagung
50 g suji (semolina)

BAHAN C :-
280 g tepung gandum
Susu tepung secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung
gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam
oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.

Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh
simpan dalam bekas kedap udara...

Saturday, September 4, 2010

Tart Nenas Gulung

Salam semua,

Hari keempat hari membuat biskut. Kali ni saya buat biskut kegemaran saya pulak, tart nenas gulung. Terlalu banyak versi tart nenas ini dan semuanya sedap2 belaka. Ini adalah percubaan yang kesekian kalinya. Resepi ni saya ambil dari blog cik mat gebu dan saya ubahsuai sedikit pd kandungan tepungnya, mintak maaf yer tuanpunya resepi.


Eh, eh jangan tersilap pandang yer, yang ini tak masak lagi ni, baru nak masuk oven, sabor yer....


Haaaa.... ni dia yang dah siap dibakar, baru keluar dari oven.


Sedap tart ni, ada permintaan resepi dari anak saudara saya, Lina. Print Lina, jangan tak print, nanti leh try buat sendiri.

TAT NENAS GULUNG
Ini resipi dari "Amy Beh"....

BAHAN DOH :-)
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Biji kas-kas untuk hiasan@poppy seed (optional)- tak letak
350 g tepung gandum* - saya letak 160gm tpg gandum, 120gm tpg naik sendiri, 40gm tpg kastad dan 10gm susu tepung.
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)- saya letak 70gm

BAHAN UNTUK GLIS :-)
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS :-) saya guna jem yang ready made beli dari pasaraya
450 g nenas (yang mengkal)
200 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen
dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering
(kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran
/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.

UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur,
esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk

kegunaan kemudian.
UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.

UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan)
dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung
sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat
hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan
dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi dan tabur sedikit
biji kas-kas@poppy seed. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama
15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, September 3, 2010

Biskut Semprit

Salam semua,

Biskut ketiga yang dihasilkan. Biskut ni pun dibuat sebagai memenuhi tempahan. Buat untuk customer jer, sendiri tak der.....


Selalunya biskut ni dihias dengan potongan ceri merah, tapi saya letakkan kismis hitam jer.


Biskut yang gebu dan cair dimulut. setahu saya, ramai jugak penggemar biskut ni.

BISKUT SEMPRIT

BAHAN-BAHANNYA :-
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, September 1, 2010

Biskut Peanut Butter

Salam semua,

Biskut kedua yang terhasil untuk hari lebaran yang bakal menjelma tak lama lagi. Biskut ni dibuat sebab ada permintaan daripada sedara terdekat.


Percubaan yang tidak menghampakan, alhamdulillah menjadi jugak biskut ni. Rangup gituuuu.




Resepinya masih daripada cik mat gebu, terimakasih bebanyak yer cik mat.

BISKUT PEANUT BUTTER

BAHAN - BAHANNYA :-)
125 g peanut butter (pilih yang halus)
125 g mentega
2 kuning telur
130 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh emplex
1/2 camca teh baking powder
400 g tepung gandum (kurang lebih)
Kuning telur*
Kacang tanah*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega, peanut butter, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan pucat. Masukkan
esen vanilla, baking powder dan emplex, putar rata.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang
lembut dan boleh dicanai.
Canai doh 1/2 cm tebal dan terap guna acuan kegemaran, alihkan ke dulang pembakar, buat
hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut tadi dan hias dengan 1/2 bahagian kacang.
Bakar pada suhu 175C selama 15 - 18 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas
jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara