Saturday, April 3, 2010

Kek Batik Jawa - Chef Norzailina



Salam,
Resepi Kek Batik atau juga dipanggil Candy Marie ini saya ambil dari blog Chef Norzailina. Thanks yer chef. Saya pernah mencuba beberapa resepi sebelum ini tp tidak begitu elok jadinya, mungkin disebabkan saya tak mengikut langkah2nya dengan betul. Kek jadi lembik dan melekit bila dipotong. Resepi chef yang saya buat dengan mengikut betul2 step2nya ni alhamdullilah nampaknya menjadi. Tidak begitu melekit bila dipotong dan rasanya pun enak. Kanak-kanak terutamanya sangat menyukainya.

KEK BATIK

80 g milo
45 g serbuk koko
125 ml air mendidih
190 g mentega
200 g susu pekat
110 g gula kastor
5 biji telur, dipukul sedikit
1 camt vanila
250 g biskut Marie, dipatah 4 - saya guna 450gm sebab tgk masih boleh digaul lagi
1 st serbuk nescafe dibancuh dgn sedikit air suam - yg ni saya pandai2 p tambah
Cara membuatnya:

Alas tin lof (23x9x7cm) dengan kertas kalis minyak.
Sebatikan milo, koko dan air mendidih.
Masukkan mentega, susu pekat, gula, telur dan vanila.
Kacau atas api sederhana hingga pekat, kira-kira 5 min.
Perlahankan api, kacau tanpa henti selama 20 min lagi.
Tuangkan ke dalam mangkuk, gaulkan dengan biskut.
Ratakan dan tekan (padat) ke dalam tin lof tadi. Biar sejuk.
Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 4-8 jam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment