Saturday, April 3, 2010

Ayam Panggang Bersantan dan Nasi Tomato





AYAM PANGGANG BERSANTAN
Bahan2
1 ekor ayam
1 cawan minyak masak
1 gelas santan (dari 1 biji kelapa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci kunyit
2 st jintan manis
2 st jintan putih
sedikit asam jawa
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara2:-
1. Ayam dipotong-potong dan dibersihkan.
2. Semua bahan digiling halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yng digiling tadi hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam, gaul rata dan tutupkan periuk. Biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan santan, garam, air asam jawa dan serbuk perasa.
5. Biarkan mendidih sekali lagi dan ayam betul2 empuk barulah diangkat.


NASI TOMATO
Bahan2

1 tin susu cair ideal
4 tin beras
4 tin air
1 tin tomato puri - saya mesin 6 biji buah tomato
3 oz minyak sapi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai
3 helai daun pandan

Cara2
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan2 penumis (hiris bahan2 yng perlu)
2. Masukkan beras dan goreng hingga minyak dpt memasakkan beras tadi.
3. Kemudian campurkan air dan susu dan biarkan mendidih.
4. Tuang pula tomato puri dan kacau rata.
5. Apabila hampir kering, masukkan daun pandan, tutup dan biarkan sehingga masak.
6. Boleh dihias dengan bawang goreng dan kacang goreng

No comments:

Post a Comment