Wednesday, April 6, 2011

Udang Celup Tepung


Salam semua,

Kejadian udang yang tak berapa cun. Entah kat mana silapnya, udang celup tepung saya tak berapa rangup, ada juga yang tepungnya tertanggal daripada udang. Kemungkinan besar sebab saya masukkan udang sebelum minyak panas betul, dah tu melekat la pulak. Ada sapa sapa yang boleh beritahu kenapa? Ni mesti kes berguru tak habis...hehehe.

Walaubagaimanapun, rasanya sangat sedap. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi iaitu Maz dan tak lupa juga buat Zaliedana di mana saya cp resepi ni.



UDANG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan (resipi anggaran)

* 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* sedikit garam (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)
* 1 sudu besar minyak masak
* sedikit daun sup - dicincang halus
* sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
* air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan
* minyak untuk mengGoreng

Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. KetepikaN.

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.



Yang ni pulak lebihan tepung menggoreng udang tadi, saya goreng sekali macam cucur udang, sedap tau...

7 comments:

  1. Assalam kak wattie,wah da udang celup tepung kat sini,xnak mnta la,coz klmarin baru jer wat lagi,hehe..Sedap kan kak..Kak,udang saya wlpong xcun mcm kak maz,tapi elok jer melekat,maybe sbb saya keringkan udang,pastu terus di celup lam tepung,sy xgaul dah pong ngan sedikit tepung tuh,cuma bila byk kali goreng tuh,minyak dah xcantik..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Dana,
    Mmg sedap udang ni, lain kali leh try buat cam Dana

    ReplyDelete
  3. nampak dah cun dh la tu kak....nieza selalu buat tak jadi mcm ni...sedapnya mkn cicah sos ni..

    ReplyDelete
  4. Ya ka Nieza, akak pilih yg cun sikit jer buat photography session, yg lain tu berantakkan hahaha

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum watie, amie pun hantu udang salut tepung gak, tapi amie tak pakai baking powder, campur je dgn serbuk eno...

    ReplyDelete
  6. Wsalam Amie,
    Nanti klu wat lagi udang cam ni, leh try boh eno lak, kita tengok camana jadinya, klu ok leh post n3

    ReplyDelete
  7. Gantikan tepung gandum tu ngn tepung beras..comfirm rangup..=)..

    ReplyDelete