Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Spaghetthi Bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Makanan yang agak kerap dibuat bila stok barang barang dapur kehausan. Cepat dimasak, sedap dimakan. Resepi dari fotopage Cek De Sam. Terimakasih ya. 

SPAGHETTHI BOLOGNESE

Bahan2
500 gm spaghetti (sepaket)
500gm daging lembu cincang (saya guna daging ayam cincang)
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri (saya guna sos pasta)
4-5 biji tomato ranum - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu kecil
1 batang celery - dipotong kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (saya tak letak sebab takder stock)
1 kiub stok daging lembu (saya guna stok daging ayam)
1/2 st herba oregano atau Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula
3 sb minyak zaiton
2 sb butter
parutan keju parmesan


Cara2
1. Rebus 2 ltr air dalam periuk besar, masukkan 2 st garam. Bila mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali sekala dan masukkan satu st minyak zaiton @ minyak masak agar pasta tidak melekit. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese. Guna periuk tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaiton, masuk butter dan kacau. Bila cair dan berbuih masuk bawang besar, bawang putih. Jangan biar garing cukup sekadar bawang layu.
3. Masuk daging cincang, ketuk2kan daging biar semua hancur dan bentuk saiznya seragam. Goreng sehingga keperangan.
4. Masuk semua sayuran, goreng hingga lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api dan masak hingga mendidih, kacau selalu. BIla nampak susu diserap daging, masuk tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato utk menyukat 2 tin air. Tambah dalam kuah. Kacau sos sambil ditekan2 tomato supaya hancur.
6. Masuk herba, kiub, garam dan gula.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit. Perlahankan api. Renehkan dengan periuk separa tertutup sehingga sos pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti. Semasa menghidang, taburkan parutan keju parmesan dan daun parsley.
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

Friday, February 24, 2012

Makaroni Bakar / Baked Macaroni



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bertemu kita sekali lagi di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Menu petang semalam saya masak ala ala Italian, Makaroni Bakar menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga. Kalau orang lain sibuk dengan macaroon, biskut kecik yang manis dan rangup ala ala mini burger, apakata kita tengok pulak hasilan makaroni dari dapur saya, namapun dekat dekat nak sama dah kan, cuma asal usul aja berlainan negara, satu dari Italia, satu lagi dari Peranchis.

Sebenarnya stok makaroni sudah terlalu lama terperuk dalam kabinet dapur, anak anak pun dah lama asyik mengingatkan. Jadi, sebelum makaroni menghampiri tarikh luputnya, terpaksalah merajinkan diri menghasilkan makaroni yang superb ni.

Anak anak memang suka sangat makan makaroni, tambah tambah kalau toppingnya melimpah ruah, berulang ulang makanlah jadinya. Resepi ni saya jamin sungguh sedap, sedap hingga menjilat jari tau. Kalau tak percaya, cuba buat dan rasai sendiri keenakkannya.


Resepi ambil dari dapur Kak Rus. Kak Rus saya kenali sewaktu di alam fotopage lagi. Fotopage Kak Rus banyak memaparkan resepi resepi lama selain resepi resepi terkini. Semuanya nampak sedap sedap belaka. Entah Kak Rus ingat lagi kat saya ke tak....hehehe. Kenang daku dalam doamu Kak Rus dan terimakasih kerana berkongsi resepi yang sungguh marvelous ni, jasamu dikenang. Izinkan saya untuk perpanjangkannya pula di sini ya.

koleksi dari Majalah Wanita tahun 80an.

MAKARONI BAKAR
1 peket daging cincang Ramli.
1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang goreng



Cara Membuatnya:

1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.

2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*

3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.

4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.



5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan minyak sapi.

6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar 20 minit.

7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng. Nak lagi cantik taburkan
hirisan halus cili merah.



Selamat mencuba dan SELAMAT MENJAMU SELERA.


Wednesday, August 3, 2011

Chicken Chop Special

Salam buat semua,
Apakhabar? Dah fikir nak masak apa untuk hidangan berbuka hari ni? Apa kata cuba pulak western food ni, pasti tidak menghampakan.

Sebenarnya ni hidangan sebelum bulan puasa, dibuat pada hari Sabtu sebagai memenuhi permintaan anak bujang saya. Entah mengapa hari tu, bila pulang dari asrama, tetiba tengah malam Ammar dengan senyum simpulnya mengatakan keinginannya untuk makan chicken chop, hairan pulak saya dibuatnya. Minggu tu tak buat lagi, tapi bila minggu berikutnya dia menyuarakan keinginan yang sama, maka saya pun tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaannya. Saya ni kalau bab makan makan, apa saja yang direquest oleh anak2 dan hubby, kalau saya termampu insyaAllah akan saya tunaikan.

Bila dah bercadang nak buat, takkan nak buat untuk Ammar sorang sajakan, nanti yg lain tertelan air liur pulak menengoknya, harus kena buat lagi. Jadinya, saya pun buatlah sorang satu set, cuma untuk sikecil tu dia kenalah share dengan mamanya hehehe....... Jom kita tengok hasilnya.....

Saya buat 2 versi sebenarnya, satu saya salut dengan tepung gandum dan satu lagi saya salut dengan breadcrumb. Dua dua pun sedap.

Sebelum masuk ke mulut, kita hiriskan sedikit dahulu untuk melihat bagaimana rupa kat dalamnya.....lepas tu bolehla ngapppppp.....

Yang ni pulak my favourite, mixed vegetable menggantikan coleslaw.....saja saja saya tambah sendiri, kalau bagi semangkuk kat saya pun habis saya makan......hehehe. Caranya senang aja campurkan mixed vege dengan mayonaise, tambah sedikit susu pekat dan juga lada sulah, fuhhhh... pekena pulak dengan salad dan tomato yang jadi hiasan chicken chop tu.....best giler....

Pelengkap chicken chop, kentang goreng (fries) yang dihidangkan panas2, penuh dengan kerangupan pastinya menyelerakan.


Resepi ni saya ambil dari Mesra.Net. Terimakasih ya.

Chicken Chop
Sumber: Majalah Wanita November 1999

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus)
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Tengahari tu tak masak nasi, jadi mat salleh sehari. Semua dapat sorang satu set, jadi tak payahlah berebut......jemput makan semua....

Bila dah makan, nak tahu apa komen mereka? Semua kata sedap. Hmmmm hubby siap kata kat anak2 minggu depan kita buat Lamb Chop pulak!!! Hmmmmm sudahhhh....cam tu pulak jadinya. Saya kata pula "Yang tu abah punya projek, mama tak reti buat, hehehe.....baik punya alasan.....

Konklusinya, chicken chop ni memang sangat sedap. Kalau makan kat restoren, siapla harganya, tambah2 kalau rakyatnya ramai, kopak kita dibuatnya kan.... Jadi, buatlah sendiri....lebih sedap dan lebih jimat....

Sunday, April 25, 2010

Spaghetthi Bolognese

Resepi ni ku ambil dari fp Cek De Sam. Terimakasih yer Cek De kerana sudi berkongsi resepi ini. Resepi ini ku olah sedikit mengikut stok yang ada kat dapur, walaupun begitu rasanya sungguh menyelerakan. Keluargaku semua sukakannya, kata mereka sedap. Lain kali boleh la aku buat lagi






SPAGHETTHI BOLOGNESE

Bahan2
50 gm spaghetti (sepaket)
500gm daging lembu cincang (saya guna daging ayam cincang)
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri (saya guna sos pasta)
4-5 biji tomato ranum - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu kecil
1 batang celery - dipotong kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (saya tak letak sebab takder stock)
1 kiub stok daging lembu (saya guna stok daging ayam)
1/2 st herba oregano atau Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula
3 sb minyak zaiton
2 sb butter
parutan keju parmesan

Cara2
1. Rebus 2 ltr air dalam periuk besar, masukkan 2 st garam. Bila mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali sekala dan masukkan satu st minyak zaiton @ minyak masak agar pasta tidak melekit. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese. Guna periuk tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaiton, masuk butter dan kacau. Bila cair dan berbuih masuk bawang besar, bawang putih. Jangan biar garing cukup sekadar bawang layu.
3. Masuk daging cincang, ketuk2kan daging biar semua hancur dan bentuk saiznya seragam. Goreng sehingga keperangan.
4. Masuk semua sayuran, goreng hingga lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api dan masak hingga mendidih, kacau selalu. BIla nampak susu diserap daging, masuk tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato utk menyukat 2 tin air. Tambah dalam kuah. Kacau sos sambil ditekan2 tomato supaya hancur.
6. Masuk herba, kiub, garam dan gula.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit. Perlahankan api. Renehkan dengan periuk separa tertutup sehingga sos pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti. Semasa menghidang, taburkan parutan keju parmesan dan daun parsley.