Showing posts with label Kueh Mueh. Show all posts
Showing posts with label Kueh Mueh. Show all posts

Wednesday, December 1, 2021

Roti Jala Kari Ayam


Roti Jala
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)




Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.







5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.



Untuk resepi kari, anda boleh memilih samada nak digandingkan dengan kari ayam ataupn kari daging.  Di bawah ini saya letakkan link untuk resepi kari yang bersesuaian.





Thursday, November 11, 2021

KUIH SERIMUKA BAKAR



 
Kuih Seri Muka Bakar
Sumber  :   Azie Kitchen


Bahan Lapisan Bawah:-

500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus

sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak) 



Cara cara:

Rendam pulut sekejap. Basuh bersih  dan toskan.  Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.

Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul  rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak.  Tekan dan ratakan.



Bahan Lapisan Atas:-

4 biji telur gred B
1 cawan gula pasir - kurangkan 1 sudu besar
3 cawan santan 
1/2 cawan air daun pandan (pewarna kuning)
3/4 cawan tepung gandum - tambah 1 sudu besar
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil esen pandan
Sedikit pewarna hijau - jika suka
Beberapa helai daun pandan


* daun pandan dimesin dgn 1/2 cwn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia +  1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis


Cara cara: [

Kisar kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.  

Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna.  Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak

Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.





Thursday, October 28, 2021

KUEH KETAYAP YANG LEMBUT

 


RESEPI KUEH KETAYAP

Sumber  :  Che Nom


Bahan-Bahan:


Bahan-bahan untuk inti kelapa:

1 biji kelapa parut

1/2 cawan gula melaka

sedikit air

1/2 cawan gula putih

1-2 helai daun pandan

1/2 sudu kecil garam



Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)

1/2 cawan jus pandan (kisar 1/2 cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)

1 biji telur

1/2 sudu kecil pewarna hijau

2 sudu besar minyak masak

1/2 - 1 sudu kecil garam


CARA CARA


Cara-cara untuk inti kelapa:

Masak kelapa parut (kelapa muda lagi sedap), sedikit air, gula nisan @ gula melaka.

Tambah lagi air supaya gula mudah larut.

Kacau sampai gula cair sikit.

Masukkan daun pandan.

Teruskan masak sampai bahan-bahan larut sekata.

Masukkan gula putih dan garam.

Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan sejukan.




Cara-cara untuk kulit kuih ketayap:


Gunting daun pandan kemudian bland dengan sedikit air.

Ambil air daun pandan.

Masukkan bahan-bahan kedalam blander secara berselang seli.

Dimulakan dulu santan cair (supaya tepung tak melekat di permukaan bawah blander).

Diikuti dengan tepung gandum, air pandan, telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak (untuk kuih kekalkan lembut lebih lama).


Kisar sampai sebati dan kemudian tapis.

Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak (ratakan dengan tisu).

Tuang adunan dan ratakan dalam pan.

Sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit (supaya kulit tidak koyak bila digulung).

Masukkan inti dan gulung perlahan-lahan.


Tips:

Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.

Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.

Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut. Che Nom tak masak dulu sbb guna gula nisan ori dari Marang, gula nya yg lembut dan cepat cair


Friday, September 3, 2021

Indian Poori n masala tosai



N3 yg tertunggak sblm PKP.



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Minggu lepas saya, hubby dan anak sempat bersarapan pagi di Restoren Tandoori, Bandar Perda.  Hajat di hati sebenarnya nak makan Roti Naan tapi belum siap lagi, tengahari baru siap kata pekerja di situ. 

Jadi, saya menempah Roti Poori,  sejenis sarapan pagi popular masyarakat India untuk anak saya.  Anak anak memang tak biasa makan makanan sebegini sebenarnya, hehehe, takpa bagi dia rasa dulu.  Seingat saya, waktu saya bekerja dahulu, boleh dikatakan setiap minggu saya akan memesan 2 keping roti poori berinti masala dari rakan setugas berbangsa India yang kebetulan keluarganya menjalankan perniagaan makanan ini.
Ini pula untuk saya, Masala Tosai.   Jika berkunjung ke mana mana restoren mamak, hubby dan anak anak seringkali akan memesan roti canai ataupun roti telur.   Berbeza dengan saya,  Masala Tosai ataupun chapati menjadi pilihan,  itu makanan kegemaran saya sejak kecil lagi.  Teringat sewaktu kecil, arwah ibu dan ayah selalu belikan kami sekeluarga makanan ini.   Tosai Masala memiliki tekstur yang lembut dan 

rangup.   Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam ataukari ikan, serta chutney iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.
Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa.
Poori @ Roti Puri diperbuat daripada tepung gandum dan minyak @ minyak sapi.   Biasanya dihidangkan dengan hidangan sampingan seperti kari atau kentang 



Wednesday, August 18, 2021

TALAM SUJI

 


RESEPI KUEH TALAM SUJI

Sumber  :  ResepiDaria,  Yatiememories


BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)

180gm tepung suji @ semolina

450gm air


Bahan (B)

220gm gula castor

2 biji telur

200ml santan (saya guna santan kotak M & S)

250ml air

pewarna kuning


Cara-caranya:-

Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.

Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.

Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)

Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.



BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)

300gm gula merah

50gm gula castor

500ml air


Bahan (B)

150gm tepung gandum

3 biji telur

250ml santan (saya guna santan kotal M & S)

1/2 tsp garam


Cara-caranya:-

Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.

Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata

Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.

Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.

Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.



Tuesday, June 30, 2015

Puding Coklat / Rich Chocolate Pudding





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,




RICH CHOCOLATE PUDDING
Sumber  :  Junis11 MyResepi 

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.











Sunday, June 28, 2015

Resepi Karipap Pusing Rangup @ Karipap Lapis


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lagi satu resepi yg boleh dicuba.

KARIPAP PUSING
Sumber  :  Lynn@MyResepi

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

*Doh berminyak* :

  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) 
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap4Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap3Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. 
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari



Wednesday, July 13, 2011

Karipap Pusing Rangup / Spiral Curry Puff


Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ni? Harap semua diberikan Allah kesihatan yang baik ya. Nampak serius aja tu dok mengadap pc, senyum la sikit, kan ker senyum tu satu sedekah, murah rezeki tau.... Terdengar dengar lagu Senyum yang kian kerap diputarkan di stesen stesen TV. Senyum....tak perlu kata apa apa, senyum..... Kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali, sama sama kita senyum, dunia tiada penyakit.. Haaaa...kan ke manis bila dipandang cam tu.

Alahai, melalut pulak ni. Jangan buang masa, jom kita tengok apa projek yang saya buat semalam.



Taraaaa..... karipap pusing keluaran WHM. Hari ni saya mengaripap la pulak. Rakan rakan blog yang lain banyak yang meroti, jadi bila tukar channel ke WHM, tak ler jemu sangatkan sebab kat sini saya mengaripap. Mai tengok hasil karipap saya. Kejadian karipap saya tak berapa elok sebab saya tak pandai mengelim, selalu buat pakai acuan plastik aja. Teringat dulu dulu pernah buat, bila dicanai tak jadi pulak jalur gemilangnya, semuanya bercampur sekali, jadila karipap biasa aja padahal kita nak buat karipap pusing. Alhamdulillah, kali ni agak menjadi.

Sebenarnya buat karipap ni sebagai memenuhi tuntutan anak kecil saya Zaheen. Beberapa hari yang lepas, kat tadika ada celebrate birthday party rakan sekelas dan ada karipap yang disajikan. Wahh.....apalagi, Zaheen suka sangat makan karipap. Bila balik, masuk aja dalam kereta terus dia bercerita panjang pasal party tu dan juadah yang disajikan. Spontan juga dia berkata nanti mama buat karipap ya. Sebab kerap sangat si kecil tu mengingatkan, maka saya pun uli la karipap ni.


Resepinya boleh juga dilihat di SINI. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada empunya resepi.

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.


Tekstur karipap ni sangat gebu, rangup dan rapuh, thumbs up gak!!! jangan jealous hehehe.. Untuk intinya saya guna ubi kentang, rasanya sedap sangat.

Thursday, April 8, 2010

Lopes

Salam,
Hari ni buat lopes la pulak sebab stok beras pulut masih banyak.



Bekas yang berisi air gula tu sebenarnya adalah cenderahati pemberian adik Shahrul, assistant engineer kat tempat saya bertugas dahulu. Teringat juga dia kat saya belikan saya cenderahati semasa dia menjalani kursus di Jepu. Adik Shahrul ni sangat fasih berbahasa Jepun. Satu set bekas ni ada enam biji semuanya, comel2 belaka dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian kimono. Bila saya menggunakan bekas ni maka fikiranpun teringatla kat dia, terimakasih bebanyak ya dik Shahrul.





Kueh Lopes
Sumber : Mamafami (resepi kak Liza)- terimakasih yer

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan dengan 1 st air kapur]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Saturday, April 3, 2010

Kueh Serimuka

Sebenarnya banyak juga resepi kueh serimuka yang saya cuba. Sewaktu mula-mula saya mencuba kueh ni, kedua-dua bahagian atas dan bawah lembik la pulak, kena makan dengan sudu, siap kena perli dengan hubby. Pernah jugak bila bawah dah elok, atas pulak lembik, langsung tak boleh potong. Jenis pulut juga memainkan peranan, ada pulut yang memerlukan sedikit cecair, begitula juga sebaliknya, jadi pandai2 la. Sesetengah resepi memerlukan kita merendam pulut terlebih dulu selama beberapa jam sebelum dikukus tp saya skip bahagian merendam. Selepas beberapa siri trial and error dan membuat sedikit sebanyak perubahan, alhamdullilah inilah hasil yang saya dapat.



KUEH SERIMUKA

Bahan2 Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 3/4 cawan santan cair
2 sb minyak
1 st garam

Cara2
1. Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan pulut ke dalam dulang dan tuangkan santan cair.
3. Masukkan minyak dan garam.
4. Kukus selama lebih kurang 20 minit.
5. Bila pulut hampir kering, ambil garfu balik-balikkan pulut dengan cara mencakar pulut tersebut
6. Kukus semula lebih kurang 5 minit.
7. Ambil loyang lain dan lapikkan plastik biar terjuntai sedikit
8. Tekan pulut yang telah masak tadi hingga mampat menggunakan sudu.
9. Cakar sedikit di atas pulut dan tuangkan adunan lapisan atas.


Bahan2 Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
2 biji telur ayam
1 st garam
Sedikit pewarna pandan
Sedikit esen pandan

Cara2
1. Pukul gula dan telur sebentar dan asingkan.
2. Di dalam bekas yang berasingan gaul tepung gandum, tpg jagung dan santan pekat hingga sebati.
3. Tapiskan ke dalam adunan telur tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan garam dan beberapa titis pewarna pandan dan esen pandan.
5. Masak sebentar di atas api kecil sehingga agak pekat.
6. Matikan api dan tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi
7. Kukus semula selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

Nota : Untuk mendapatkan hasil yang cantik, kueh mestilah betul-betul sejuk lebih kurang 4 atau 5 jam sebelum dipotong