Sunday, July 29, 2012

Pandan Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya ya, Pandan Muffin yang telah berbulan lamanya dibuat, terlupa langsung nak letak dalam n3.

Tuesday, July 24, 2012

Fragrant Green Chicken Curry

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat islam dan pengunjung Wattieshomemade khususnya. Terimakasih banyak diucapkan kerana sudi menjengah ke sini. Saya dapati traffic ke sini melambung tinggi dua kali ganda daripada sebelumnya.  Walaupun jumlahnya tak setinggi  blog2 masakan yang lain, namun ianya tetap memberikan saya satu suntikan semangat untuk terus berblogging. Alhamdulillah, semuga blog ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua dalam menyediakan juadah berbuka maupun juadah hari raya. Sesungguhnya kunjungan anda semua amat saya hargai. Dan semuga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua, insyaAllah.
Sebenarnya n3 saya seminggu dua ini adalah n3 autopublish sahaja, sebab itu kurang berbicara. Bulan puasa ni nampaknya aktiviti blogging terpaksa dikurangkan sedikit seperti tahun tahun sebelumnya, namun saya tetap akan menyiarkan resepi2 terbaru yang telah dan akan saya cuba secara autopublish juga, harap maklum.
Oklah, jom kita semak resepi untuk kali ini.  Agak lama juga saya menyalinnya, namun tidak berkesempatan untuk mencubanya kerana selalu kekurangan bahan bahan.  Resepi ini agak istimewa kerana ada sedikit kelainan dari segi bahan bahannya.  Resepinya saya perolehi dari laman asianfoodchannel. Kepada yang inginkan kelainan di dalam hidangan berbuka, bolehla mencuba resepi ini.  Dibawah ini saya perpanjangkan resepinya. 

Fragrant Green Chicken Curry 
Show: Jamie Oliver Naked Chef Chef: Jamie Oliver 
Category: Main Course Yields: 4 

Ingredients Green Curry Paste 
6 bottle spring onion, washed and trimmed 
5 medium green chili, seeded, and, finely, chopped 
2 cloves garlic 
1 tbsp fresh ginger, root, peeled, and, finely, chopped 
1 tbsp coriander seeds, pounded, and crushed 
1/2 tsp freshly ground black pepper 
sea salt, to taste freshly 
ground black pepper, to taste 
1/2 handful lime leaf, torn 
2 lemongrass, stalks, trimmed back, and, finely, chopped 
2 good handfuls fresh basil, on the stalk (tak letak ler benda alah ni)
3 good handfuls fresh coriander, on the stalk 
3 tbsp extra virgin olive oil 
4 lime, zested, and, juiced
Chicken Curry 
4 chicken, breasts, boneless, skinless, and, cut into 5 large pieces 
16 oz coconut milk 
1 handful chopped pistachio nuts (ganti cashewnut)
Method Green Curry Paste: 
Put all the green curry paste ingredients in a food processor and whizz to a smooth green paste.
Chicken Curry: 
Marinate the chicken in a little of the green curry paste for 30 minutes, then add a little oil and chicken pieces to a hot casserole-type pan or wok. Fry for 4 minutes, then add the remainder of the marinade - it will sizzle. Stir in the coconut milk, bring to a boil and simmer gently for 8 minutes until the chicken is cooked. Season to taste. The flavour should have a kick but reasonably mellow - very fresh and fragrant. Sprinkle with the pistachios and some coriander leaves and serve with steamed rice or noodles, and chunky coconut, tomato, cucumber and lime relish.


Selamat Mencuba..........

Rumah kedua ku  :  http://dewattiesdelight.blogspot.com/,  jemput singgah.....

Monday, July 23, 2012

Kek Mini Marble Badam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek mini ini saya buat untuk dibawa ke rumah saudara yang mengadakan kenduri arwah beberapa hari yang lepas.



Resepinya saya ambil dari SINI ya. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi. 


MINI CAKES 
Bahan2.. 
250 gm tepung optima 
4 biji telur 
50 ml susu segar 
80 ml minyak jagung 


Cara2nya.. 
1. Pukul tepung optima dan telur selama 8 minit. 
2. Tambahkan susu dan pukul lagi dalam 2 minit. 
3. Tutup mixer, tuang minyak jagung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati. 
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna. 
5. Lenserkan dulang saiz 10x10x1 inci, lapik kertas minyak dan lenser sedikit butter lg. 
6. Tuang adunan di tengah2 loyang bergilir2 ikut warna, Buat sampai semua adunan habis. 7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. 6. Sejukkan atas redai dan potong kek sebesar 1x1 inci. 
7. Susun kek atas papan kek bersaiz 16x16 inci dan hias dengan bcream n assessories yg lain. 


 Bahan2 buttercream.. 
250 gm krimwell 
100 gm susu pekat manis 
40 gm gula aising - ayakkan 


Cara2nya.. 
1. Pukul semua bahan2 sehingga sebati dan putih, gunakan kelajuan sederhana. 
2. Boleh letak pewarna atau perasa jika suka.


Saturday, July 21, 2012

Kek Lapis Batik Sutera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek Lapis Sarawak tempahan Aezi untuk rakannya. Saya buatkan corak batik sutera.

Kata Aezi, kawannya nak ke UK untuk menghadiri hari graduasi anaknya, jadi kek ini dibawa bersama sebagai buahtangan.
Kek lapis selalunya tahan disimpan lama. Caranya ialah dengan membungkus kek tersebut dengan cling wrap atau kertas aluminium dan masukkan kedalam bekas bertutup. Boleh juga dingin bekukan kek tersebut untuk beberapa bulan. Cara anda mengendalikan kek itu juga mempengaruhi jangka hayatnya. Tangan hendaklah bersih semasa memegang kek dan pastikan ia disimpan dalam bekas bertutup.

Opssss, ada yang bertanya resepi.  Resepi boleh dilihat di SINI  ya.

Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Friday, July 20, 2012

Happy Birthday Wawa & Nana

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Chocolate Moist Cake tempahan Siti Susi untuk anakanda dan adinda tersayang.
Sebenarnya Siti nakkan gambar princess kat atas kek, malangnya stok gambar princess edible image sudah kehabisan dari kedai bakery. Kalau nak menempah, ambil masa yang agak panjang dan tak sempat, jadinya saya buatkan bunga dan dedaun aja, harap Siti, anak dan adik menyukainya.

Happy Birthday Wawa dan Nana, semuga menjadi anak dan adik yang terbaik, hidup diberkati, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki senantiasa, amin.
Malam tu, Siti sms begini "Adik adik kata sedap kek tu, mak siap pesan lagi bila2 nak order kek lg tp yang lain pula". Alhamdulillah, dan terimakasih banyak Siti.

Thursday, July 19, 2012

Ayam Karlio Nenas Chef Wan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ayam karlio ni dah lama saya buat sebenarnya, baru hari ini berkesempatan untuk meletakkan dalam n3. N3 ni pun n3 autopublish yer.
Resepi saya ambil dari SINI. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi istimewa ini. 

Ayam Karlio Nenas Chef Wan 

Bahan-bahan 
Minyak sayur 60ml 
Santan 1 biji 
Ayam 1ekor, dibelah empat 
Asam keping/gelugur 4 keping 
Gula secukup rasa 
Nenas masak 1/2 biji, dipotong lebar-lebar 
Daun kesom 4 sudu besar, dicincang halus  (yg ni sy tak letak sbb takder)
Cili merah 10 biji, kisar halus 
Cili padi 8 biji, kisar halus 
Buah keras 6 biji, kisar halus 
Serai 3 batang, kisar halus 
Lengkuas 2 cm, kisar halus 
Daun limau purut 2 helai, kisar halus 
Daun ketumbar 3 tangkai/urat, kisar halus 
nota: sume yang kisar halus tu, sekalikan je dalam satu blender, mengikut kefahaman aku lah;)


Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisarkan sampai wangi dengan api yang sederhana. 
2. Masukkan santan dan ayam bersama asam keping serta garam dan gula sedikit, dididih selama 30minit sehingga ayam empuk. 
3. Masukkan nenas dan daun kesom. 
4. Masak selama 15minit lagi sehingga kuahnya pekat.
Ayam ni memang sangat sedap tapi mestilah dimasak sehingga agak pekat baru terasa segala rempah ratusnya.

Wednesday, July 18, 2012

Kek Karamel Intan Zurida

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel tempahan Intan Zuria dari Bertam, Kepala Batas untuk ibunya.
Intan nakkan kek karamel yang warna warni dan terang. Jadi saya buatkan warna biru merah dan putih. Amacam, terang tak??
Terimakasih diatas tempahan ini.

Tuesday, July 17, 2012

Snowy Cheese Cake buat Sheeda, Ummi, Fairuz dan Ca'ah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
2kg snowy cheese cake buat Sheeda, Ummi, Fairuz dan Ca'ah tempahan Sally bagi pihak rakan ofisnya.
Kek nak dibawa ke tepi pantai untuk celebrate birthday ramai ramai kat sana.
Happy birthday gurlz, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.