Saturday, April 3, 2010

Kueh Serimuka

Sebenarnya banyak juga resepi kueh serimuka yang saya cuba. Sewaktu mula-mula saya mencuba kueh ni, kedua-dua bahagian atas dan bawah lembik la pulak, kena makan dengan sudu, siap kena perli dengan hubby. Pernah jugak bila bawah dah elok, atas pulak lembik, langsung tak boleh potong. Jenis pulut juga memainkan peranan, ada pulut yang memerlukan sedikit cecair, begitula juga sebaliknya, jadi pandai2 la. Sesetengah resepi memerlukan kita merendam pulut terlebih dulu selama beberapa jam sebelum dikukus tp saya skip bahagian merendam. Selepas beberapa siri trial and error dan membuat sedikit sebanyak perubahan, alhamdullilah inilah hasil yang saya dapat.



KUEH SERIMUKA

Bahan2 Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 3/4 cawan santan cair
2 sb minyak
1 st garam

Cara2
1. Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan pulut ke dalam dulang dan tuangkan santan cair.
3. Masukkan minyak dan garam.
4. Kukus selama lebih kurang 20 minit.
5. Bila pulut hampir kering, ambil garfu balik-balikkan pulut dengan cara mencakar pulut tersebut
6. Kukus semula lebih kurang 5 minit.
7. Ambil loyang lain dan lapikkan plastik biar terjuntai sedikit
8. Tekan pulut yang telah masak tadi hingga mampat menggunakan sudu.
9. Cakar sedikit di atas pulut dan tuangkan adunan lapisan atas.


Bahan2 Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
2 biji telur ayam
1 st garam
Sedikit pewarna pandan
Sedikit esen pandan

Cara2
1. Pukul gula dan telur sebentar dan asingkan.
2. Di dalam bekas yang berasingan gaul tepung gandum, tpg jagung dan santan pekat hingga sebati.
3. Tapiskan ke dalam adunan telur tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan garam dan beberapa titis pewarna pandan dan esen pandan.
5. Masak sebentar di atas api kecil sehingga agak pekat.
6. Matikan api dan tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi
7. Kukus semula selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

Nota : Untuk mendapatkan hasil yang cantik, kueh mestilah betul-betul sejuk lebih kurang 4 atau 5 jam sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment