Saturday, August 29, 2015

Resepi Congo Bar Terlajak Larissss

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yg Ke 58 diucapkan kepada semua.  Semuga kemerdekaan ini akan dapat terus kita kecapi dan kekalkan sehingga ke akhirnya, in sha Allah.  Bersama samalah kita mendoakannya.



Ini kudapan enak kami pada suatu petang yang dingin tapi.  Hujan renyai renyai gitu, tapi bukan hari ini ya.  Lepas seketul, seketul yang dijamah, tak terasa entah dah berapa ketul masuk ke dalam mulut.  Memang sedap sebagaimana yang diperkatakan oleh mereka mereka yang telah mencubanya.  Keluarga pun suka.


Untuk kepingan congo bar kali ini, disamping chocolate chips dan badam hiris, saya juga menambahkan buah buahan campuran ke dalamnya.  Alang alang stok buah buahan campuran masih ada di dalam petisejuk, lebih baik digunapakai sebelum menghampiri tarikh luput.


Beberapa tahun yang lalu saya pernah mencuba bar comel ini.  Boleh lihat di SINI untuk resepinya.  Rata ratanya,  kebanyakkan orang menggunakan resepi yang sama samada dalam bahasa Inggeris ataupun yang telah dialihbahasakan.  Walaubagaimanapun, saya letakkan lagi sekali resepinya dalam Bahasa Melayu pula untuk rujukan di masa mendatang.  Terdapat sedikit pengurangan dari segi kuantiti gula dan cip coklat.  Apa apapun terletak pada selera masing masing.


CONGO BARS

Bahan bahannya
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pecan atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara caranya
1.  Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2.  Dalam bekas yang  berlainan,  campurkan gula perang dan mentega sambil dikacau rata sehingga butter larut.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
4.  Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak.   Gaul rata. 
6.  Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang.  Gaul sempurna.


7.  Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 @ 10 x 10 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.  Boleh juga digunakan loyang 12 x 12 bagi mendapatkan hasil yang lebih nipis dan rangup.
8.  Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
9.  Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.









Friday, August 28, 2015

Tart Keju Mini Blueberi ,/ Mini Blueberry Cheese Tarts


,Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tart mini blueberry tempahan Pn Fauziah.  Terima kasih.



,


Thursday, August 27, 2015

Ayam Kicap Pedas MaduKaripullai

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,




AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULLAI
Sumber  :  TerminalHijrah

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
1 bawang besar di hiris2 nipis
3 tangkai daun kari
2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
 Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit


CARA MEMBUATNYA
Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi

Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.





Tuesday, August 25, 2015

Baby cheese tart di hari lebaran


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,



Monday, August 24, 2015

Resepi Kek Buah buahan Bakar


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Baru baru ini saya mencuba kek buah kukus, kali ini saya mencuba pula kek buah versi bakar.  

Alhamdulillah, hasilnya juga tidak menghampakan.   Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih menggemari kek buah kukus.  Apa apapun terpulang kepada selera masing masing.

KEK BUAH BAKAR TANPA TELUR

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren

Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional


Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.


Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 

Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.


Cara penyediaan yg tak menyeksakan...mula2 larutkan gula dan butter bersama susu cair. Bila dah larut, terus tutupkan api. Dan masukkan mix fruits yg sudah dihiris halus tadi dan kacaulah sebati. Tutupkan bekas tu. Biarkan ia terendam selama lbh kurang 4 jam atau semalaman. Gambar yg kat hujung sekali tu menunjukkan ia dah terendam lama. So, buah tu naik/terapung. Maknanya ia takkan jatuh semasa proses pembakaran. 

DJ menggunakan loyang 22 cm. Kalau nk jadikan kek ni lbh tinggi, ada baiknya guna yg 20 cm.

Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. DJ guna buah oren sunkist. Guna oren sunquick pun boleh kalau x ada stok buah oren. Bancuhlah dlm 2 sudu makan gitu. Lepas tu, masukkan ke dalam loyang. Taburkan badam cincang...sedap sihh!


Ataupun boleh juga dicuba resepi yang di bawah ini bagi melihatkan perbezaannya.
Apa apapun mesti dicuba sehingga mendapatkan hasil yang betul betul memuaskan dan memenuhi selera..

KEK BUAH
Resepi Asal  :  MekarMewangi
Sumber  :  Ketoombar

Bahan A:-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix 
1 cwn air

Masak semua bahaan di atas dengan api sederhana sehingga butter dan susu pekat larut.  Ketepikan biar sejuk lebih kurang 3 ke 4 jam sehingga buah buahan agak kembang

Bahan B:-
2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn)

Apabila bahan A agak sejuk.. masukkan telur dan kacau rata.  Kemudian masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.  Masukkan juga jus oren.. kacau rata.. 

Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau  dilapik baking paper.. Bakar dalam oven suhu 180 celcius atau gas mark no 3 mengikut oven masing masing sehingga masak.  Sekiranya lambat masak, tutup loyang.

Sunday, August 23, 2015

Tart Buah buahan Segar / Fresh Fruit Tartlet



 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Aasmalia dari Uitm Permatang Pauh untuk jamuan hariraya.

Saya ke pasaraya mencari buah buahan segar, malangnya buah strawberi tiada.  Jadi, terpaksalah saya memilih buah buahan yang sediada.  


Cermin mata hitam you......



Terimakasih banyak diucapkan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Saturday, August 22, 2015

Ayam Masak Merah Simple dan sedap

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Resepi dari SINI ya.


AYAM MASAK MERAH SIMPLE DAN SEDAP
bahan-bahan :-
1/2 ekor ayah dipotong ikut besar mana nak.Lumur dengar garam dan kunyit lepas tu goreng.ikut suka la nak garing ke,atau nak separuh garing.kalau saya biasanya goreng sampai garing .

Bahan kisar
**********
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
*************
2 sudu gula merah
1 mangkuk kecil sos cili.
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai
 Bawang besar- dihiris tebal-tebal
1 biji tomato.
2 biji cili besar (merah atau hijau,belah tengah je.)


Cara-cara nya..

1-Tumis kulit kayu manis ,bunga lawang bunga cengkih.
2-masuk kan bahan kisar dan serai..masak sampai naik minyak.
3-masuk kan sos cili dan sos tiram dan gula merah.
4-tunggu sampai warna nya gelap sikit.
5-masuk kan ayam yang kita goreng tadi.buh air sikit supaya tak hangus.
6-masuk kan garam dan tunggu sampai kuah mendidih dan pekat sikit.
7-masuk kan bawang besar dan tomato yang dipotong dan cabai besar tadi..
kacau2 sikit dah siap..



Thursday, August 20, 2015

Makaroni Bakar / Baked Macaroni Jamuan Hari Raya


 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Sally untuk anaknya bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya. Tq dear.

Anak anak saya juga sangat menggemari macaroni ini.  Kalau ada tempahan, mesti kena buat lebih.




Makaroni yang baru keuar dari oven, panassss
Selepas ini baru boleh dimekap.