Showing posts with label Prawn. Show all posts
Showing posts with label Prawn. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Sambal Tumis Udang dan Petai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini adalah Sambal Udang dan Petai.


SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI

Bahan bahannya  :-
500gm udang sederhana besar
3-4 papan petai 


Bahan bahan dimesin bersama  :-
5 sudubesar cili kisar 
5 ulas bawang merah 
1/2 inci belacan 
2 labu bawang besar - 1 dihiris, 1 dipotong bulat


1 keping asam keping
3 sudubesar gula
1/2 cawan minyak masak
garam dan lada sulah secukupnya.


Cara caranya  :-
1.  Udang dibuang kepalanya dan dibersihakan
2.  Petai dikupas dan diambil isinya sahaja.
3.  Panaskan minyak masak dan tumis 1 biji bawang besar hiris hingga kekuningan.
4. Masukkan bahan bahan dimesin bersama dan tumis hingga agak garing dan terbit minyak.


5.  Masukkan gula dan biar gula sebati dengan bahan gorengan dan tampat sedikit berkilat.  Kalau nakkan yang berkuah, tambahkan sedikit air.
6.  Masukkan asam keping dan petai, gaul rata.
7.  Masukkan udang dan goreng kesemuanya biar serata.  Jangan goreng terlalu lama setelah dimasukkan udang.
8.  Masukkan bawang besar yang dihiris bulat, garam dan lada sulah secukupnya.
9.  Siap!  Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba.

Saturday, December 10, 2011

Kari Udang dan Buncis

Salam semua,

Menu yang agak kerap dibuat. Simple tetapi sedap dan menjadi kegemaran famili

KARI UDANG DENGAN BUNCIS

300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya guna rempah baba)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
2 tangkai daun kari

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris

garam dan lada sulah secukupnya


Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan daun kari hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.

Friday, July 22, 2011

Sambal Udang Tahi Minyak

Salam semua,
Satu lagi resepi udang yang mesti dicuba.


Untuk resepi asal boleh lihat kat SINI

Sambal_udang_tahi_minyak
kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 0rang )

500 g udang hidup - bersihkan
santan pekat drpd 1/2 biji kelapa - utk tahi minyak
1 mangkuk lauk cili kering kisar
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
sedikit kunyit hidup*
1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
Untuk tahi minyak,santan pekat dimasak dlm kuali hingga menjadi pekat dan mengeluarkan minyak dan menjadi kechoklatan dan asingkan tahi minyak dari minyaknya.
Dalam kuali yang sama,tambah sedikit minyak masak,panaskan dan tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan kacau rata.Masukkan tahi minyak dan kacau hingga sebati dan udang masak.
**Jika suka, dalam sambal udang boleh juga di tambah petai.

Monday, June 27, 2011

Udang Bukharry Masala


Salam semua,
Semalam sehari suntuk menyerika baru, satu aktiviti yang paling saya tidak suka tetapi terpaksa melakukannya. Selalunya saya seterika seminggu sekali dan gantung dalam almari. Bayangkanla betapa banyaknya kain baju untuk seminggu, mana yang hubby punya, mana yang anak2 punya, mana yang sendiri punya. Selalunya saya lepak aja ajer bila menyerika, biar selesa sikit nak menjuntaikan kaki...

Lepas seterika baju, bammmmmmmm landing seketika melepaskan penat dan lenguh lenguh. Mujur juga hujung minggu takder aktiviti masak masak, klu tak mau pengsannnn dibuatnya. Itulah aktiviti saya setiap hujung minggu, itupun kalau tak shopping mingguan..

Oklah, jom tengok apa saya masak minggu lepas, udang masala la pulak. Ambil resepi ni kat Sajionline. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya kepada yg ingin mencuba.

Udang Masala Buharry

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang
5 ulas bawang merah (kisar)
5 tangkai cili hijau (hiris)
2 biji tomato (potong halus)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 sudu kecil halia (kisar)
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji gajus (kisar) - sy tak letak
50 gm santan
50 ml minyak
750 ml air
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan ha­lia sehingga naik bau.

2.Kemudian ma­suk­­kan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.

3.Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.

4.Se­te­lah­ itu, barulah masukkan udang ber­sa­ma­ tomato, gajus, cili hijau dan
cili me­rah.

5.Apabila air kering sedikit, masuk­kan pula santan dan garam secukup ra­sa.­
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.

Rasanya biasa biasa aja......

Tuesday, June 14, 2011

Honey Prawns / Udang Bermadu

Salam dan selamat tengahari semua,
Lucu tak dengar nama resepi hari ni??? Udang pun bermadu yer, ingatkan Salih Yaakob saja yang dok madukan bini bininya, udang lagi sakan tau ka, tengok berapa madu madusnya....hahaha....


Resepi yang saya ambil dari laman MyResepi ni saya pilih kerana terlihat banyak komen komen menarik mengenai kesedapan udang madu ni. Penyumbang resepi pulak tak lain tak bukan Dyg Jack MYR yang memang dah terkenal di kalangan blogger masak memasak.

Memang tak dapat dinafikan lagi, udang madu ni sedap sangat. Saya lebihkan cili merah sebab sukakan rasa yang pedas. Izinkan pula saya untuk memanjangkan resepi sedap ni kat sini. Terimakasih DJ ya kerana sudi berkongsi resepi sedap ni

HONEY PRAWNS

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
Honey_prawns6
Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)



Wednesday, April 20, 2011

Rendang Udang



Salam petang rabu semua,
Pagi pagi lagi dah tanya pakcik google resepi udang. Pakcik google pun keluarkanlah resepinya yang panjang berjela, tapi hati ni terbekenan kat satu jer resepi. Yang kita masak hari ni tu la.



Beginilah kejadian udang setelah direndangkan. Rasanya pulak, wallaaaa......sedap sesangat, maklum rendang la katakan. Bila makan rendang ni rasa macam nak raya la pulak sebab selalunya rendang rendang ni kita cuma jumpa pada hari raya kan.

Resepi sedap dari MYResepi ni sumbangan Fida. Terimakasih bebanyak ya Fida.

Rendang Udang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sb serbuk rempah kari
2 batang serai - dititik
2 lembar daun kari - dipetik2
1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
3 sb penuh kerisik
garam dan gula secukup rasa
1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
minyak utk menumis

Cara-cara
Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.


Amacam??? Teringin dak....mai sini lekaih amik sorang sekoq. Sapa cepat dia dapat, sapa lambat, tinggai bekaih la jawabnya......

Wednesday, April 6, 2011

Udang Celup Tepung


Salam semua,

Kejadian udang yang tak berapa cun. Entah kat mana silapnya, udang celup tepung saya tak berapa rangup, ada juga yang tepungnya tertanggal daripada udang. Kemungkinan besar sebab saya masukkan udang sebelum minyak panas betul, dah tu melekat la pulak. Ada sapa sapa yang boleh beritahu kenapa? Ni mesti kes berguru tak habis...hehehe.

Walaubagaimanapun, rasanya sangat sedap. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi iaitu Maz dan tak lupa juga buat Zaliedana di mana saya cp resepi ni.



UDANG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan (resipi anggaran)

* 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* sedikit garam (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)
* 1 sudu besar minyak masak
* sedikit daun sup - dicincang halus
* sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
* air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan
* minyak untuk mengGoreng

Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. KetepikaN.

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.



Yang ni pulak lebihan tepung menggoreng udang tadi, saya goreng sekali macam cucur udang, sedap tau...

Saturday, March 26, 2011

Sambal Tumis Petai Dgn Udang


Salam semua,

Hari ni saya masak sambal tumis udang dengan petai. Selalu jugak buat sambal tumis ni sebab famili semua suka, lebih lebih lagi kalau buat dengan ikan bilis. Kalau tak habis disimpan dalam petiais, esok tu panaskan, lagi sedap.....



Resepi yang sedap ni macam biasala saya cilok dari blog Cik Mat Gebu
Terima kasih ya Cik Mat.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 ekor udang besar
1/2 cawan isi petai segar
1/2 inci lengkuas, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, dibelah 6
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dikupas, kulit, tinggalkan sedikit dibahagian ekor, belah belakang udang untuk membuaang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan jus asam jawa, petai, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat sedikit.
Masukkan udang dan bawang besar belah, kacau rata dan biar hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran



Monday, February 7, 2011

Skewer Udang / Satay Udang



Salam semua,
Masa menonton rancangan Sarjan Saji, Chef Kamarul menyediakan skewer udang atau juga dipanggil satay udang ini. Senang sangat cara menyediakannya. Nampak pun macam sedap, jadi hari ni saya try buat.



Memang sedap skewer ini, makan panas panas bersama sosnya, tapi saya tak buat sosnya cuma cicah dengan sos cili saja.



Kepada yang inginkan kelainan di dalam menyediakan juadah satay, resepi udang ini memang sangat molek untuk dicuba. Di bawah ni saya letakkan resepinya, salin pakai agak2 aja sebab tak sempat. Kepada yang ingin mencuba pandai pandai la korang adjust ya.

SKEWER UDANG / SATAY UDANG

Bahan-bahannya
15 ekor udang saiz sederhana
2 sb tepung gandum
1 biji telur - dipukul sedikit
Bijan dan biji sawi secukupnya (digaul rata)
Lidi satay
Sedikit serbuk paprika, lada sulah dan garam

Cara-caranya

1. Udang dibuang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya sahaja.
2. Taburkan serbuk paprika, lada putih, garam dan gaul rata.
3. Cucuk pada lidi satay secara memanjang.
4. Celup udang ke dalam tepung, kemudian ke dalam telur dan terakhir ke dalam bijan dan biji sawi yang telah digaul rata.
5. Goreng di dalam minyak terendam hingga warna kuning keemasan.
6. Sedia dimakan bersama sos.

Sos Cicah Skewer Udang - sy tak buat sos ni
1 batang bunga kantan
3 sb soso cili
3 sb sos tomato
1 1/2 sb sos cili thai
1 1/2 sb minyak bijan

Cara-caranya
Panaskan minyak dan masak semua bahan. Jika pekat boleh ditambahkan air.

Sunday, January 30, 2011

Bendi Goreng Belacan



Salam semua,
Hari ni letak menu bendi lak. Masa gi shopping mingguan hari tu, beli terlebih banyak la pulak kacang bendi ni. Mula mula hubby ambik letak dalam trolley, tak bagitahu kita, lepas tu kita pun ambik lagi, sampai berbungkus bungkus jadinya. Selalunya bendi ni saya letak dalam kari ikan jer, jadi bila dah terlebih beli ni kenala pikiaq camana pulak nak mengabihkannya.



Masa dok memikir tu teringat kat anak teruna saya, katanya mengapa mama tak buat bendi bubuh sambal, selalu abah beli sedap katanya. Jadi, hari ni la masanya nak mencuba ya dak. Masak ni main pakai campak campak jer, dah siap. Licin jugakla dimakan anak anak dan hubby. Alhamdullilah, lain kali leh la wat lagi.

Kot kot ada yang teringin nak mencuba resepi campak2 ni, meh tengok bahan bahannya ya.

Bendi Goreng Belacan

15 batang bendi
Segenggam udang basah

Bahan bahan tumbuk/kisar :-
5 ulas cili merah
4 ulas cili padi
1/2 labu bawang besar
1/2 in belacan

1 cb sos cili
sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara
1. Bendi dipotong serong.
2. Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang merah dan putih cincang.
3. Masukkan bahan-bahan kisar, sos cili dan biar hingga naik minyak.
4. Bila bahan bahan agak garing dan pekat, masukkan udang basah, diikuti dengan kacang bendi. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Siap untuk dihidangkan

Sunday, January 23, 2011

Udang Goreng Mamak



Salam semua,
Lama sungguh udang ni dok dalam petiais, sampai nak tukar kaler dah. Sebelum keadaan udang jadi lebih teruk, baik kita kerjakan dia. Hari ni nak try mamak style pulak.



Selalunya udang goreng mamak ni kita jumpa kat kedai nasi kandaq saja, berderet deret orang beratur nak makan nasi kandaq tau. Kat rumah saya saja dah ada 3 kedai nasi kandaq. Kalau berkereta dalam 10 minit lagi jumpa lagi beberapa kedai nasi kandaq yang tumbuh cam cendawan lepas hujan. Kat Penang ni merata rata ada kedai nasi kandaq, pilih jer mana yang berkenan. Bak kata orang, kalau mai Penang tak sah kalo tak pekena nasi kandaq, sehingga menjilat jari you.



Ok la kita ke N3 kita hari ni. Udang Goreng Mamak Style. Masa tengah menumis udang ni, aduhaiiii semerbak harumnya bau daun pandan dan serai serta rempah ratusnya sudah cukup membangkitkan selera siapa saja yang menghidunya.
Patutla berderet orang sanggup beratur panjang sebab nak makan nasi kandaq, memang sedap giler udang goreng mamak ni. Kalau cam ni saya pun nak bukak kedai nasiq kandaq la………tapi kan……..ishhh kesian la pulak kat mamak mamak nanti kan kan.


Ok la, kalau ada sesape yang nak cuba makan udang mamak style ni, resepinya saya cnp dari rumah Hana. Hana pulak dapat resepi ni dari rumah Kasihasakura.
Terimakasih semua yer kerana sudi berkongsi resepi yang sedap banget ni.

Udang Mamak
Bahan-bahan
1 kilo udang

2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - saya letak 2 sudu besar

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara

Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

Friday, December 10, 2010

Gulai Udang dan Buncis



Salam semua,

Udang saiz sederhana ni dah lama bertapa dalam peti ais, tinggal lebih kurang beberapa ekor aja. Jadi saya campurkan dengan udang kecil untuk membanyakkan kuantiti udang. Lama jugak saya tak buat gulai ni, tetiba hari ni terasa nak buat pulak, buncis pun ada. Seingat saya, gulai udang ni selalu sangat arwah ibu sediakan sewaktu hayatnya, memang sedap, makan dengan nasi panas panas.



GULAI UDANG DENGAN BUNCIS

300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya campur rempah kari baba dan alagappa)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris

garam dan lada sulah secukupnya

Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.

Saturday, December 4, 2010

Udang Seri Pandan Chef Wan



Salam semua,
Hari ni saya nak menyajikan hidangan pengantin heheheh, walaupun takder pengantin baru kat rumah, yang ada cuma pengantin lama yang dok mengadap laptop ni haaaa keh keh keh.. Hidangan ni pernah ditayangkan kat dalam rancangan Ole Ole Chef Wan tak lama dulu bersempena dengan perkahwinan penyanyi terkenal negara, Ning Baizura.

Udang Seri Pandan nama diberi dan disediakan pula oleh chef yang terkenal seantero duniaaaa, sapa lagi kalau tak Datuk Chef Wan sendiri, suka sangat saya menonton apa apapun rancangan yang dikendalikan oleh Chef Wan kerana celoteh dan gelagatnya yang bersahaja, memang menghiburkan.


Sedap udang ni, anak kecil saya pun boleh makan sebab tak pedas.

Buat udang ini juga sebagai memenuhi permintaan anak saya. Katanya dah lama saya tak buat udang yang masak letak kismis. Sebenarnya saya dah pernah cuba sekali dulu.
Resepinya saya salin bersama resepi Ayam Panggang Seri Menanti yang boleh dilihat disebelah tu. Salin pun ikut mana yang sempat aja.

UDANG SERI PANDAN

Bahan-bahan
300 gm udang

1 labu bawang besar - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
5 biji cili hijau - dikisar
2 cm halia - dikisar
2 cm kunyit hidup - dikisar

1/2 cawan sos tomato
2 sb madu
3 sb tepung jagung
1 biji telur
1 biji limau nipis
1/2 cawan kismis hitam

30 gm rempah campur (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)
2 helai daun pandan
2 sb sos tiram Thailand
Segenggam daun ketumbar - tak letak pun
garam secukupnya.

Cara-cara
Caranya saya tak sempat nak salin. Yang ni pakai agak agak jer mana yg ingat.

1. Udang dicuci bersih dan diperapkan bersama sos tiram Thailand.
2. Pecahkan telur ke atas udang tadi, tabur tepung jagung dan gaul rata. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu, rempah campur dan kacau rata. Masukkan juga daun pandan dan daun limau purut.
4. Masukkan udang, perahkan limau nipis dan terakhir masukkan kismis hitam. Gaul sebati.
5. Letakkan dalam pinggan, taburkan daun ketumbar. Siap untuk dimakan oleh pengantin hehehehe.

Tuesday, June 1, 2010

Black Pepper Prawn

Salam,

Kita masak lauk la pulak yer. Kali ni saya menyediakan Black Pepper Prawn. Yang ni edisi ciplak dan tukar, hehehe. Sebenarnya resepi asal dari fp Kak Liza - Black Pepper Chicken. Saya tukarkan jadi Black Pepper Prawn. Rasanya memang sedap, ada kelainan. Tak la asyik makan sambal tumis udang jer selalu, baru tak jemu kan.



Kalau korang nak cuba, resepinya saya cp dari fp kak liza dan ubahsuai spt dibawah

BLACK PEPPER PRAWN

Bahan-bahan
500 gm ayam - yg ni kena ler tukar ngan udang yer
1 batang carrot [potong kecil] - dan saya tambah sedikit hirisan kacang buncis
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ] - yg ni lak stok dah habis
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci] - ni pun takder stok
1 biji tomato [belah 6] - alahai yg ni pun tak letak
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Saturday, April 3, 2010

Sambal Tumis Udang dengan Petai




SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

1/2 kg udang sederhana besar
4 papan petai - dipotong kecil-kecil
5 sudu mkn cili kering - dimesin
5 ulas bawang merah - dimesin
3 ulas bawang putih - dimesin
3 sudu makan sos cili
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara2

1. Udang dibersihkan.
2. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang. Bila garing masukkan cili yang telah dimesin beserta belacan.
4. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos dan biarkan sebentar.
5. Masukkan udang dan gaul rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidangkan
.

Udang masak serai wangi

Salam,
Agak lama juga tak masak udang. Bila masak pula selalunya buat sambal tumis udang jer, jemu pulak rasanya. Maka semalam carik juga resepi2 udang dalam "waiting list" dan terjumpala resepi udang masak serai wangi. Resepinya saling tak tumpah macam ayam masak merah cuma ditambah asam jawa. Rasanya memang sedap.

Kononnya kita ni nak surprisekan hubby ler buat kelainan sikit, nak jamu dia ngan respi baru. Tetiba bila hubby pulang, dia bawak balik memacam, mee udang, kari ikan pari, sambal tumis udang ngan petai, cucur udang, kuih talam dan seri muka (lupa la pulak nak ambil gambar), eeeee geramnya, tak jadi ler nak jamu dia ngan resepi terbaru tu. Silap aku jugak ler tak bagitau dia. Dah memang menjadi kelaziman bila kami berpuasa, dia akan beli sesuatu untuk buat berbuka. Tak per la, anak-anak makan udahler, yg lainnya masuk petiais, esok tak payah masak,





UDANG MASAK SERAI WANGI
Sumber : Pn Sabariah Shawal (tks yer puan)

Bahan-bahannya
600gm udang harimau - digoreng setengah masak (saya guna udang biasa jer)
4 batang serai
100 gm cili kering mesin
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sdb pati asam jawa
30 gm belacan bakar (saya tak letak sebab kehabisan stok)
100 gm pati santan
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Kisar halus, serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Wednesday, February 10, 2010

Nasi Udang Kitchari