Showing posts with label Banana Cake. Show all posts
Showing posts with label Banana Cake. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Kek Pisang Chocolate Rice Cikgu Hanif


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Pisang Chocolate Rice tempahan Cikgu Hanif, Pulau Pinang.



Kata Cikgu Hanif, dia mai ke seberang kerana melawat sedara sakit. Dah terlanjur ke sini,  isterinya minta dia menempah kek kek ini.   Lepas menziarah sana sini, petang membawa ke senja baru singgah mengambil kek.  


Alahai......handsomenya Cikgu Hanif, mengalahkan Shah Rukh Khan hehehe....... geng MamakHajila ni....    Opsss, jangan marah na  mami kat sebelah yang mai sekali hari tu, kita hanya tepaku sejenak. 


Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, February 4, 2013

Chocolate Rice Banana Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Chocolate Rice Banana Cake tempahan Siti Susi dan teman teman yang lain. Nak bawa balik kampung katanya.
Terimakasih banyak kepada semuanya yang telah sudi menempah. 
 Sebarang kekurangan harap dimaafkan ya.

Thursday, January 24, 2013

Tempahan Suliana, Tmn Pauh Indah, macam macam ada........

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semua di atas ditempah oleh Suliana, Taman Pauh Indah sempena hari lahir anaknya pada 5hb Jan 2013 yang lepas.


Kata Su, ini kali pertama dia mengadakan majlis hari lahir.  Jadi, sebulan sebelum hari lahir Su dah menempah.  Terimakasih banyak Su kerana membuat tempahan awal.


Antara yang ditempah oleh Su ialah Marble Cheese Brownies, Mini Marble Cake, Cheese Tart, Durian Crepe, Apam LadyBird, Apam Polka Dot

Alhamdulillah, semuanya ini dapat disiapkan dalam masa sehari.  All in one day!!!   Mulai dari jam 8.00pagi hingga 1230 malam.  Berhenti seketika untuk solat dan makan sahaja.  Tak sangka pula saya dapat menyiapkan semua ini dalam jangkasama sehari. Alhamdulillah, syukur sesangat, sesungguhnya tiada yang mustahil jika diizinkan olehNYA.

Kalau dapat tempahan macam ni hari hari, mau pengsannnnnn dibuatnya.....tak sanggup den...huhuhu.  Kalau sebulan sekali cam ni, insyaAllah.
Masa ambil tempahan ni pun dah teragak agak, boleh ker aku buat semua ni dalam masa sehari, gabra jugakla.  Tapi dah tekad dalam hati, kalau tak cuba mana nak tahu kan...





Mari kita semua  jamu mata dengan lebih jelas  kesemua produk deWattiesDelight yang telah ditempah oleh Su ya........   zoooommmmmm


Mini Marble Cake berkrim dengan hiasan badam panggang dan coklat urai.

InsyaAllah ada masa saya akan buat n3 lagi satu untuk kek mini ini dengan lebih jelas..

Marble Cheese Brownies

Apam Lady bird sebelum dikukus

100 biji Apam LadyBird yang sudah dikukus, siap untuk dimakan...
100 biji Apam Polka Dot
Apam Polka Dot yang tak berapa nak ceria warnanya

Banyak masa yang dihabiskan untuk melukis gambar ladybird ini, sampai lengoh lengoh satu badan. Kalau buat kek rasanya dah boleh bakar 2, 3 biji kek dalam jangkasama tersebut.  






2 pek Chocolate Rice Banana Cake

10 pek durian crepe

50 biji Blueberry Cheese Tart yang montok montok





Keluaran terbaru dan tempahan pertama Makaroni Bakar/Baked Macaroni juga daripada Su.

Berat makaroni ini  melebihi 3kg
Antara bahan bahanya adalah makaroni, daging cincang Ramly, susu, telur, rempah rempah dll serta hiasan mayonaise, sos dan taburan cili merah dan dedaun
Terimakasih di ucapkan kepada Suliana kerana sudi menempah begitu banyak daripada deWatties Delight.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, January 1, 2013

Kek Pisang Coklat Urai berbadam tempahan Hj Yushri


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 

 10 biji Chocolate Rice Banana Cake ini ditempah oleh CEO merangakap boss Mr hubby, Hj Yushri. Nak dibawa balik kampung katanya. Nama pun cuti sekolahkan, semua pakat pakat balik kampung lah kan. Kek tanpa krim macam ni memang sesuai sesangat dibawa sebagai buah tangan untuk orang tua tua kan. Eeeeehhhh, apa pulak orang tua, orang muda pun suka aihhhh.....



Macam biasalah loyang terhad,jadi terpaksalah bakar separuh guna loyang bujur dan separuh lagi guna loyang segiempat tepat.


Sebelum ni pun Hj Yushri dah pernah menempah 10biji juga untuk diagihkan pada jiran jiran. Untung sapa dapat jiran macam Hj Yusri, mudah mudahan murah rezeki dia. Anak anak dan isterinya pun suka sangat dengan kek ni.


Posing.....jangan tak posing.........


Mai tengok yang segiempat tepat pulak. Loyang ni bila bakaq dia terlebih rangup la pulak, tapi rangup diluar, lembut di dalam tau...



Zoooommmmm, tengok biar puashati....



Macam macam ada dalam kek ini. Bila nama dia kek pisang, mestila ada pisangkan, lepas tu kita tambahla pulak coklat urai luar dan dalam dan nak bagi dia wangi sikit, kita tabur pulak badam hiris. Bila siap dibakar, walllahhhhh.....wangiiiii


Kat pasaraya ka, kat kedai ka, takdak jual tau kek pisang macam ni....kalau tak percaya pi 
cari....hehehe  (opsss betoi ka ni)




Sebelum letak penutup, kita ambik gambaq dulu banyak banyak.


Lepas tu baru tutup seadanya......selamatla dari abuk abuk dan serangga serangga yang tidak diundangkan...


Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.