Tuesday, November 11, 2014

Chocolate Butter Bread Pudding / Puding Roti Mentega Bercoklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Petang petang macam ni tentu enak jika disajikan dengan puding.  Jom tengok puding yang telah saya buat tak berapa lama dulu.



Puding Roti Mentega Bercoklat

Bahan bahannya  :-
1 bungkus roti gardenia
6 biji telur Gred B
800ml susu segar/susu cair
80gm gula castor
1st esen vanila
mentega secukupnya
kismis, kurma, cip coklat secukupnya


Cara caranya  :-
1.  Sediakan loyang bersaiz 8" dan dilenserkan dengan mentega.  Ketepikan.
2.  Roti dipotong bahagian keras pada tepi tepinya.  Kemudian disapukan dengan mentega.  Belah 4 pada setiap keping dan susun dalam loyang yang telah disediakan tadi.
3.  Taburkan dengan kismis, kurma dan cip coklat seberapa banyak yang anda suka pada setiap lapisan yang disusun.  Asingkan.

4.  Di dalam sebuah bekas yang lain, masukkan gula, tuang susu segar/susu cair sedikit dahulu sambil dikacau agar gula larut.
5.  Pecahkan telur dan kacau sebati.
6.  Tuangkan susu yang selebihnya hingga habis diikuti dengan esen vanila sambil dikacau rata.
7.  Tuang campuaran ini  ke dalam loyang berisi roti yang telah disedikan awal tadi.
8.  Tekan tekankan sikit biar roti terbenam.  Biarkan lebihkurang 30 minit sehingga susu menyerap ke dalam roti.
9.  Bakar pada suhu 180C lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.


Bahan bahan Sos Kastad
250ml susu segar
1 1/2 sb tepung kastad
1 sb gula castor
1 sb chocolate filing


Cara caranya
1.  Masukkan gula, diikuti dengan sedikit susu segar sambil dikacau rata.
2.  Tambah tepung kastad dan kacau sehingga sebati.
3.  Tuangkan  kesemua baki susu segar sambil dikacau rata.
4.  Panaskan di atas api sederhana hingga pekat.
5.  Siap!  Bolehlah disajikan bersama puding yang telah masak.



Sunday, November 9, 2014

BANOFFE PIE yang paling best!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Baru baru ni saya ada terlihat paparan Banoffe Pie  di dalam rancangan Wanita Hari Ini.  Ada demo yg dipertontonkan  tentang cara cara menghasilkannya. Teringin pulak rasa hati nak mencuba dan merasainya sendiri.  Tambahan pula dah agak lama tak mencuba resepi resepi pastri yang baru. 
















Sebelum itu, mari kita ketahui sedikit sebanyak ciri ciri ringkas mengenai hidangan ini.


Pai Banoffe adalah hidangan pencuci mulut Inggeris yang diperbuat dari pisang, krim dan toffee, iaitu susu pekat yg direbus selama beberapa jam @ dikenali juga dengan nama dulce de leche).  Bahagian dasarnya adalah pastri rapuh ataupun pastri gabungan biskut hancur dan mentega.  Terdapat sesetengah versi resepi ini yang menambahkan coklat dan kopi ataupun kedua duanya sekali.  Nama Banoffee Pie  diambil  dari perkataan   "banana" dan "toffee" lalu digabungkan.

Oklah, jom kita tengok resepi mana yang saya cuba kali ini.


BANOFFE PIE
 Sumber  :  Rima@Bisousatoi. 

 Pastry Ingredients 
300g flour 
150g unsalted butter - diced 
5 Tbs sugar 
2 egg yolks 
3 Tbs cold water

 Method 
Combine the flour, butter and sugar in the food processor and process until well mixed. 
Then mix in the egg yolks and process in small bursts until the mixture appears crumbly. 
Add the water a little at a time. As the crumbs get larger, turn the motor off and check that the pastry will come together when pressed between your fingers. 
Turn the mixture on to a clean board or bench and work very gently into a ball. Refrigerate for 30 minutes. 
 Roll out the dough to line 20-22cm flan or loose-bottomed tart tin, prick the base of the pastry with fork several times. 
Set aside for 30 minutes. (i used a deep 24cm tart tin) 
 Preheat the oven to 180C. 
Line the base of the pastry with baking paper and beans, bake blind for 12-15 minutes or until the pastry turns golden brown.
 Remove the paper and beans. (Return the pastry base into the oven for 5 minutes or until the base becomes dry.)

Filling Ingredients 
75g butter 
50g brown sugar 
3 Tbs milk 
300g sweetened condensed milk (I didnt do the filling and uses my dulce de leche instead) 
2 firm bananas (I used 10 hehe) 

 Topping 
300ml cream (I used double cream) 
1 1/2 cup white chocolate curls OR grated white chocolate (I used lindt chocolate curl) 








Method 
Place the butter and sugar in a non-stick pan and heat gently until the butter melts and the sugar dissolves. 
Bring to the boil and simmer for one minute, stirring continuously using a wooden spoon. 
Remove from the heat and add the milk and condensed milk. 
Return to the heat and bring to the boil. Allow to gently bubble for 5-6 minutes, stirring continuously until the mixture thickens and turns a light golden brown. Cool slightly.


Sy menggunakan pisang berangan (Cavendish)



Apa yang dapat saya katakan,   pai ini.memang sungguh sedap dan ramai yang telahpun mengakuinya.   Lebih sedap lagi bila dimakan selepas didinginkan.  Wallaaaahhh!   gabungan pastrinya yg rangup, toffeenya yg lemak.manis, pisang, krim dan coklat urai memang satu kombinasi yang sangat serasi. Sepotong sahaja sudah cukup mengenyangkan perut saya. 


Saya dahpun cuba, anda bila lagi?
Jadi, saya ucapkan Selamat Bereksperimen!