Monday, January 31, 2011

Banana Marble Cake



Salam semua,

Pisang hari tu masih ada lagi dua sikat………. Tp kek hari tu dah habihhhhh, jadi buat lagi sekali kek tu, tp kali ni jadikan 3 warna pulak.



Anak anak sedap sangat dengan kek ni. Yang kecil tu siap bawa bekal ke tadika, sedap dan cantik katanya. Lepas buat kek pisang ni masih ada lagi satu sikat pisang, tak terusik. Esok nak try buat pancake pisang lak.



Resepinya masih yang sama resepi Chef Zubaidah yg telah ditambah pisang, leh lihat kat SINI ya. Malas la nak tepek lagi sekali.

Sunday, January 30, 2011

Bendi Goreng Belacan



Salam semua,
Hari ni letak menu bendi lak. Masa gi shopping mingguan hari tu, beli terlebih banyak la pulak kacang bendi ni. Mula mula hubby ambik letak dalam trolley, tak bagitahu kita, lepas tu kita pun ambik lagi, sampai berbungkus bungkus jadinya. Selalunya bendi ni saya letak dalam kari ikan jer, jadi bila dah terlebih beli ni kenala pikiaq camana pulak nak mengabihkannya.



Masa dok memikir tu teringat kat anak teruna saya, katanya mengapa mama tak buat bendi bubuh sambal, selalu abah beli sedap katanya. Jadi, hari ni la masanya nak mencuba ya dak. Masak ni main pakai campak campak jer, dah siap. Licin jugakla dimakan anak anak dan hubby. Alhamdullilah, lain kali leh la wat lagi.

Kot kot ada yang teringin nak mencuba resepi campak2 ni, meh tengok bahan bahannya ya.

Bendi Goreng Belacan

15 batang bendi
Segenggam udang basah

Bahan bahan tumbuk/kisar :-
5 ulas cili merah
4 ulas cili padi
1/2 labu bawang besar
1/2 in belacan

1 cb sos cili
sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara
1. Bendi dipotong serong.
2. Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang merah dan putih cincang.
3. Masukkan bahan-bahan kisar, sos cili dan biar hingga naik minyak.
4. Bila bahan bahan agak garing dan pekat, masukkan udang basah, diikuti dengan kacang bendi. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Siap untuk dihidangkan

Saturday, January 29, 2011

Ayam Madu



Salam semua,

Hari ni tak tahu nak masak apa……… yang terlintas dalam kepala Cuma ayam masak madu, sebab famili semua suka dan insyaAllah habis kalu dibuat.

Jadi, carila dalam fp resepi ayam madu Kak Liza. Dah banyak kali sangat buatnya. Resepinya saya cp dari dapur Kak Liza

AYAM MADU

Bahan
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih



Cara
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis [anggaran 1 senduk].
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
Kacau rata.
8. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

Wednesday, January 26, 2011

Marble Chocolate Banana Cake



Salam semua,

Semalam mertua jiran sebelah bagi pisang, pisang emas, banyaknya sampai bersikat sikat. Kita pun ambikla, rezeki, yer dak. Pisang tu ada yang dah masak dan ada juga yang masih hijau. Dalam kepala ni dok berkira kira apala aku nak buat dengan pisang yang banyak sangat ni, kalau nak makan begitu saja mesti tak terabih. Makcik kata sedap kalau dibuat lengat, manala aku tahu camana nak buat lengat. Kata makcik lagi buat kek pisang pun sedap juga. Jadi saya pun kata la nanti saya buat kek pisang, kalau jadi saya hantar kat makcik, klu tak jadi saya tak hantar hehehe. Sebelum ni sy pernah buat dan hantar dan mereka kata sedap.



Esoknya tu, nak buat kelainan sikit, cari resepi kek marble yang melambak kat dalam tenet. Lepaih tu tukar jadi kek pisang marble cam yang orang lain dok buat tu. Hari tu ada nampak kat rumah AnnaQawina resepi dari dapur Ayu Curlybabesensation dia menggunakan resepi Soft Marble Cake tuk buat kek marble pisang cam tu.

Jadinya, eksperimen saya kali ni adalah dengan mengambil resepi Chef Zubaidah untuk "membananakan" kek tu. Alhamdulillah, memang sedap sangat jadinya kek pisang tu. Saya kurangkan sukatan gula kepada 180 gm sahaja dan susu pekat saya tak letak. Pisang pula saya letak dalam 250gm lebih kurang 5 biji pisang emas kecil2.



Tak sangka saya resepi ni menjadi dan yang paling penting ianya sangat sedap, dan sangat lembut………rupanya pun sweet.. Nanti lain kali saya akan pakai resepi ni lsgi…..alhamdulillah, percubaan yang tidak mengecewakan. Di bawah ni saya salin balik resepi istimewa itu. Terima kasih ya Chef.

Marble Choc Banana Cake

Bahan-bahan:
250g tepung naik sendiri - saya guna tepung gandum
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis - saya tak letak
50 g susu cair / air - saya letak low fat milk
90 g minyak / 175 g butter cair - saya letak marjerin cair
1 sb choc emulco

Yang ini Kak Wattie tambah
250gm pisang emas dilecek (lebih kurang 5 biji)

Cara-cara:

1) Pukul semua bahan kecuali minyak hingga gebu dan pekat.
2) Masukkan pisang dan gaul perlahan. Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker.
3) Ambil 1/4 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Marble ikut suka.
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak

Tuesday, January 25, 2011

Ikan Bakar Ala Nyonya



Salam semua,

Ikan Bakar lagiiiii. Hari ni try test resepi lain pulak. Resepi ni ambik dari rumah CMG sebab selalunya apa yang CMG buat mesti kena dengan selera saya. Berat ikan siakap yang saya masak ni lebih kurang 1.5kg, tudiaaaaa banyak nih…… makan biar puasssss. Seekor saya bakar dalam dulang dan 1/2 ekor lagi saya bakar dalam aluminium foil yang berbentuk segiempat tempat nih….. Yg ni untuk hubby.



Sedap hingga menjilat jari ikan ni. Semua makan dengan ikan ni jer. Kari ikan yang saya buat tak terusik langsung. Lain kali klu buat ikan bakar tak payah buat lauk lain lagi



Resepinya saya copy paste dari blog CMG
Thks yer Cik Mat.

Ikan bakar ala nyonya
Bahan-bahan

2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan - saya guna ikan siakap

2 helai daun kunyit, siaz besar
2 kuntum bunga kantan, hiris halus - tak letak
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas* - tak letak
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

Cara Membuatnya

PES REMPAH :Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.

UNTUK IKAN BAKAR :Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.

Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!..


Sunday, January 23, 2011

Udang Goreng Mamak



Salam semua,
Lama sungguh udang ni dok dalam petiais, sampai nak tukar kaler dah. Sebelum keadaan udang jadi lebih teruk, baik kita kerjakan dia. Hari ni nak try mamak style pulak.



Selalunya udang goreng mamak ni kita jumpa kat kedai nasi kandaq saja, berderet deret orang beratur nak makan nasi kandaq tau. Kat rumah saya saja dah ada 3 kedai nasi kandaq. Kalau berkereta dalam 10 minit lagi jumpa lagi beberapa kedai nasi kandaq yang tumbuh cam cendawan lepas hujan. Kat Penang ni merata rata ada kedai nasi kandaq, pilih jer mana yang berkenan. Bak kata orang, kalau mai Penang tak sah kalo tak pekena nasi kandaq, sehingga menjilat jari you.



Ok la kita ke N3 kita hari ni. Udang Goreng Mamak Style. Masa tengah menumis udang ni, aduhaiiii semerbak harumnya bau daun pandan dan serai serta rempah ratusnya sudah cukup membangkitkan selera siapa saja yang menghidunya.
Patutla berderet orang sanggup beratur panjang sebab nak makan nasi kandaq, memang sedap giler udang goreng mamak ni. Kalau cam ni saya pun nak bukak kedai nasiq kandaq la………tapi kan……..ishhh kesian la pulak kat mamak mamak nanti kan kan.


Ok la, kalau ada sesape yang nak cuba makan udang mamak style ni, resepinya saya cnp dari rumah Hana. Hana pulak dapat resepi ni dari rumah Kasihasakura.
Terimakasih semua yer kerana sudi berkongsi resepi yang sedap banget ni.

Udang Mamak
Bahan-bahan
1 kilo udang

2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - saya letak 2 sudu besar

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara

Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

Saturday, January 22, 2011

Banana Nut Muffin



Salam semua,
Muffin!!! Yeah hari ni saya buat Muffin!!!. Kalau bab membuat muffin ni kita kena tanya Izah the muffin lover, pakar di dalam seni membuat muffin. Suka sangat saya melihat hasil kerastangan Izah, nampak menarik dan tertarik. Agak agak muffin apa la pula gamaknya yang akan keluar dari dapor Izah tak lama lagi yer. Pernah tak orang buat muffin yang berdaging??? Ishhh biar betoi aku ni, ya la sekarang ni banyak sangat resepi yang tak terduga dek kita tp dihasilkan oleh pakar, mana tau kot kot satu hari nanti keluar pulak muffin ayam ker muffin daging ker, muffin udang ker, etc etc. Camana la rasa dia gamaknya yer? Ngam ka??? Perhaps, mungkin saya boleh cuba suatu hari nanti.



Tempohari hubby beli pisang berangan satu sikat sebab dia kata nampak elok sangat kat mini market tu. Bila dah makan pisang tu, adalah berbaki lagi 3 biji kat atas meja dapor. Sebelum kulit pisang tu jadi hitam dan dibakulsampahkan kita pun buatla muffin ni, resepi cilok dari dapor Izah la, siapa lagi, the muffin lover…. Sebenarnya saya ni klu bab muffin ni kurang sikit sebab tu la tak banyak resepi muffin yang dihasilkan.



Resepi yg dicuba kali ni sedap sangat, gebu dan lembut jer, ditambah pula dengan adanya kacang tanah cincang yang banyak kat dalamnya. Mau berketul jugakla saya memakannya. Ok la resepinya saya cilok dari dapor Izah, Izah lak ambik dari sini. Terimakasih semuanya ya.



Banana Nut Muffins Recipe

INGREDIENTS
3 or 4 ripe bananas, smashed
1/3 cup melted butter
3/4 cup sugar - saya letak 1/2 cawan sahaja
1 egg, beaten
1 teaspoon vanilla
1 Tbsp espresso or strong coffee (optional)
1 teaspoon baking soda
Pinch of salt
1 1/2 cup of flour

1 cup chopped walnuts (toasted or raw) - saya gantikan kacang tanah cincang


METHOD
No need for a mixer with this recipe.
1 Preheat the oven to 350°F. With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.
2 Mix in the sugar, egg, espresso and vanilla.
3 Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.
4 Add the flour, mix until it is just incorporated. Fold in the chopped walnuts.
5 Pour mixture into a prepared muffin tin. Bake for 25-30 minutes. Check for doneness with a toothpick inserted into the center of a muffin. If it comes out clean, it's done. Cool on a rack.
Makes 12 muffins

Thursday, January 20, 2011

Kuah Rojak Buah



Salam semua,

Beberapa hari lepas balik ke kampung melihat rumah lama saya yang disewakan. Orang yang menyewa keluar rumah, jadi kami sekeluarga balik la sekejap menengok apa dah jadi kat rumah tu, maklum la sejak rumah tu disewakan, saya langsung tak ambil kisah keadaan rumah tu, semua diserahkan pd penyewa rumah, pandai2 la korang menjaganya.
Malangnya rumah yang disewakan nampak sungguh tidak terurus, cam takder orang duduk la pulak, padahal orang yg menyewa tu ustaz dan uztazah. Sedih sungguh hati saya melihat keadaan rumah yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat saya sekeluarga.



Saya dan hubby serta dibantu oleh abang2 saya buat kerja menebas dan memotong dahan yang melintuk ke atas bumbung garaj. Habis bumbung semua berkarat dan berlubang kerana takungan air dan himpunan daun daun kering. Dari dahan dahan yang dipotong tu dapatla buah buah mempelam hijau yang belum masak ni. Banyak juga jadinya buah ni, tp tak berapa elok disebabkan berulat di dalamnya. Adala sebiji dua yang boleh dimakan. Jadi bawak balik ke rumah. Hajat dihati nak buat kuah rojak untuk mencicah. Lama tak makan mempelam cicah ni. Seingat saya time pregnant saja saya suka makan mempelam cicah kuah rojak ni dengan hubby. Masa tu makan tak hingat duniaaa, berselera sungguh tambahan pulak buah mempelam dari pokok sendiri, hari hari berulang makan, tak jemu jemu.

Sewaktu google cari resepi kuah rojak, ternampakla resepi ni kat rumah As Hajar bahan bahan pun nampak cam menarik, apalagi saya pun bereksperimen la.



Jadi beginila hasilnya, sedap kuah ni, saya letakkan banyak kacang tanah tumbuk dan bijan. Terima kasih buat Hajar dan SIL nya yang sudi berkongsi resepi.

Kuah Rojak

1 botol cili sos (1/2 cawan)
1 botol tomato sos (1/2 cawan)
1 botol kicap (1/2 cawan)
20 biji cili padi-diblend (kita guna cili kering)
+- 1 kg gula atau terpulang (kita guna 1/2 cawan)
RM1 gula merah(1 cawan)
RM 1 belacan dibahagi 2-bakar (kita ganti dgn 1 tbsp pes otak udang)
1 cawan air (1/2 cawan)
RM1 bijan-digoreng tanpa minyak** (terpulang)
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar**- lagi banyak lagi best

1. Masak kesemua bahan (kecuali **) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila agak pekat, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
3. Hidangkan bersama buah2an & sayuran yg disukai spt mangga muda, nanas, sengkuang dan mentimun (kat sini kita makan ngan buah apricot yg belum cukup masak, anggur hijau, nanas dlm tin, limau, mentimun dan karet...hentam sajalah labu



Jom kita menyicah…………… cam orang mengidamla pulak. Sedap banget dong……… tak teringin ke nak makan???? meh la singgah......ada lagi kuahnya ni haaa saya simpan dalam peti sejuk tp buahnya kena bawak sendirik la ya pasai dah habihhhhhh keh keh keh….....

Tuesday, January 18, 2011

Chicken Tikka Masala



Salam semua,
Resepi ulangtayang dari dapur Gert. Memang sedap chicken tikka ni. Kepekatan kuahnya membuatkan ia enak dimakan bersama roti. Selalunya makan kat restoren kapitan bersama roti nan, memang sedap. Kalau kat Penang, makanan ini kegemaran ramai.



Sekarang dah tahu resepinya, jadi bolehla buat selalu, tak payah labur duit kat restoren dah.

Chicken Tikka Masala

Ingredients:
1 pound chicken meat - cut into bite size pieces
1 medium size onions – finely chopped
3 cloves garlic - chopped
1” ginger- finely chopped
1 can (15 oz)chopped tomatoes
2 tbsp of plain yogurt
3 tbsp of Ghee or oil
½ tsp sugar
Salt to taste



Make into paste with a bit of water:

2 tbsp chili powder (depend on the spiciness you like)
2 tbsp garam masala powder
1 tsp of turmeric powder
1 tsp coriander powder

1. Heat the ghee or oil in a cooking pan. When oil is hot add in the onions and fry
until lightly brown. Add in the garlic and ginger. Continue to stir-fry until fragrant

2. Add the mix spices paste for two minutes or until fragrant (you can add a bit of
water if necessary). Add the tomatoes and continuously stir it for 5 minutes or until the sauce thickens.

3. Add in the chicken cubes and stir fry until the chicken pieces nicely coated with
sauce. Add in about 1 cup of water; bring it up to boil, lower down the heat and
covered. Stir the chicken occasionally. Add in sugar, salt and yogurt.

4. Continue to cook for another 5 minutes or until sauce thickens. Dish out n serve
serve warm with rice or naan bread

Friday, January 14, 2011

Ayam Panggang Ala Bangkok



Salam semua,
Ayam Panggang Ala Bangkok. Nama resepi cam mai dari Siam nampak gayanya. Selalunya makanan Siam ni sedap sedap dan paling penting sesuai dengan tekak saya sekeluarga. Tengok bahan bahan pun cam sedap jerk, jadi apalagi tangan ni pun dah menggatal nak menerai. Ayam pun ada dalam petiais tu. Mesti anak anak suka sebab selalunya klu pergi pasar malam dekat rumah, mesti diaorang cari ayam panggang bok balik.



Resepi ni saya ambil dari rumah KNor dan yang mempromote resepi ni lak ialah UmmiZaihadi. Asal resepi dari Majalan Saji. Terimakasih la kepada semua mua nya yang terlibat, memang sedap sangat ayam panggang nih. Lebih sedap kalau meratah begitu saja.

AYAM PANGGANG ALA BANGKOK
Sumber: Ummi Kuantan
Sumber asal : Majalah SAJI

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar) ~ k.nor letak 1 sb jer sbb dah letak madu
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

Bahan Sos:-
30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus



Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam. Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.

Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.

Wednesday, January 12, 2011

Zebra Cake


Salam semua,
Kek yang outdated, opppsss sorry, sorry bukan kek yang outdated, tapi yang membikin kek ini yang outdated kerana terlambat mencubanya. Sepatutnya kek ini dibuat semasa tengah panas panas di tayangan amal, baru seronok tengok. Memang geram betul tengok semua bloggers masak masak dok tayang kek ni kat rumah mereka suatu masa dulu, cantik kek kuda belang ni, secantik rasanya. Lembut dan enak sekali. Alahai baru hari ni la saya berkesemptan untuk mencubanya.

Aikkk, pasai apa kek ni tak berapa nampak belang belang dia??? Laaa tak berapa jadi la belang belang dia huhuhu...... nak nangih la ni. Tapi pujuk hati balik, haiiissshh adalah sikit nampak iras iras dia kan, kan? Ok la, saya tepek resepi dia lagi sekali kot kot ada yang tak buat lagi, cuba na jangan tak cuba, kek ni memang sedap kat tekak saya hehehe. Resepi ni saya cilok dari rumah Gert.Asal dari Jo's Deli & Bakery. Terimakasih diucapkan buat keduanya.

ZEBRA CAKE
Ingredients :

6 eggs
110g sugar
150g cake flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tbsp emulsifier/ovalette (optional)
100g butter, melted
30g condensed milk
1 tsp vanilla essence (optional)
2 tbsp cocoa powder * )
1 tsp of instant coffee *) *Mix this 2 ingredients with 3-4 tbsp of hot water



Method:-
Preheat oven at 350 degree F. Prepare and grease a 8 inch round cake pan.
Sift flour and baking powder. Set aside.

Beat eggs, flour, sugar and emulsifier on high speed for 10 minutes or until batter
turns light and creamy, i.e. thick ribbon state. To test, lift beater. Batter drops from beater should disappear when you count from 1 to 10.

Pour melted butter, condensed milk and vanilla essence (if any). Mix at slow speed.
Divide batter into 2 equal portions. Fold chocolate solution into one of the batters.
Using tablespoon, scoop 3 tbsp of uncoloured batter into centre of cake pan. Then,
scoop 3 tbsp of chocolate batter on top of uncoloured batter.

Repeat until you have finished about half of the batter. Reduce to 2 scoops each
now and continue layering.

Reduce the amount of batter gradually until you only pour 1 scoop of each batter
finally. The circles become smaller and smaller as your pour.
Bake int he oven for 40-45 or until golden brown. Let cake in pan for 10 minutes
before turning it on to a wire rack to cool complete

Note : Emulsifer is a stabilizer for cake batter when beaten rapidly, provide delicate and soft texture to cake.

Asal dari Jo's Deli & Bakery

Monday, January 10, 2011

Ayam Goreng Herba


Salam semua,
Dah lama teringin nak buat ayam goreng herba ni. Resepi ni amik dari rumah KNor. Semua resepi yang terdapat di rumah Knor best best belaka dan dah banyak jugak saya try. Terima kasih bebanyak ya KNor kerana sudi berkongsi resepi resepi baru yang sungguh istimewa, jasamu tetap dikenang.


Sedap rasa ayam ni, meratah pun ok gak. Anak pun kata sedap. Kalau ada yang teringin nak mencuba, ini dia resepinya saya cp dari blog KNor Secubitgaram

AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah

bahan *----> dikisar.

Cara Memasak:

Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hidang.

Friday, January 7, 2011

Cucur Nasi Ikan Bilis



Salam semua,
Dah lama tengok tayangan amal cucur ni kat merata rumah. Teringin gak nak buat. Bila beritahu hubby nak buat cucuq nasi, dia gelak dan kata buat dan makan sendiri. Sebabnya, dia sendiri tak pernah dengar yang ada orang pernah buat cucur nasi. Jangan kata dia, saya sendiri pun heran jugak bila pertama kali terpandang dan terbaca mengenai nasi yang boleh dicucurkan, semakin hari semakin kreatif kan otak manusia ni……



Pagi tu bila hidang cucur ni kat hubby, dia makan jer, dia ingatkan cucur udang. Bila kita beritahu dia yang tu la cucur nasi, dia kata sedap. Haaaa, baru tau kan, tak cuba tak tau. Resepinya saya cp dari blog Izah. Terimakasih yer Izah.

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-Bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) -
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Wednesday, January 5, 2011

Ikan Bakar Portugis



Salam semua,
Hari ni cuba buat ikan bakar pulak. Ni first time buat ikan bakar. Sebenarnya dah lama saya salin resepi ni klu tak silap beberapa tahun lepas, tapi tak pernah mencuba pun. Disebabkan hari ni angin rajin dah datang, maka jadila resepi ni.



Saya buat ikan bakar ini menggunakan ikan merah. Anak anak dan hubby kata sedap. Mereka makan begitu saja bersama nasi putih, tak payah lauk lauk lain. Kuahnya saja
sudah cukup untuk membangkitkan selera. Saya bakar menggunakan daun kunyit sahaja sebab payah sangat nak cari daun pisang kat taman ini. Daun kunyit pun banyak dan elok jer jadinya kat belakang rumah, daripada kering begitu saja elok juga dibuat membalut ikan bakar ini, baunya pun harum.



Mungkin akan buat lagi dan lagi sebab famili sangat sukakannya. Kepada yang ingin mencuba di bawah ni saya cp dari fp mamasya, terimakasih yer mamasya. Kalau tak silap saya pencipta resepi ni Datuk Chef Wan.

Ikan Bakar Portugis
Sumber FP Nurfikas

Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan - sy guna ikan merah
Daun pisang - sy guna daun kunyit

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Sunday, January 2, 2011

Kek Pelangi



Salam semua,

Kek yang berwarna warni ini dinamakan Kek Pelangi walaupun tak cukup syarat warna warna pelanginya. Resepi ni saya cilok dari blog Chef Azli yang menamakan Chef Rohimi sebagai tuanpunya resepi.

Terimakasih buat keduanya kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.



Cuba tengok teksturnya, tersangatla halus dan lembut, sedap sangat bila masuk ke mulut, tak terasa, tiba tiba dah berkeping keping masuk dingap, hehehe



Bergerun gak bila tengok kuantiti bahan2nya, jadi, saya cuma buat separuh adunan jer dan bakar guna loyang 9 inci. Ni pun dah banyak nih.

Amacam, ada yang teringin nak try resepi ni dak???? Angkat tangan cepat!!!! Okey, saya cp resepinya, dipersilakan mencuba, nanti feedback balik yer...

KEK PELANGI

Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair - sy ganti marjerin cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim



Cara-cara penyediaan
Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza. (saya bakar sekaligus)Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
Selepas masak sejukkan kan kek.
Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.(yang ni saya tak buat)



Potong sikit dan hantar kat rumah abang sulung sebagai membalas bekas sebab hari tu diaorang bagi bubur asyura. Selebihnya letak dalam tupperware dan bawak bekal balik kampung sebab nak buat kerja menebas sikit....