Salam buat semua, Hari Isnin lepas, bila anakku pulang dari sekolah, dia bagitau esok cikgu suruh bawa kueh untuk buat jamuan hari raya. Alamak, camana ni, kueh pun dah tak seberapa, kalau bawa sikit takut tak cukup pulak. Cikgu ni pun satu, hari tu bagi circular kata nak buat jamuan pada hari khamis 1hb Oktober, tup tup dia ubah tarikh pulak, mengejut pulak tu. Pikir punya pikir, maka ku gagahkan juga diriku yang malas ini untuk membuat cupcakes untuk anakku. Pukul 8mlm baru nak bancuh adunan, bakar kek, lepas tu bancuh pulak adunan untuk deko kek. Lepas tu termenung pulak kat meja dok pikir nak buat deko yang camana. Jadinya, ini lah hasilnya, deko yang sangat-sangat simple untuk budak-budak. Harap-harap mereka semua suka. Malam tu, pukul satu lebih jugakla aku tidur. Takpa la, anak punya pasal, apapun mama sanggup lakukan, asalkan mereka bahagia, tp yang paling penting mereka tak buat hal.
No comments:
Post a Comment