Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day Cupcakes


Salam dan Selamat Hari Ibu buat semua,
Dah malam baru berkesempatan update n3, dua tiga hari ni agak sibuk sedikit. Siang tadi pun selepas hantar kek, saya menghadiri kenduri di rumah brother in law yang akan menunaikan umrah tak lama lagi. Mujur juga, dah diletakkan dua, tiga n3 sebelum ni, jadi autopublish jer la. Masih tak sempat menjengah teman2 semua, insyaAllah nanti saya akan menyusul.

Hari hari adalah Hari Ibu sebenarnya. Semuga kita dapat memberikan yang terbaik buat ibu yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi kelangsungan hidup kita. Bagi saya, hanya doa yang dapat dipanjatkan buat ibu dan ayah yang telah lama meninggalkan alam fana ini. Semuga ALLAH menempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman di dalam syurga abadi. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka dan berikanlah yang terbaik sementara mereka masih ada.


Bersempena dengan hari ibu ini, ada sedikit tempahan cupcakes yang saya terima. Cupcakes pertama dibuat istimewa buat Puan Ani, ibu kepada Min. Min dari KL memesan cupcake ini untuk dihantar kepada ibunya yang tercinta yang berada di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Terimakasih bebanyak ya Min di atas tempahan ini, harap Min dan ibu berpuashati dengan cupcake fondant itu. Sangat senang berurusan dengan Min, hanya melalui SMS, semuanya terlaksana.





Cupcake kedua pula ditempah oleh Marina juga dari KL untuk dihantar kepada ibunya yang tersayang iaitu Puan Rahmah yang berada di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Marina adalah sahabat kepada Min. Sungguh mudah berurusan dengan mereka berdua, hanya melalui telefon dan sms sahaja.


Ini pula kesah kejadian yang tidak terduga sewaktu membuat tempahan ini. Membuat cupcake fondant agak mencabar kerana prosesnya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian. Semasa proses membuat adunan fondant, tiba tiba terdengar letupan yang kuat dan serentak dengan itu bekalan elektrik ke kawasan saya terputus. Stesen janakuasa berhampiran meletup kuat dan terbakar. Sekejap sahaja, riuh rendah bunyi orangramai lalu lalang di hadapan rumah saya, mungkin kerana teruja hendak mengetahui apa yang telah berlaku. Saya yang masih di dapur pun terhenti. Dalam hati kecil ini berkata, habisla cupcake ku ini, macamana nak buat ni, gelap gelita, satu hapa pun tak nampak di mata, sambil tangan ni meraba raba mencari lampu suluh di dalam bilik. Anak yang kecil menangis ketakutan kerana kegelapan. Setelah lampu suluh dicapai saya dan anak kecil yang memegang baju sambil mengekori pergerakan saya terus keluar rumah ingin juga mengetahui apa yang telah terjadi. Jiran jiran semua telahpun berada di hadapan rumah masing masing, ada yang menelefon, ada yang bersembang, ada juga yang membunyikan hon motor dengan bingit sekali. Satu taman bergelap malam itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.00malam. Jangka saya, mungkin esok baru bekalan dapat disambungkan kembali, tapi alhamdulillah lebih kurang 1/2 jam selepas itu, lampu menyala kembali. Fuhhhh!!! lega rasa hati saya, barula dapat menyambung balik membuat cupcake, kalau tidak tak taulah apa jadi dengan cupcake itewwwww.


Menunaikan permintaan Min yang mahu cupcakenya dihantar awal pagi bagi membuat "surprise" buat ibunya. Jadi, seawal jam 8.00pagi, saya, hubby serta anak kecil saya bertolak ke rumah Min. Tak susah mencari rumah ibu Min kerana Min telah memberikan petunjuk yang cukup lengkap untuk memudahkan saya mencarinya, lagipun rumahnya berhampiran jalanraya. Selepas ke rumah Min, saya terus ke rumah ibu Marina pula, pun tidak payah mencarinya. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan saya.


Buat Min dan Marina, terimakash bebanyak diatas tempahan ini. Harap kalian berdua berpuashati. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.




8 comments:

  1. Wattie..
    Cantiknya kek tu...macamana nak tempah ye....berapa harga tempahan untuk kek macam kat atas tu?....

    ReplyDelete
  2. hy wattie,

    real treat to eyes...fantastic presentation..
    chanced upon your space while bloghopping..
    very interesting space you have...awesome posts with great clicks..
    happy to follow u..:)
    do stop by mine sometime..
    happy mother s day to you ..:)
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Wattie,
    Selamat Hari Ibu kak.
    Cantik hiasan fondant tu...kemas dan amat teliti kerjatangan kak wattie...terpesona daku melihatnya..kalau depan mata ni, rasa sayang pulak nak makan..

    ReplyDelete
  4. ya allah..
    seriously..!
    mmg cantik CC tu..sayang nak makan..
    pandainye kak wattie..lembut jek warnanya..
    nanti leh la tempah ye..
    SELAMAT HARI IBU BUAT KAK WATTIE..:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya tp saya tak minat mkn yg cam ni..tp suka la sangat dengan krim

    ReplyDelete
  6. Assalam kak wattie,
    (Actually sampai sekarang masih tertanya2 ni, jangan2 kita yang akak kot?..sebab baca kak wattie ada anak kecil tu..hehe..)

    anyway..cantik cupcake tu.. memang tangan yang berseni betul orang yang membuatnya..
    hope tak lambat nak wishkan
    happy mother's day to you dear..

    ReplyDelete
  7. Hey Wattie, I don't understand a word of Malaysian language but the pictures are way too tempting and tells me how skilled you are! We almost traveled to Malaysia last summer and I'm so looking forward to seeing your wonderful country. Meanwhile, I'm happy to meet a fellow blogger from Malaysia. You have a lovely space!

    ReplyDelete
  8. Salam Azi,
    Kalau nak tempah mudah aja, tel atau sms akak, nanti akak beritahu.

    Hi Jay,
    Thanx for dropping by here, am really glad to have u here. Thanx for your compliment and encouraging words as well, they mean alot to me. Will drop by at your site soon, happy mother's day to you too. Would luv to see u here more often.

    Iza Akma,
    Wsalam. Selamat Hari Ibu buat Iza juga ya. Terimakasih di atas pujian mu itewwww hehehe, akak amat menghargainya.

    Nurkass,
    Selamat Hari Ibu buat Nur juga ya. Sentuhan penuh kelembutan Nur, tp jenuh jugakla nak dapat cam tu pun....

    Suriyati,
    Selalunya fondant and gumpaste hanyalah untuk hiasan dan jarang orang nak memakannya sebab ianya agak keras dan gula semata mata, tp ada jugak orang yang menyukainya, esp kids ler.

    Ayu,
    Wsalam. Sebenarnya akak ni dilahirkan pd tahun 1966, dah nak separuh abad dah, jadi Ayu jgn risau. Ada anak kecil tu sebab menanti seorang puteri, tp hajat tak kesampaian, namun alhamdulillah di atas segala pemberianNYA. Selamat Hari Ibu juga buat Ayu ya.

    Hi Placeful,
    Thanx for stopping by at my blog and for your nice and valuable comments as well. Welcome to my beautiful country Malaysia, hope you will enjoy ur stay here. Would luv to join Malaysian bloggers if I can spare the time. I'll be dropping by at your space soon. Keep visiting!!!

    ReplyDelete