Monday, May 30, 2011

Rendang Ayam Gaharu

Assalamualaikum semua,
Ayam!!! Bermacam ayam!!!. Ada rendang ayam, gulai ayam, sup ayam, satay ayam.....bermacam ayam.....hehehe teringat kat lagu ayam yang pernah popular satu ketika dulu. Tak habis habis saya ni dengan menu ayam ya. Nak buat macamana, dah itu jer yang berkenan di hati. Kalau anda juga penggemar resepi ayam macam saya, jangan malu malu, sila klik klik juga kat resepi "ayam" yang melambak di sebelah tu ya. Ada bermacam macam resepi ayam yang telah saya cuba dan dijamin sedap. (Sorry eek, kommersial break, promote blog sendiri....hehehe)

Kali ini eksperimen pula rendang ayam gaharu yang disumbangkan oleh CMG
, brother ganteng dari Sedenak nun......Amacam, nampak tergoda tak dengan hidangan ayam saya kat atas tu?????......

Hidangan rendang ayam ini boleh dikatakan cukup lengkap kerana terdapat pelbagai rasa di dalamnya. Ada pedas cili padi, ada lemak santan dan kerisek, ada masam asam gelurgur, ada masin dan tak terkecuali ada bau harum daun kunyit yang dicampurkan bersama.

Memang sesuai sangat jika dimakan bersama nasi, nasi himpit, ketupat, pulut ataupun roti. Bila memakan rendang ni, teringat saya akan rendang yang kerap saya nikmati bersama capati di foodcourt Seberang Jaya. Rasanya seakan akan sama, cuma bezanya rendang yang saya beli menggunakan daging cincang di dalam resepinya.

RENDANG AYAM GAHARU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti.



Kek Pisang WHM


Salam semua,

Ini kisah berminggu minggu yg lepas, baru hari ni teringat nak update. Jiran sebelah pesan nak kek pisang 2 biji untuk dibawa ke KL. Lepas ambil anak dari kelas fardhu ain, terus ke kedai buah buahan kat Bandar Perda cari pisang. Hanya pisang emas saja yang kelihatan bergantungan, jadi saya pun belila sekilo.

Malam baru mulakan projek mengadun kek pisang ni. Sekejap jer dah siap. Bila sejuk sikit, letak dalam bekas dan terus suruh hubby hantar kat jiran sebelah yang memesannya, ekspressssss.



Cantik aja naiknya sewaktu proses membakar. Ni la dia rupanya kek pisang saya. Kek ni sedikit moist sebab saya tambahkan sus rendah lemak kat dalamnya. Stok susu ni memang sentiasa ada kat rumah


Baki pisang yang lebih tu saya buatkan juga sebiji untuk makan makan bersama family.



Saturday, May 28, 2011

Sup Ayam Sayur Campur


Salam semua,
Ni menu semalam. Sebenarnya selalu buat sup ayam untuk anak kecil saya. Resepinya sama macam kat kotak kiub ayam Knorr, tapi saya cuma letak ubi kentang saja dan taburkan dengan daun bawang dan daun sup. Tak pernah pun terfikir nak letak sayur sayuran campur yang lain. Tetiba bila terpandang resepi ni di rumah seorang blogger, jadi teringin la pulak nak mencuba. Masa tu saya tak salin pun resepi ni, tak ingat pulak kat mana saya tengok. Jadi, untuk sup hari ni saya tambahkan sedikit sayur sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, ubi kentang dan batang saderi. Hasilnya, memang sedap sangat.

Resepi ni saya salin semula dari kotak kiub ayam Knorr

SUP AYAM SAYUR CAMPUR

Bahan bahan
2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
300gm isi ayam - dibuang kulit dan potong 4 bahagian
175 liter air
1 kiub pati ayam Knorr
1/2 st garam
1/4 st serbuk lada sulah
3 cawan sayur-sayuran pilihan (kentang, lobak merah, saderi, bunga kobis, cendawan, kobis dll) potong dadu
2 st minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih hingga perang keemasan. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit. Tambah air, kiub ayam Knorr dan bahan perasa. Biarkan mendidih, renih selama 10 minit hingga ayam empok.

2. Tambah sayur-sayuran. Mula mula masukkan lobak merah dan kentang. Selepas 10 minit, masukkan pula sayur sayuran yang lain. Masak lagi 5 minit. Alihkan dari api dan hidangkan panas panas.


Cucur Udang

Salam semua,
Ni kesah beberapa hari lepas. Pagi tu, bila balik dari hantar anak ke tadika, saya terus ke dapur untuk memasak macam biasa. Tiba-tiba, bila masa nak blend bawang dan cili untuk masakan, blender tak bergerak, baru perasan letrik tak ada. Laaaaa, ishhh rupa rupanya hari tu akan terjadi sedikit gangguan bekalan elektrik di kawasan saya dari jam 10.00pagi hingga 7.00malam. Gangguan disebabkan oleh kerja-kerja membaiki saluran talian atas TNB. Sebenarnya, TNB sudahpun menghantar notis beberapa hari sebelum tu untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

Jadi, terpaksalah saya gunakan lesung untuk tumbuk bahan bahan tesebut. Mujur juga dapur guna dapur gas, kalau tak, makan nasi tapau la jawabnya. Saya masak simple simple ja.

Petang tu pulak, baru buat cucur udang ni. Lama juga saya tak makan cucur udang hasil air tangan sendiri. Saya buat yang simple dan cepat. Udang pun saya tak letak sebab masih dok mengeras dalam freezer, malas la pulak nak tunggu cair. Saya cuma letak bawang, kuchai dan taugeh sahaja, gaulkan sekali semuanya dan terus goreng, takder ikut step by step tu. Ok la tu kan....... Resepi adalah dari koleksi resepi lama saya sumbangan Pn Noraini. Terimakasih ya.

CUCUR UDANG

Bahan bahan utk adunan tepung
300gm tepung gandum
1 biji bawang besar
100 gm isi udang
1 biji telur ayam
daun kucai dihiris halus
sedikit garam dan serbuk perasa
1/2 ct soda bicarbonate
pewarna kuning jika suka

Bahan bahan hiasan
sedikit taugeh
sedikit cili merah dipotong potong
udang basah secukupnya

minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan bahan A dan kacau hingga sebati. Agak agak pekatnya jatuh bertitis.
2. Panaskan minyak yg penuh dalam kuali dan rendamkan senduk ke dalamnya. Agak agak senduk dah panas, keluarkan dan letak sedikit taugeh dan dengan menggunakan senduk lain, cedukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam senduk yg berisi taugeh.
3. Hiaskan dengan udang dan cili merah, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
4. Bila adunan telah lekang dari senduk, ulangi proses yang sama sehingga habis. Teruskan menggoreng hingga kuning. Hidangkan dengan sos cili.

Cucur udang ni saya pekena dengan ayam masak merah......fuhhh....dapat tak anda bayangkan rasanya???........sedap giler beb.

Anak anak lak cicah ngan sos cili jer. Ikut selera memasing la kan.

Thursday, May 26, 2011

Follower Award from Amie's Little Kitchen


Salam buat semua,
Dua, tiga hari lepas terima award ni dari Amie. Rasanya ramai juga yang dah menerimanya. Baru hari ni saya berkesempatan untuk menggantungkannya. Terimakasih bebanyak ya Amie kerana sudi memberikan award ini buat akak. Kunjungan dan komen komen dari Amie juga amat akak hargai.

Wednesday, May 25, 2011

Masak Lemak Asam Pedas Ikan


Salam semua,

Tengah buat apa tu???. Tengah dok baring baring sambil tengok tv ka, atau tengah kelek anak sambil goreng cucuq, ka tengah uli tepung nak buat roti?. Silap silap tengah mengadap bos, ataupun tengah khusyuk cari idea nak buat presentation, ataupun sibuk menaip surat, atau tengah dok raplah payroll tak tally sbb kurang 2, 3 sen??? Yang paling baguih, tengah dok mengadap pc niiiiii...... auwwww tolongggggg.... silap haribulan boss dok kat belakang dok perati apa kita dok buat, tu diaaaa kerja dia...... dok layan resepi....ish ish ishhhhhh, naya ja kan??? Kena boss yang satu kepala ok gak la kan, dia join sekali, kena yang dua, tiga kepala, siapla kau, kena sembur masa tu jugak, tenet kena disconnected ka, yang paling worse, dapat warning letter. Hehehehe.....malangnya nasibku hari ni. Ohhhh, sowi ya, tersasul macam macam, ni bukan nak mengata sapa sapa ya, ni semua dari pengalaman saya sendiri.... hahahah.......kuang, kuang, kuang.

Jom kita tengok apa saya masak hari ni. Buat menu ikan pulak. Dah lama sebenarnya masak asam pedas ni, tak ingat pulak bila. Resepi amik kat dapur Kak Liza. Terimakasih ya kak. Resepi ni sebenarnya untuk ayam, tp saya try untuk ikan.

MASAK LEMAK ASAM PEDAS IKAN

Bahan
1 kg ikan
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji terung bulat [potong kecil]
3 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 pokok daun ketumbar [potong pendek]
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan minyak masak
garam secukupnya

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
5 tangkai serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan [jika suka]

Bahan Tumis
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar [hiriskan]

Cara
1. Aayam dibuangkan kulit, potong kecil dan basuh. Toskan sehingga kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan akcau rata. Masakkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jus asam jawa dan biarkan naik minyak semula.
5. Masukkan ayam, terung, santan dan garam. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
6. Masukkan tomato, bawang besar dan daun ketumbar. Biarkan naik minyak lagi.
7. Hidangkan dengan roti atau nasi.

Tuesday, May 24, 2011

My first 2 tiers wedding cakes


Salam buat semua,
Hari ni takder cerita lauk pauk ya. Tapi saya nak tayangkan kek perkahwinan bertingkat pertama yang saya hasilkan. Hari Sabtu yang lepas tanggal 14 Mei 2011 adalah hari bahagia buat Azilah dan Asrul yang melangsungkan perkahwinan mereka. Saya berkesempatan buat kek perkahwinan untuk anak saudara sebelah hubby saya ini. Sebelum ni, Azilah dah pernah menempah kek untuk hari pertunangan beliau. Saya beranikan diri mencuba wedding kek ini walaupun belum pernah membuatnya sebelum ini. Kalau tak dicuba, mana tau tahap kemampuan kita yer dak?. Mujur juga Azilah dah beritahu awal awal lagi, senang kerja dibuatnya, tak kelam kabut.


Bunga bunga rose dari gumpaste...... Saya mengambil masa separuh hari untuk menyiapkan hanya 7 kuntum bunga rose ini. Cubalah anda tengok hasilnya, ok tak??? Patutlah kek yang dihiasi fondant dan gumpaste begitu mahal harganya di pasaran. Teknik pembuatannya mengambil masa yang agak lama dan perlukan ketelitian serta minat yang mendalam. Kalau yang tak der minat tu, alamat ke dinding la jawabnya fondant tu dicampakkan. Saya pun hampir hampir saja berputus asa pabila bunga2 gumpaste yg dibuat tidak begitu menjadi, renyuk dan buat lagi dan lagi....... tetapi alhamdulillah, minat saya mendorong saya untuk tidak berputus asa, dari situlah timbulnya kerajinan.

Warna warna pastel yang lembut mengikut warna tema majlis, biru dan putih.


Nak tau macamana perasaan saya ketika membuat kek ni??? Berdebar debar mengalahkan pengantin baru, hehehe. Begitulah keadaannya, setiap kali saya menerima tempahan, dan tiba hari membuatnya, perasaan saya sentiasa berdebar debar, macam macam yang bermain di kepala ni, rasa was was, teragak agak, takut tak memenuhi citarasa pelanggan. Tetapi, perasaan itu akan hilang dengan sendirinya apabila saya selesai menyiapkan tempahan tersebut dan sampai ke tangan pelanggan dengan selamat. Malahan timbul pula satu macam kepuasan yang begitu sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, debaran seperti ini membuatkan saya lebih berhati hati dan membuat persediaan awal sebelum memulakan tugasan.


Jadi, beginilah wedding cake pertama saya. Masa ni tak siap lagi, amik gambar siap siap sebab takut nanti bila dah complete, malam la pulak, gambar selalu jadi tak clear. Saya menggunakan teknik steam buttercream. Dah lama benar saya belajar teknik ni, tapi baru hari ni saya berkesempatan untuk menpraktikkannya. Alhamdulillah, percubaan yang tidak begitu menghampakan. Bunga bunga rose pula saya buatkan dari buttercream dan sedikit bunga gumpaste sebagai hiasan memenuhi kek perkahwinan ini.

Buttercream roses.

Cupcakes pun ada juga........ ya la, kalau dah ada bulan mesti ada bintang bintang di sekelilingnyakan.....baru la menarik. Tapi kan....ada juga kejadian yang benar benar mencabar kewibawaan saya, hubby bagi terbalik lak cuppies bila letak dalam kereta. Sedihnya hati saya Tuhan saja yang tahu, sehari suntuk saya menyediakannya, tetiba terbalik la pulak, lama jugak saya termenung.... Tapi mujurlah tak banyak yang rosak, masuk ke dalam rumah semula dan deco kembali seadanya.

Keesokkannya, sewaktu saya menghadiri kenduri, kek tak dipasang lagi, jadi tak dapatlah saya mengambil gambar kek bertingkat tingkat, mengikut kata ibu Azilah, acara potong kek akan dibuat pada sebelah malam, pengantin pun nak tukar pakai pakaian gaun malam sebelum potong kek tu. Jadi, cuma gambar2 ini sajalah yang tinggal sebagai kenangan.

Yang ini pula gambar2 yg diambil sewaktu proses pembuatan kek tersebut. Rasa rasa kenai tak apa benda ni?? Ni lah dia dasar bunga ros yang mesti dibuat sebelum membentuk kelopaknya.

Bunga bunga kecil untuk diletakkan di atas cupcakes. Suka saya membuat bunga ini, cute sangat.....


Antara gambar hantaran yang sempat saya snap.

Sunday, May 22, 2011

Ayam Mussaman Siam


Selamat berhujung minggu semua,
Semuga hari hari yang anda lalui penuh dengan keberkatan dan keceriaan ya. Hari ni saya nak tayangkan menu yang entah bila saya buat, rasanya dah lama sangat dah, baru hari ni teringat nak letak.



Nama resepi pun sempoi jugak, first time dengar resepi cam ni, sah sah mai dari Siam.
Sedap rasa ayam ni. Resepi ni saya cedok dari rumah CMG. Terimakasih ya Cik Mat.

AYAM MUSSAMAN SIAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji ubi kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 dan rendam
2 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
1 batang leek, dikerat2 (optional)
2 biji tomato, dibelah 4 setiap satu (tak letak, sebab tak de)
3-4 helai daun limau purut, disiat2
10 biji cili padi siam, dibelah 2 (mat cuma ketuk je)
2 camca besar sos tiram
3 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap cair
Gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji cili padi siam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ketumbar biji
1 camca besar jintan manis
1 batang kayu manis, diketuk hancur
1 kuntum bunga lawang

CARA MEMBUATYA :-)

Ubi kentang direbus hingga 1/2 empuk, toskan kemudia goreng hingga kekuningan, angkat dan tos atas paper towel.

Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 3 camca besar. Tumis bahan kisar halus bersama serai dan lengkuas hingga harum dan terbit minyak. Masukkan sos tiram, kicap cair, sos ikan dan sedikit gula. Kacau rata.
Tambah ayam dan gaul rata. Tuang sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Masukkan kentang, daun limau purut, cili ketuk dan batang leek, masak hingga kering sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.


Thursday, May 19, 2011

Happy Teacher's Day Cupcakes



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Fuhhh!!! Lega rasa hati, baru hari ni dapat besiaran semula. Laptop saya buat hal, adaptor pun rosak. Jadi, terpaksalah hantar ke workshop untuk direpair, sambil sambil tu, tinjau jugak ke sana sini mencari adaptor yang sesuai dengan lappy buruk saya ni. Alhamdulillah, dekat seminggu jugakla rasanya. Rindu giler saya dibuatnya. Minta maaf juga kerana tak dapat membuat kunjung balas ke rumah rakan2 bloggers semua. Tapi, hari ni saya dah kembali......... dengan menu2 yang lebih mengancam.....hehehehe (konon2nya lah). InsyaAllah, selepas ni saya akan blogwalking kembali.



Sebelum terlambat, izinkan saya untuk terlebih dulu mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu dimana saja anda berada. Sambutan Hari Guru yang berlangsung setiap tahun bertujuan menghargai jasa insan yang bergelar guru di dalam mendidik anak bangsa. Guru berperanan sebagai penentu kecemerlangan akademik para pelajar, hanya individu yang tabah, ikhlas, kreatif dan sabar sahaja mampu memikul tanggungjawab ini dan layak bergelar guru.



Bersempena dengan hari guru pada hari Isnin 16hb Mei lepas, saya menerima tempahan fondant cuppies ini untuk anak Pn Mazlina. Mazlina dari Kulim adalah rakan kepada Min dan Marina yang menempah cupcake fondant hari ibu baru baru ini. Mazlina minta dibuatkan objek buku buku kecil untuk diletakkan diatas cupcake beserta huruf keramat A++. Jadi, begitulah hasilnya. Harap Mazlina berpuashati dengan hasilan tersebut. Sehari suntuk jugalah saya membentuk buku buku kecil tersebut, maklum ini pertama kali saya cuba membuatnya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan ya.



Seperti Min dan Marina, sungguh mudah berurusan dengan Mazlina juga, hanya melalui telefon dan sms sahaja. Terimakasih untuk semuanya ya.



Sewaktu membentuk buku buku comel ni, saya tanyakan juga kat hubby dan anak anak, ada ke rupa benda ni macam buku???, takut juga tak nampak cam rupa buku, jawab mereka orait mama, buku mama dah jadi dah tu, hehehe, hubby pun angguk kepala mengiakan kata kata mereka. Kira okayla kan....



Kepada cikgu cikgi yang mendapat cupcakes fondant A++ ini, faham faham la yer...... Harapan tinggi menggunung daripada ibu bapa buat anda semua...

Monday, May 16, 2011

Ayam Lada Hitam



Salam semua,
Sepagi hari ni duduk depan lappy, menggoogle resepi yang sesuai untuk makan tengahari. Tengok jam dah pukul 10.30pagi, dapur masih tak berasap lagi. Alamak, selalunya jam cam gini, hidangan dah nak siap. Cepat, amik ajala mana mana resepi yang rasa sesuai. Ternampak resepi sumbangan Mama Asmah Laili di laman MYR. Memang sesuai sangat sebab guna lada sahaja memandangkan stok cili kisar kat rumah pun dah kehabisan.

Jam 10.45pagi baru start masak, kelam kelibut jadinya, maklum nak mengejar waktu, nanti nak jemput anak kecil saya dari tadika la pulak. Alhamdulillah, tepat jam 12.00tengahari semuanya beres. Terus tukar baju dan pecut ke tadika.


Resepi sumbangan Mami Asmah Laili ni dikongsikan bersama oleh DianaA di laman MYResepi . Terimakasih semuanya ya.

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan ( 5 orang )
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam
4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara-cara

Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.


Walaupun pertama kali mencubanya, ternyata resepi ini memang sangat sangat sedap.

Thursday, May 12, 2011

Buncis Goreng Fish Ball



Salam semua,
Menu yang paling ringkas. Resepi campak campak dan goreng. Selalunya untuk anak kecil, saya buatkan samada sup ayam atau sup telur ataupun sup sayur campur. Boring jugakkan kalau selalu dihidangkan menu yang sama. Jadi, hari ni buat yang lain sikit, pakai goreng gorengan pula.

Walaupun resepi ni ringkas, tapi memang sedap dimakan bersama sama nasi panas. Bertambah jugaklah anak kecil saya makan. Maknya apatah lagila. Jika anda ada terasa malas malas sikit, tapi still kena masak, resepi ni memang sesuai untuk anda, hehehe.


Buncis Goreng Fish Ball

Bahan Bahan
1 batang karrot - disagat / dihiris batang mancis
10 batang kacang buncis - dihiris halus
20 biji fishball - dibelah 2
1st serbuk kunyit
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit air
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara cara
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Masukkan fish ball, serbuk kunyit dan sedikit air sekadar untuk memasakkan fish ball. Gaul rata. Bila air telah kering, masukkan karrot dan kacang buncis, gaul rata. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Siap.



Tuesday, May 10, 2011

Ayam Goreng Lemon Mamak Style



Salam semua,

Sepanjang hari ni cuaca mendung aja kat luar, tapi tak hujan pun. Hari ni saya masak ayam goreng mamak berlemon lak, permintaan anak anak tersayang. Sebenarnya mereka minta dibuatkan ayam goreng ala ala KFC , tp hati kita pula teringin nak cuba ayam goreng mamak style ni, jadila tu kan, ayam goreng jugak.

Sedap rasa ayam ni, betul betul rasa macam ayam goreng yang dibeli kat kedai nasi kandar. Ayamnya tak berapa rangup, tp keraknya sedap sangat ditambah pula oleh rasa masam masam lemon.



Resepi ni saya ambil dari MYResepi sumbangan Iris Samara. Terimakasih ya Iris.

Ayam Goreng Lemon Mamak Style

Bahan-bahan (Seisi keluarga)
1) 2 inci halia
2) 6 ulas bawang putih
3) 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
4) 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - ti
5) 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
6) 1 biji lemon
7) 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)
8) 3 helai daun kari
9) 1/2 biji bawang besar - dimayang
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggorang
10) 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana

Cara-cara
1. blendkan bawang putih dan halia.
2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day Cupcakes


Salam dan Selamat Hari Ibu buat semua,
Dah malam baru berkesempatan update n3, dua tiga hari ni agak sibuk sedikit. Siang tadi pun selepas hantar kek, saya menghadiri kenduri di rumah brother in law yang akan menunaikan umrah tak lama lagi. Mujur juga, dah diletakkan dua, tiga n3 sebelum ni, jadi autopublish jer la. Masih tak sempat menjengah teman2 semua, insyaAllah nanti saya akan menyusul.

Hari hari adalah Hari Ibu sebenarnya. Semuga kita dapat memberikan yang terbaik buat ibu yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi kelangsungan hidup kita. Bagi saya, hanya doa yang dapat dipanjatkan buat ibu dan ayah yang telah lama meninggalkan alam fana ini. Semuga ALLAH menempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman di dalam syurga abadi. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka dan berikanlah yang terbaik sementara mereka masih ada.


Bersempena dengan hari ibu ini, ada sedikit tempahan cupcakes yang saya terima. Cupcakes pertama dibuat istimewa buat Puan Ani, ibu kepada Min. Min dari KL memesan cupcake ini untuk dihantar kepada ibunya yang tercinta yang berada di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Terimakasih bebanyak ya Min di atas tempahan ini, harap Min dan ibu berpuashati dengan cupcake fondant itu. Sangat senang berurusan dengan Min, hanya melalui SMS, semuanya terlaksana.





Cupcake kedua pula ditempah oleh Marina juga dari KL untuk dihantar kepada ibunya yang tersayang iaitu Puan Rahmah yang berada di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Marina adalah sahabat kepada Min. Sungguh mudah berurusan dengan mereka berdua, hanya melalui telefon dan sms sahaja.


Ini pula kesah kejadian yang tidak terduga sewaktu membuat tempahan ini. Membuat cupcake fondant agak mencabar kerana prosesnya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian. Semasa proses membuat adunan fondant, tiba tiba terdengar letupan yang kuat dan serentak dengan itu bekalan elektrik ke kawasan saya terputus. Stesen janakuasa berhampiran meletup kuat dan terbakar. Sekejap sahaja, riuh rendah bunyi orangramai lalu lalang di hadapan rumah saya, mungkin kerana teruja hendak mengetahui apa yang telah berlaku. Saya yang masih di dapur pun terhenti. Dalam hati kecil ini berkata, habisla cupcake ku ini, macamana nak buat ni, gelap gelita, satu hapa pun tak nampak di mata, sambil tangan ni meraba raba mencari lampu suluh di dalam bilik. Anak yang kecil menangis ketakutan kerana kegelapan. Setelah lampu suluh dicapai saya dan anak kecil yang memegang baju sambil mengekori pergerakan saya terus keluar rumah ingin juga mengetahui apa yang telah terjadi. Jiran jiran semua telahpun berada di hadapan rumah masing masing, ada yang menelefon, ada yang bersembang, ada juga yang membunyikan hon motor dengan bingit sekali. Satu taman bergelap malam itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.00malam. Jangka saya, mungkin esok baru bekalan dapat disambungkan kembali, tapi alhamdulillah lebih kurang 1/2 jam selepas itu, lampu menyala kembali. Fuhhhh!!! lega rasa hati saya, barula dapat menyambung balik membuat cupcake, kalau tidak tak taulah apa jadi dengan cupcake itewwwww.


Menunaikan permintaan Min yang mahu cupcakenya dihantar awal pagi bagi membuat "surprise" buat ibunya. Jadi, seawal jam 8.00pagi, saya, hubby serta anak kecil saya bertolak ke rumah Min. Tak susah mencari rumah ibu Min kerana Min telah memberikan petunjuk yang cukup lengkap untuk memudahkan saya mencarinya, lagipun rumahnya berhampiran jalanraya. Selepas ke rumah Min, saya terus ke rumah ibu Marina pula, pun tidak payah mencarinya. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan saya.


Buat Min dan Marina, terimakash bebanyak diatas tempahan ini. Harap kalian berdua berpuashati. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.