Saturday, July 21, 2012

Kek Lapis Batik Sutera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek Lapis Sarawak tempahan Aezi untuk rakannya. Saya buatkan corak batik sutera.

Kata Aezi, kawannya nak ke UK untuk menghadiri hari graduasi anaknya, jadi kek ini dibawa bersama sebagai buahtangan.
Kek lapis selalunya tahan disimpan lama. Caranya ialah dengan membungkus kek tersebut dengan cling wrap atau kertas aluminium dan masukkan kedalam bekas bertutup. Boleh juga dingin bekukan kek tersebut untuk beberapa bulan. Cara anda mengendalikan kek itu juga mempengaruhi jangka hayatnya. Tangan hendaklah bersih semasa memegang kek dan pastikan ia disimpan dalam bekas bertutup.

Opssss, ada yang bertanya resepi.  Resepi boleh dilihat di SINI  ya.

Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

4 comments:

  1. Salam Ramadhan watie...nampak begitu lembab dan warna yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa wattie
    cantiknya kek sarawak ni?
    tak de resepi ke?

    ReplyDelete
  3. Cantiknya... warnanya lembut bak sutera!
    Wattie... jangan lupa buka puasa ye...

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan almubarak kak watie
    ghajennya akak
    cheq pun dah gian nak melapis tapi still amatur kak bertatih pelan-pelan

    ReplyDelete