Sunday, April 24, 2011

Ayam Pandan - Pandan Chicken



Salam petang Isnin semua,
Bersiaran semula setelah 2 hari bercuti ya. Semalam saya tanyakan anak anak, esok nak makan apa, mama nak masakkan. Anak yang ke4, AminFayyadh beritahu minggu lepas masa kat sekolah dia makan ayam pandan, seketul 50sen, sedap katanya, jadi dia pun beli 2 ketul, makan meratah begitu saja. Katanya lagi, cuba mama buat ayam yang macam tu, mesti sedap. Maka, saya ni pun jalankanlah soal selidik, tanya itu dan ini, macamana rupanya, bagaimana rasanya, bagaimana cara buatnya, maklum ni first time saya dengar resepi ayam pandan. Bagus jugakla, sebab daun pandan kat belakang rumah tu dah terlampau banyak sangat, sampai kering jadinya, sayangla pulak.



Malam tu jugak saya google kat dalam internet cari resepi ayam pandan. Tu diaaaaaa banyaknya resepi ayam pandan, ada berbagai2 versi sebenarnya. Ada versi Indonesia, ada versi Thailand dll. Jadi, buat permulaan ni kita cubala resepi yang versi Malaysia dulu yer dak, cepat cepat copy paste, esok bolehla bereksperimen.



Maka, hari ni bangun awalla sikit, bersihkan ayam, lepas tu perap dengan rempah ratusnya dulu. Sambil sambil tu masak nasi, buat jugala kari ayam sikit serta sup ayam utk anak kecil. Kemudian pergi belakang rumah ambil daun pandan pula, saya pilih yang besar2 dan panjang sikit supaya mudah bila nak membalut nanti.



Proses membalut ayam menggunakan daun pandan ni mencabar jugak rupanya sebab daun pandan tak macam daun palas yang lebih lebar dan panjang. Ayam pun kenala potong kecil kecil supaya muat bila membalut. Untuk ayam yang agak besar saya letakkan 2 helai daun pandan, lepas tu selit dengan "toothpick" supaya tidak terbuka dan kemas.

Selepas membalut, terasa tangan ni panassss, hmmmm panas betul ni sebab banyak cili padi kat dalam perapan tadi. Jenuh jugakla saya mencuci dengan sabun, masih jugak panas, lebih kurang 2 jam jugaklah baru panas tu reda sikit.



Tiba masa menggoreng pulak. Takder masalah langsung sebab balutan tidak terbuka dan melekat. Sementara menunggu ayam masak, belek belek juga suratkhabar semalam. Aduhaiiii, bau daun pandan semerbak mewangi memenuhi ruang rumahku, bukan dapur saja, habis satu rumah bau ayam pandan ni. Kecur air liurku, tak sabar rasanya nak rasa ayam ni.



Ini la dia rupanya ayam pandan. Rasanya sedap sangat walaupun sedikit pedas. Resepi yang dicungkil dari MYResepi ni sumbangan Che Iza@MyResepi. Kepada yang ingin mencuba, tu dia resepinya saya dah tepek kat sini. Terimakasih ya Iza.

Ayam Pandan

Bahan-bahan (untuk 3-4 org )

1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

9 comments:

  1. Salam Wattie...
    Rajinnya adik kak cek ni buat Ayam pandan...mesti sedap ni kan...selalu tgk dah resepi ni...cuma lum buat je lagi...

    ReplyDelete
  2. akak..mas tak pernah buat lagi ayam pandan ni...
    makan selalu la...
    sedapppnya tengok...
    bila nak try buat ni...
    nampak sangat menggoda la ayam tu...
    masuk list dulu resepi ni...

    ReplyDelete
  3. Kak Wattie,nmpak sedaplah..Amik resepi dulu lah..B4 tuh,meh rasa ayam akak cikit..hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalam,
    ayam pandan ni kita belum pernah cuba..pernah makn yang kat restaurant punya..itu pun kita rasa sikit aje..sebab ada part yang mentah..heheh tak masak..
    so nak buat sendiri pun fobia, first tak tahu nak bungkusnya..second sebab takut tak masak dalamnya..nak rasa kak wattie punyalah ..ambik seketul ya..

    ReplyDelete
  5. Assalam,
    Prihatin sungguh kak wattie..merajinkan diri dgn selera anak2 buat ayam pandan. Ayam pandan nih femes kat restoran makanan thai..pernah la mkn..tp lom pernah buat lagi. Mcm kak ayu gaklah part bungkus tu..kurang arif..tu yg lemau sikit nak wat tuh..tumpang mkn sini jer laa..pepun ambik resepi dulu..

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum wattie :D

    salam kenal juga dari kak ct. Pernah nampak resipi ayam pandan ni sebelum2 ni, tapi belu =m pernah cuba nak baut lagi. Memandangkan nampak macam menarik harus cuba gak satu hari nnt kan.

    kak ct follow wattie juga :D

    ReplyDelete
  7. sedapnya..tapi kalau nak buat mana nak cr daun pandan besar2 gini..belakang umah pun kemetot je..

    ReplyDelete
  8. Wsalam Cik,
    Tak rajin juga sebenarnya, tp sekali sekala nak juga ikut citarasa anak2. Memang sedap ni Cik, cubala buat.

    Mas,
    Kalau pernah makan mesti dah tau rasanya kan. Mas kan rajin, cubalah buat mesti menjadi.

    Zaliedana,
    Memang sedap ni Dana......cuba jangan tak cuba, nanti nyesal tak sudah...hehehe. Kalau tak rasa boleh aja, amiklah yang dah bukak kat ataih tu...

    Ayu,
    Wsalam. Alhamdulillah, yg akak buat tu semuanya masak elok, akak panjangkan masa menggoreng guna api kecil sahaja. Lagipun ada lubang2 sikit kat daun pandan tu leh la intai2 sikit ayam dah masak ke belum.

    Iza Akma,
    Wsalam. Sekali sekala ikut kehendak anak2, biar diaorang seronok sikit. Akak pun tak pandai balut jugak sebenarnya, ada jugak yang pakai belasah jer, tp utk sessi fotografi akak pilihla yang cun sikit hehehee

    CT Delima,
    Wsalam CT. Tkasih sudi singgah sini dan follow ya. Cubala buat ayam ni, mesti jd sedap especially yg pakar memasak yg buat hehehe

    Norlie,
    Apakata Norlie gunakan 2@3 keping utk balut, mungkin boleh....

    ReplyDelete