Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Thursday, June 9, 2011
Talam Sagu
Salam semua,
Lamanya saya tak buat kueh untuk minum petang. Semalam, cuba buat kueh talam sagu yang demam dia melanda rumah blogger masak memasak baru baru ni. Rasanya dah kebah sikit sikit dah demam ni. Ni 2nd time buat kueh talam, selalu buat kueh talam tak pernah menjadi, tak taula kenapa. Tangan tak berapa cun kot.
Saya ikut 100% cara Nieza. Kalau tengok hasilan Nieza kemain cun lagi dengan warna merahnya pun terang benderang cam warna lampu traffic light. Kaler talam kita pulak pucat sikit sebab kita letak sikit jer pewarna tu.
Bila kueh ni dah siap dikukus. Huwaaaaaaa....rasa cam nak nangih, kueh talam ni pun tak berapa mau menjadi jugak. Bahagian atasnya mengeras sedikit, bahagian bawahnya pulak terlebih lembik la pulak, bila potong letak dalam pinggan, talam ni dok bergoyang goyang macam nak terbalik, jenuhla kita dok adjust masa sesi fotographi.
TALAM SAGU
Resepi asal: Buku kompilasi kueh talam selenggaraan
noorshawati che Razali dari abad 21
Source: Anymz, Mas dan Nieza Terimakasih semuanya ya.
Bahan2 Lapisan bawah
2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
(nieza lebihkan sagu sebab nk abiskan stok sagu jer)
1/2-1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya
Cara membuat
Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas
*Nieza ikut cara Mas msk dulu sagu atas dapur pastu baru kukuskan
Bahan2 Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung (nieza tambah)
1 sudu teh garam
Cara membuat
Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit
Nampak tak yang dalam pinggan tu, macam menara condong sikit. Walaupun begitu, rasa talam ni tetap tip top, sssssedapppp. Tapi malang lagi sekali, hubby ngan anak anak tak berapa suka la pulak, jenuhla kita dok menghabihkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak pe wattie..
ReplyDeleterupa paras tak penting
yang penting rasanya :)
Akakkk..
ReplyDeleteLma dah saya tk ke sini. Sedap mkn sejuk kuih ni. Sya pun dh try buat. Sdapkan
wahh dah sampai sini dah kuih talam ni..kuih sagu tu memang lembut kak saya pun sama gak susah nk potong hari tu....tapi memang sedap kuih ni tak pe rupa tak cun pun kak janji mkn sodap..hehe
ReplyDeleteakak...sedapp tu kuih talam sagu ni...
ReplyDeletemas suka sangat....
rupa tak penting kak..
janji sedappp..
hehehe takpe kak sendri makan..rupa out asal tekak in no hal nye..hiihihi
ReplyDeletekalau saya yg buat kompom bukan condong, terus ranap tak bangun2 dah rasanye..hihihi
Assalam kak,
ReplyDeletelah kita ingat akak yang tak sihat rupanya..kebah dari buat talam sago ni ya..heheh..
kalau dah 2x kali buat tu sedaplah kan kak..tak apa tak cantik asal sedap ok ape..
Salam Kak Wattie, sedapnya nampak talam sagu tu. Selalunya anak2 mmg tak suka kuih2 gini, kalau nak buat juga, kita lah yg kena habiskannya.
ReplyDeleteKasihRedha,
ReplyDeleteBetul tu, 101% agree......hehehe
Izahdaut,
Selamat bertemu kembali Izah.....iya memang sedap sangat kueh ni
Nieza,
Kuih talam ni lambat sikit sampai Penang, tu yang baru hari ni dapat ditayangkan
Mas,
Terimakasih Mas kerana sudi berkongsi resepi resepi menarik
Sitizahim,
Hahahaha kelakar la Siti ni. Terimakasih sudi singgah sini ya..
Ayu,
Wsalam. Kalau akak tak sihat, alamat tak berasap la dapur tu.......kuih talam sagu pun dok jadi sagu lagi....hahahah
Kaz,
Wsalam. Tu la Kaz, banyak songeh lak anak anak akak ni, lain kali kalau nak buat kena buat separuh adunan jer dulu...