Monday, December 3, 2018

Pokok Kunyit / Kunyit Hidup


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat maya sekalian, 

Telah sekian lama rasanya saya tidak menulis diblog ini.  Hanya n3 autopublish yang sempat dipaparkan.  Rindu pulak dibuatnya.  Rindu untuk mencuba resepi resepi baru terutamanya resepi viral. Sayangnya situasi sudah tidak seperti dulu lagi.  Kian hari kian berubah dan secara tidak langsung saya terikut sama dengan arus perubahan tersebut.  Ramai  rakan blogger seangkatan yg kian menyepi/beralih arah malahan ada yg  telahpun meninggalkan aktiviti blogging yg menjadi kegemaran suatu ketika dulu.  Semuanya mengikut haluan kehidupan bersama cerita suka dan duka masing masing.  Semuga dipermudahkan segalanya.


Pagi ini 29/11/18 saya luangkan sedikit masa dengan kudrat yg masih tersisa untuk menuai hasil tanaman yang disemai beberapa bulan yang lepas.  Saya semai di dalam bekas kitar semula sabun pencuci kain baju, jimatkan?  Dan saya letakkan dekat porch kereta bagi memberikan sedikit perlindungan.  


Ini pula cara saya menanam kunyit.
Semaian saya lakukan menggunakan benih kunyit yang sedikit bertunas yg telah di beli dari Mydin.  Tanah pula tanah yg telah siap dicampur/tanah bakar yg dibeli dari nurseri.  Cara penanaman saya buat dengan menimbus kunyit ke dalam tanah kecuali mata tunas dibiarkan  menghala ke atas bagi mempercepatkan/menggalakkan pertumbuhan.  Setiap hari saya sirami ia dengan air bersulamkan kasih dan sayang heheheh.  Diselangi pula  dengan air basuhan beras.  Sekali sekala jika ada sisa sisa  dapur saya akan taburkan di sekeliling pokok.  Itulah yg menjadi baja bagi pokok pokok yg saya tanam.



Alhamdulillah pokok kunyit tersebut  tumbuh dengan suburnya.   Daun daun yg terhasil besar besar dan lebar serta tinggi, seronok saya melihatnya.  (Sayangnya saya terlupa nak snap gambar pokok kunyit tersebut yg kini sudah tiada kerana telah kering semuanya dan dituai)  

Sempatlah saya ambil daunnya untuk diletak di dalam masakan sehari hari serta memasak rendang pada syawal yg lepas.
Kalau tak ada daun kunyit rasa macam tak lengkap pula kejadian rendangkan.  Baunya pun lebih harum dan nampak pun cantik, sekaligus membangkitkan selera untuk menjamah.


Inilah hasil tuaian kunyit hidup yg segar dari ladang saya. 😊    Sebekas kecil sahaja tapi agak banyak nampaknya.  Selain rendang, masak lemak dan ulam, apalagi yg boleh dibuat dengan kunyit ni ya?  Nampak gayanya kenalah minta pertolongan En Google sekali lagi 😊 


Nampak tak kunyit yg bertunas ni.  Mungkin saya akan ambil sedikit untuk ditanam semula.  Mudah mudahan adalah sedikit bekalan buat memasak dihari raya nanti,  in sha Allah jika diizinkanNYA.






No comments:

Post a Comment