Thursday, May 5, 2011

Roti John




Salam buat semua,

Hari ni menunaikan permintaan anak anak yang minta dibuatkan roti john. Tempohari anak beli kat gerai satu RM 2.50, simple sangat, takder apa apa sayuran pun. Cuma roti, daging sikit, telur, sos dan mayonnaisai aja, roti pun nampak nipis jer. Bila buat sendiri roti john ni, bolehla berulang makan, sampai muak kau!!. Saya buat sendiri roti john ni, dari rotinya sampai ke inti dagingnya. A to Z la senang cerita. Ambik masa jugakla tapi sangat berpuashati sebab hasil keras tangan sendiri, famili pun suka.



Lepas masak lauk tengahari, buat inti roti john sekali, kemudian letak sebelah. Kemudian terus uli tepung roti john ni pulak. Sementara menunggu tepung roti tu naik seadanya, pergi pulak ke mesin basuh untuk sidai kain yang bertimbun di jemuran.
Hari ni Zaidany tak ke tadika sebab tak berapa sihat, jadi tak la kalut sangat dibuatnya. Kalau tak, masa cam ni, saya dah siap sedia nak gi jemput dia dari tadika.





Lepas lebih kurang 1 jam, ulang tengok balik adunan roti, hmmm cantik jer naiknya. Terus tumbuk tumbuk buang angin dan bentukkan memanjang macam rupa roti john, kemudian biarkan supaya doh naik sekali lagi. Masa ni, sempatla rehatkan diri sambil nonton tv dan layan si kecil yang merengek sebab pipinya membengkak. Lepas doh dah naik lagi sekali, terus masuk oven. Hmmm, elok aja roti keluar oven, anak anak dah tak menyempat nak rasa, terutama yang si kecil tu la. Bagi jugakla kat diorang rasa walaupun masih belum letak intinya.





Petang sikit baru buat roti john dan beginilah hasilnya. Togel aja, tak der hiasan apa apapun, namun rasanya tetap mabeles. Untuk satu adunan ni dapatlah lebih kurang 18 biji roti john.

Agak agak ada tak yang teringin nak buat??? Kalau ada, di bawah ni saya perpanjangkan resepinya. Untuk roti saya guna resepi dari blog CMG. Terimakasih ya Cik Mat.

SOSEJ ROLL

Bahan-Bahannya :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"), dicelur 5 minit dan toskan

Cara membuatnya :-)

1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.

2. Canai doh potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan Bbkar dalam oven pada suhu 180C selama 15 - 17 minit.

3. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan


Dan untuk intinya pula saya ambil dari sini SINI . Terimakasih ya Amal.


BAHAN INTI ROTI JOHN :

Daging Kisar beku - Ramly
(Dimasak atas kuali utk leraikan dagingnye. Masak hingga keluar semua airnya. Bila dah ada sikit2 minyak daging tu, masukkan sikit garam dan sebuk kari daging, gaul-gaul sebentar. Masukkan dlm bekas, tunggu sekejap, boleh disimpan dlm frezzer)

INI CARA MEMBUAT ROTI JOHN
- Untuk 5 biji roti john
5 biji Roti John - dibelah 2 jgn putus..sapu marjerin
5 sudu besar daging kisar spt diatas
1 biji bawang besar...dadu
3 helai daun bawang - hiris jgn halus2 sgt..
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
garam
telur 4 - 5 biji (ikut besar saiz telur)

Nota:
Semua ni dicampur sekali..pukul2 sikit dan taburkan atas kuali.
kemudian letakkan roti atas telur.
Tgk2 sikit bwhnye...untuk pastikan masak atau belum..siap
letakkan sos cili, sos tomato dan mayonis...---siap.

9 comments:

  1. salam kak wattie..nak tumpang mkn roti john lak...meh la 2 ketui!!

    ReplyDelete
  2. wahhh... rajinnyer!!!! nmpk sgt sedap!

    ReplyDelete
  3. salam watie - Terima kasih dtg jenguk blog saya...wah roti john sedap nampak nya :)

    ReplyDelete
  4. Assalam kak wattie,
    rajinnya kak buat roti john..dah lah tu buat rotinya sekali..tabik betullah..

    ReplyDelete
  5. Salam kak Wattie, mmg tak terlawan dgn kehebatan akak ni. Dahlah hari tu buat nasi beriani guna rempah sendiri, sekrg buat roti john pun guna roti yg dibuat sendiri. Tabik springlah kat kak wattie ni.

    ReplyDelete
  6. Salam kak Watie,
    Terima kasih akak sudi tinggalkan komen kt blogresipi.
    teruja tengok akak buat sendiri roti tu..cantik je naiknye wpon tak guna BM kan?
    Ijan

    ReplyDelete
  7. salam kak watie..sangat gebu roti tu...suke tgk, cam kat bakery plak.. cantik2.. :)

    ReplyDelete
  8. rajinnya...
    kalau buat sendiri, puas hati kan :)

    ReplyDelete
  9. Azatiesayang,
    Wsalam. Mehla sini, ada banyak lagi ni ha.

    Tun Telani,
    saja buat buat rajin Tun hahaha

    Lina,
    Wsalam. Sama sama LIna.

    Ayu,
    Wsalam. Sekali sekala

    Kaz,
    Wsalam. Ala, bila angin rajin mai, jadila semua benda, klu angin malas lak mai alamat satu hapa pun tak jadik, hehehe

    Ijan,
    Wsalam. Sama samalah kita ziarah menziarahi. Akak tak der bm tp teringin jugak nak buat, tu la dia jadinya

    Noorsha,
    Wsalam. Akak pun suka tengok roti bila buat menjadi

    Kasihredha,
    Buat sendiri ni berbaloi baloiiii

    ReplyDelete