Friday, February 24, 2012

Makaroni Bakar / Baked Macaroni



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bertemu kita sekali lagi di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Menu petang semalam saya masak ala ala Italian, Makaroni Bakar menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga. Kalau orang lain sibuk dengan macaroon, biskut kecik yang manis dan rangup ala ala mini burger, apakata kita tengok pulak hasilan makaroni dari dapur saya, namapun dekat dekat nak sama dah kan, cuma asal usul aja berlainan negara, satu dari Italia, satu lagi dari Peranchis.

Sebenarnya stok makaroni sudah terlalu lama terperuk dalam kabinet dapur, anak anak pun dah lama asyik mengingatkan. Jadi, sebelum makaroni menghampiri tarikh luputnya, terpaksalah merajinkan diri menghasilkan makaroni yang superb ni.

Anak anak memang suka sangat makan makaroni, tambah tambah kalau toppingnya melimpah ruah, berulang ulang makanlah jadinya. Resepi ni saya jamin sungguh sedap, sedap hingga menjilat jari tau. Kalau tak percaya, cuba buat dan rasai sendiri keenakkannya.


Resepi ambil dari dapur Kak Rus. Kak Rus saya kenali sewaktu di alam fotopage lagi. Fotopage Kak Rus banyak memaparkan resepi resepi lama selain resepi resepi terkini. Semuanya nampak sedap sedap belaka. Entah Kak Rus ingat lagi kat saya ke tak....hehehe. Kenang daku dalam doamu Kak Rus dan terimakasih kerana berkongsi resepi yang sungguh marvelous ni, jasamu dikenang. Izinkan saya untuk perpanjangkannya pula di sini ya.

koleksi dari Majalah Wanita tahun 80an.

MAKARONI BAKAR
1 peket daging cincang Ramli.
1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng



Cara Membuatnya:

1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.

2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*

3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.

4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.



5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan minyak sapi.

6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.

7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng. Nak lagi cantik taburkan
hirisan halus cili merah.



Selamat mencuba dan SELAMAT MENJAMU SELERA.


4 comments:

  1. One of my favourite..kadang ini dipanggil schootel...memang satisfying

    ReplyDelete
  2. biasa akak kalau buat makroni bakar tak letak accessories kat atas tu...cantik sangat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Wattie,
    saya kat rumah ni macaroni ni kurang mendapat sambutan tu yg M sangat nampak sangat sedap macaroci akak ni

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Wattie..meriah tul taburan-taburan atas macaroni tu,....mesti sedap ni...

    ReplyDelete