Salam semua,
Ni kesah beberapa hari lepas. Pagi tu, bila balik dari hantar anak ke tadika, saya terus ke dapur untuk memasak macam biasa. Tiba-tiba, bila masa nak blend bawang dan cili untuk masakan, blender tak bergerak, baru perasan letrik tak ada. Laaaaa, ishhh rupa rupanya hari tu akan terjadi sedikit gangguan bekalan elektrik di kawasan saya dari jam 10.00pagi hingga 7.00malam. Gangguan disebabkan oleh kerja-kerja membaiki saluran talian atas TNB. Sebenarnya, TNB sudahpun menghantar notis beberapa hari sebelum tu untuk memaklumkan mengenai perkara ini.
Jadi, terpaksalah saya gunakan lesung untuk tumbuk bahan bahan tesebut. Mujur juga dapur guna dapur gas, kalau tak, makan nasi tapau la jawabnya. Saya masak simple simple ja.
Petang tu pulak, baru buat cucur udang ni. Lama juga saya tak makan cucur udang hasil air tangan sendiri. Saya buat yang simple dan cepat. Udang pun saya tak letak sebab masih dok mengeras dalam freezer, malas la pulak nak tunggu cair. Saya cuma letak bawang, kuchai dan taugeh sahaja, gaulkan sekali semuanya dan terus goreng, takder ikut step by step tu. Ok la tu kan....... Resepi adalah dari koleksi resepi lama saya sumbangan Pn Noraini. Terimakasih ya.
CUCUR UDANG
Bahan bahan utk adunan tepung
300gm tepung gandum
1 biji bawang besar
100 gm isi udang
1 biji telur ayam
daun kucai dihiris halus
sedikit garam dan serbuk perasa
1/2 ct soda bicarbonate
pewarna kuning jika suka
Bahan bahan hiasan
sedikit taugeh
sedikit cili merah dipotong potong
udang basah secukupnya
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Satukan bahan bahan A dan kacau hingga sebati. Agak agak pekatnya jatuh bertitis.
2. Panaskan minyak yg penuh dalam kuali dan rendamkan senduk ke dalamnya. Agak agak senduk dah panas, keluarkan dan letak sedikit taugeh dan dengan menggunakan senduk lain, cedukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam senduk yg berisi taugeh.
3. Hiaskan dengan udang dan cili merah, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
4. Bila adunan telah lekang dari senduk, ulangi proses yang sama sehingga habis. Teruskan menggoreng hingga kuning. Hidangkan dengan sos cili.
Cucur udang ni saya pekena dengan ayam masak merah......fuhhh....dapat tak anda bayangkan rasanya???........sedap giler beb.
Anak anak lak cicah ngan sos cili jer. Ikut selera memasing la kan.
As'salam watie
ReplyDeletetengah lapor ni baru balik hantar my girl balik kampus, terus lapor bila tengok cucur udang ni. mana nak cari dah petang2 ni..sedapnyaaaaaa
Wsalam CT,
ReplyDeleteMeh la sini, nanti saya jamu ngan cucuq tu, tak susah nak buatnya, kejap jer siap