Friday, April 2, 2010

Tempe Goreng Bersambal

Haaaa, ni pulak snack (boleh panggil snack ker) kegemaran saya, tempe goreng bersambal, saya suka meratah cam gitu aja, sedap dan rangup. Saya pernah juga meletak bahan lain ke dalamnya seperti tauhu tapi tempe dan ikan bilis menjadi tidak ranggup, sejak itu tak pernah letak dah.

TEMPE GORENG BERSAMBAL

Bahan-bahan
3 bungkus tempe
3 biji ubi kentang
1 mangkuk ikan bilis
3-4 tangkai daun kari
2 sb cili mesin
2 sb cili sos
2 sb gula
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Tempe dipotong kecil dan nipis. Ubi kentang dipotong panjang. Kedua-dua bahan digoreng garing dan ketepikan
2. Ikan bilis dicuci bersih dan digoreng.
3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan cili mesin, cili sos dan goreng sebentar.
4. Masukkan daun kari dan goreng sebentar.
5. Masukkan pula tempe, ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
7. Gorengkan kesemua bahan biar rata dan kering supaya tempe dan bilis rangup.

No comments:

Post a Comment