Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Sunday, January 3, 2016
Wednesday, December 30, 2015
Brownies Cheese Kukus / Steamed Cheezy Brownies

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Tahun ini Zaheen request brownies sempena hari lahirnya yang ke 10 tahun pada 26 Disember yang lalu. Tak jemu jemu dia dengan brownies. Kali ini saya buatkan brownies versi kukus pula menggunakan resepi seperti di bawah. Sangat sedap, teksturnya sungguh lembut dan lembab, tidak jemu bila menjamahnya. Terimakasih banyak diucapkan kepada Pn Mufidah selaku penyumbangnya.
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik..
1 cawan metrik = 250 ml cecair
Brownies
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. (Kalau tak nak guna blender, guna mixerpun boleh). Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
(sy buat 1/2 adunan sahaja)
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota: Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath
***********************************
Here's the English version of the recipe:
Steamed Cheezy Brownies
(Brownies Cheese Kukus)
Recipe by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Brownies mixture:
2 large eggs
1/2 cup eveporated milk (125 ml)
1/2 cup sweetened condensed milk
100 ml cooking oil
1/2 cup castor sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
To be sifted together:
1/3 cup cocoa powder
1/2 cup flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
Cheese mixture:
500 g cream cheese-softened at room temperature
140 g powdered sugar
4 medium sized eggs
1/2 teaspoon vanilla essence
Brush a 7x7 inches square pan with softened butter and line the base with 2-3 layers of parchment paper, extending over two sides of the pan. Set aside.
Place the eggs, sugar, evaporated milk, sweatened condensed milk and vanilla inside the blender jar and whizz until well blended (You can also use a mixer to mix the ingredients).
Add the sifted ingredients and whizz again until well blended. Put aside a small amount of the brownies mixture for decoration.
Pour into the prepared pan and steam over moderate heat for about 20-30 minutes until done, or bake using waterbath method until cooked.
While waiting for the brownies to cook, prepare the cheese layer. Beat the cream cheese using a mixer until softened.
Add in the powdered sugar and beat until the sugar dissolves. Add in the vanilla essence and eggs one at a time, beating well after each addition.
When the brownies layer is cooked, pour the cheese mixture onto it. Then drizzle the choc mixture that has being put aside onto the cheese layer.
Drag the tip of a toothpick through the cheese batter, swirling the chocolate mixture through the cheese layer.
Steam once again over moderate heat about 25-35 minutes or bake using steambath method until the cheese layer is set. Let cool inside the pan before hiM the brownies out of the pan.
Please store the leftover brownies inside the fridge.
Labels:
Brownies,
cheese,
cheese cake
Saturday, November 7, 2015
Snowy Cheese Cakes
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan dari rakan rakan sekerja dahulu.
Untuk semua yang dilahirkan pada bulan Oktober, diucapkan
"Happy Birthday To All"
Terimakasih banyak diucapkan buat Rashidah, Siti Susi, Siti dll di atas ingatan kalian semua.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Labels:
Birthday Cake,
cheese,
cheese cake,
Tempahan
Sunday, October 4, 2015
Kek Keju Bersalji Radzi
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Nur Aqmar sempena hari lahir adiknya.
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Radzi, semuga diberkati serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, amin.
Terimakasih banyak diucapkan diatas sokongan yang berterusan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Labels:
Birthday Cake,
cheese cake,
Tempahan
Monday, July 6, 2015
Resepi Kek Keju Dingin Mangga / Chilled Mango Cheesecake
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek keju mangga untuk yang kesekian kalinya.
Resepi masih menggunakan resepi yang sama dari SINI.
Labels:
cheese cake,
Ramadhan
Friday, May 29, 2015
Rose Chilled Mango CheeseCake / Kek Keju Mangga Dingin
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini kali pertama saya membuat kek keju. Alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat rasanya. Memakan sepotong kek keju mangga dingin beku ini seperti kita memakan aiskrim.
Chilled Mango Cheese Cake / Kek Keju Mangga Dingin
by Citarasawan
Dasar Biskut
150gm biskut digestive - dihancurkan
70gm mentega cair
Adunan Keju
- 250gm cream cheese - suhu bilik
- 60gm gula kaster
- 1 sudu besar lemon jus
- 1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar utk glaze**
- 140ml yogurt (1 pack kecil)
- 150ml UHT whipping cream
- 1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
- 50ml air
- 1/2 biji mangga - potong dadu
Glaze
- 1/2 sudu besar gelatin
- 50ml air
- 4 sudu besar puri mangga ** + 1 sudu besar gula pasir (gaul rata)
Hiasan :
- 3 biji mangga gold waterlily (di hiris nipis)
- 1 sudu kecil serbuk agar-agar
- 1 sudu besar gula pasir
- 100ml air
- Loyang 7" Loose Base Tin
Cara-cara :
- Dasar Biskut : Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
- Adunan Keju :Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
- Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.
- Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan puri mangga, lemon jus dan yogurt, putar hingga bergaul rata.
- Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaupbalik hingga sebati.
- Atur kiub mangga di atas dasar biskut. Kemudian tuang adunan keju dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Glaze :Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sebentar.Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Gaul bersama puri mangga hingga rata, biarkan suam baru di tuang ke atas adunan keju. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku.
- Hiasan :Susun hirisan mangga membentuk bunga ros atau yang di sukai.
- Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kacau hingga wapnya hilang dan suam baru di tuang ke atas hirisan mangga. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.
*** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang
Labels:
cheese cake
Thursday, April 16, 2015
Snowy Cheese Cake Lagiii
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lamanya tak update blog.
Ini tempahan Rosmina dari Sarawak buat bff di Taman Alma, Faizal Akmal.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Labels:
Birthday Cake,
cheese cake
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































