Sunday, August 31, 2014

Kek Cawan Baldu Merah dan Kek Coklat Lapis Cheese untuk hantaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Chocolate Moist Cake with Cream Cheese layer dan Red Velvet Cupcakes tempahan Pn Jarinah sempena majlis akad nikah anak saudaranya baru baru ini.


Bekas ini disediakan oleh Pn Jarinah setelah diberitahu saiz yang bersesuaian.






Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.





Untuk sebarang tempahan, sila layari deWattiesDelight.blogspot.com

Marble Cheese Cake Hanie


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Marble Cheese Cake tempahan Hanie, Taman Pauh Jaya.

Marble cheese cake yang dibuat tak berapa nak elok kejadiannya.  Jadi, saya gantikan dengan kek ini.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.

Saturday, August 30, 2014

Red Velvet Birthday Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semunya,

Baiklah, mari kita lihat tempahan tempahan yang telah saya terima baru baru ini.

Red Velvet cake tempahan Sally sempena hari lahir staffnya.

Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Wednesday, August 27, 2014

Kek Coklat Lembab Aemie, Taman Bunga Raya, Perai.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Repeat order daripada Aemie, Taman Bunga Raya, Perai.


'

'
Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Tuesday, August 26, 2014

Ayam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sessi ulangtayang untuk resepi yang hebat, ringkas dan sedap.


Resepi dari SINI

 Ayam Goreng Cili Padi 

  Bahan-Bahan: 
 BAHAN A: 
 1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan 
 1 batang serai ditumbuk lumat 
 Sedikit serbuk lada hitam 
 Sedikit tepung beras 
 Sedikit kunyit serbuk & garam 


 Bahan B: 
 1 genggam cili padi 
 2 labu bawang 
 1 batang serai. 
 Garam secukup rasa. 


 Cara: 
 LANGKAH PERTAMA: 
Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan. 

 LANGKAH KEDUA:
 Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini. Siap untuk dimakan.


Silakan.

Sunday, August 24, 2014

Mini Pulut Kuning Intan, Kepala Batas





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Mini Pulut Kuning tempahan Intan dari Kepala Batas.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.




Saturday, August 23, 2014

Sambal Tumis Udang dan Petai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini adalah Sambal Udang dan Petai.


SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI

Bahan bahannya  :-
500gm udang sederhana besar
3-4 papan petai 


Bahan bahan dimesin bersama  :-
5 sudubesar cili kisar 
5 ulas bawang merah 
1/2 inci belacan 
2 labu bawang besar - 1 dihiris, 1 dipotong bulat


1 keping asam keping
3 sudubesar gula
1/2 cawan minyak masak
garam dan lada sulah secukupnya.


Cara caranya  :-
1.  Udang dibuang kepalanya dan dibersihakan
2.  Petai dikupas dan diambil isinya sahaja.
3.  Panaskan minyak masak dan tumis 1 biji bawang besar hiris hingga kekuningan.
4. Masukkan bahan bahan dimesin bersama dan tumis hingga agak garing dan terbit minyak.


5.  Masukkan gula dan biar gula sebati dengan bahan gorengan dan tampat sedikit berkilat.  Kalau nakkan yang berkuah, tambahkan sedikit air.
6.  Masukkan asam keping dan petai, gaul rata.
7.  Masukkan udang dan goreng kesemuanya biar serata.  Jangan goreng terlalu lama setelah dimasukkan udang.
8.  Masukkan bawang besar yang dihiris bulat, garam dan lada sulah secukupnya.
9.  Siap!  Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba.

Friday, August 22, 2014

Apam Dot Dot Anis, Seberang Jaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Apam Dot Dot tempahan Hanis dari Seberang Jaya.





Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Thursday, August 21, 2014

Kari Kepala Ikan Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ni menu beberapa hari yang lepas, kari kepala ikan siakap.
Boleh bagi 4 bintang dekat kari ni, hehehe memang mabeles.  Tak caya, teraila buat.  Bahan bahannya adalah........................


Kari Kepala Ikan Penang  

  Bahan-bahan ( 4 orang ) 
 kepala ikan siakap  (sy guna 1 ekor ikan siakap)
rempah kari babas (sy letak 3sb)
serbuk cili  (sy letak 1sb)
3 ulas bawang merah  *
 2 ulas bawang putih  * 
1 biji bawang besar (hiris bulat) 
halia * 
1 batang serai  (di ketuk) 
serbuk jintan putih  (sy letak 1sb)
1 sb air asam jawa 
bendi 
1 biji tomato  (belah 4) 
cili hijau belah tengah
 terung bulat belah 2  (sy tak letak)


Cara-cara 
 Tumbuk bahan yang bertanda * .  
Tumis bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kari bersama serbuk cili dan tumis sehingga pecah minyak, kalau tak pecah minyak kari nanti tak sedap. 
Masukkan serai (untuk sedapkan kari - optional) setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa ikut citarasa masing2, kalau nak masam, masukkan lebih air. kalau tak, secukup rasa jer la. 
Masukkan kepala ikan, kalau nak masukkan isi pun blh juga, biar sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bendi, tomato, terung dan cili hijau. 
Masukkan garam. setelah mendidih, hiris bawang besar dan taburkan di atas kari untuk di hidang.


Selamat Mencuba.