Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Monday, May 16, 2011
Ayam Lada Hitam
Salam semua,
Sepagi hari ni duduk depan lappy, menggoogle resepi yang sesuai untuk makan tengahari. Tengok jam dah pukul 10.30pagi, dapur masih tak berasap lagi. Alamak, selalunya jam cam gini, hidangan dah nak siap. Cepat, amik ajala mana mana resepi yang rasa sesuai. Ternampak resepi sumbangan Mama Asmah Laili di laman MYR. Memang sesuai sangat sebab guna lada sahaja memandangkan stok cili kisar kat rumah pun dah kehabisan.
Jam 10.45pagi baru start masak, kelam kelibut jadinya, maklum nak mengejar waktu, nanti nak jemput anak kecil saya dari tadika la pulak. Alhamdulillah, tepat jam 12.00tengahari semuanya beres. Terus tukar baju dan pecut ke tadika.
Resepi sumbangan Mami Asmah Laili ni dikongsikan bersama oleh DianaA di laman MYResepi . Terimakasih semuanya ya.
Ayam Lada Hitam
Bahan-bahan ( 5 orang )
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam
4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.
Walaupun pertama kali mencubanya, ternyata resepi ini memang sangat sangat sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
First time dengar resipi ni. Memang sedap nampaknya ni.
ReplyDeleteThanks for sharing ;)
Assallamualaikum Watie..
ReplyDeleteUih...cam sedap jer tu.. Terliur nya tgk..
Salam Kak Wattie, dah lama Kaz tak jenguk ke blog akak sbb berkursus di luar. Sekali jenguk, fuuuhhh...terliur tgk ayam black pepper ni. Kaz mmg suka black pepper, terasa mcm makanan dlm pantang, sedap dan panas je rasa badan.
ReplyDeleteAssalam kak wattie terguda nampak ayam akak tu
ReplyDeleteShasha,
ReplyDeleteMemang sedap ayam lada hitam ni, cubala ya.
Naz,
Wsalam. Sedap sesangat ni Naz, klu tak caya cuba masak.
Kaz,
Wsalam. Biasalah tu Kaz, akak pun terkadang lambat jugak nak ziarah kenkawan, masing2 ada sebab tersendirikan, harap saling faham memahami. Mmg sedap ayam ni Kaz, klu ada masa cubala buat.
Chik Mimi,
Wsalam Mimi. Memang menggoda ayam ni, rasanya nya pula apatah lagi la.
salam kak wattie..nmpak sedap ayam msk camni..minta izin copy resepi yer kak.TQ
ReplyDelete