Saturday, June 25, 2011

Ayam Ala Dondang


Salam semua,
Alahai.......ayam ala dondang la pulak. Nak masak ayam ni kena berdondang sayang dulu ya...hahahah, baru menjadi. Sempoi betul namanya kan???

Inilah paparan saya untuk hari ni, lauk masakan kampung, resepi yang ditukil dari majalah keluarga tahun 2008. Sebenarnya resepi ni untuk daging, tapi saya tukarkan dengan ayam, best jugak rasanya.

Alangkah enakkan bila kita dapat menikmati pelbagai lauk pauk masakan kampung bersama nasi panas. Pastinya selera bertambah bukan sekali tetapi mungkin dua atau tiga kali. Masakan kampung memang tidak dapat dipisahkan dari jiwa masyarakat kita kerana ia juga merupakan satu lambang tradisi.

Okla jom kita semak resepinya.....

AYAM ALA DONDANG

1 kg ayam - direbus dan dipotong bentuk kiub setelah 1/2 in
3 sdm cili kisar
4 labu bawang besar - dipotong bulat (asingkan sedikit)
5 ulas bawang putih - dihiris
2.5cm halia - dihiris
3 tangkai cili merah - dibelah dua
3 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 tin kacang peas - saya tak letak
3 sdm biji ketumbar - dikisar
1 st jintan halus - dikisar
1 st jintan kasar - dikisar
sedikit minyak

Cara-cara
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan kisar kecuali cili hingga naik baru. Kemudian masukkan pula cili kisar dan dan apabila naik minyak, masukkan ayam, kacang peas dan kacau rata.

Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau dan sedikit bawang besar potong bersama serbuk perasa dan garam.

Angkat dan sedia dihidang.


3 comments:

  1. ayamnya pun ikut berdondang sayang tu wattie... tengoklah dah berdiri dah...

    ReplyDelete
  2. wah ayam tu nampak menyelerakan ler... namanya pun cantik gitu... :)

    ReplyDelete
  3. Amie,
    Jom ramai ramai kita berdondang sayang

    Diana,
    Nama yg lain dari yg lain, ahaks....

    ReplyDelete