Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Wednesday, June 22, 2011
Vanila Ice Cream
Salam dan selamat petang semua,
Cuaca panas panas begini memang sesuai sangat kalau disajikan dengan aiskrimkan??? Sejuk dan nyaman aja bila sampai ke tekak.
Hari ni nak menayangkan pula aiskrim yang saya buat beberapa hari lepas. Ni first time saya buat aiskrim. Senang sangat rupanya cara menyediakannya, ingatkan susah. Bahan bahan pun tak banyak dan sedia ada kat rumah.
Masa nak scoop aiskrim ni letak dalam gelas, baru perasan yang kat rumah tak ada scoop. Jadi, saya pun gunakan pisau untuk memotong aiskrim ikut bentuk segiempat. Ahhhh...... belasahlah, apa bentuk pun, janji boleh dimasukkan dalam gelas.
Untuk hiasannya saya taburkan dengan chocolate rice dan badam yang dipanggang sebentar, bukan kacang goreng ya, sekali pandang nampak macam kacang kan? Biasalah tu gunapakai bahan bahan yang sediaada dalam stok. Sedap sangat rasa aiskrim ni, rasa macam aiskrim yang dibelila..... Teksturnya pun sangat halus dan lembut. Rasanya pula, hmmmmm lemak lemak manis gitu, sedap hingga tak terkata, speechless.....
Sebenarnya saya ni jarang jarang sangat makan aiskrim. Dalam setahun adalah sekali dua aja, bukan tak teringin, tapi memandangkan kalori yang terkandung di dalamnya membuatkan saya buat buat lupa sekejap, buat buat tak nampak ajala. Cuma bila tengok anak anak dan hubby makan, teringinla jugak.
Kalau anda teringin atau nak menyamankan tekak anda, bolehla cuba resepi yang saya ambil dari MYR Wssary ni. Terima kasih ya Wssary kerana sudi berkongsi resepi mudah dan sedap ni.
AISKRIM VANILA
Bahan-bahan ( 2 liter )
5 sudu gula pasir *
1 tin besar susu sejat/cair *
1 sudu besar ovallete *
1 biji telur *
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla
Cara-cara
mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
simpan dalam freezer 30 minit
ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
kacau dengan wisk atau senduk kayu
boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
Anak anak dan hubby semua kata sedap. Berulang ulang diaorang makan. Wahhhh, macam ni mama boleh buka kedai aiskrimla pulak ya hahahaha....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak..bau telur tak...
ReplyDeletenampak ais krim tu sedapp la...
wahh... guna sebiji je telur ye. bestnyer resepi nihh..
ReplyDeletewaaa sedapnye aiskrimmm... nak sket kak..br lepas mengemas ni, letih...pekene ekrim vanila semangkuk mmg ngam..hheheeh
ReplyDeleteakak tunggu kedai ice cream wattie...
ReplyDeletekat akak kasi free ye...hihi
Wah, mcm tak percaya tgk resepi ni. Simple dan senang sungguh ya, npk pun sedap. InsyaAllah, nanti Kaz nak try buat kat anak2. Tq Kak Wattie.
ReplyDeleteKak wattie, setelah dah siap semuanya, berapa lama nak kena masuk dlm freezer?
ReplyDeletekak wattie cayang, nk ice cream skit kak....sedapnya..cepatx2 nanti cair ni...hehe ishh tak leh jadi ni kena buat gak ni...hehe
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteRasanya macam tak bau telur Mas
Tun,
A'a Tun, jimatkan. dapat pun banyak
Noorsha,
Nah....akak bagi satu tupperware ni ha....makan puas puas hahahaha
Kasihredha,
Bilala gamaknya tu ya....hehehehe. InsyaAllah klu jadi sy buat kenduri........berimaginasi dulu yer....
Kaz,
Akak pun tak percaya jugak memula tu, tp tu la dia hasilnya. Akak simpan semalaman baru keras elok untuk dipotong
Nieza,
Boleh aja Nieza tp takut cair bila sampai Finland....... cuba Nieza jangan tak cuba nanti nyesal tak sudah