Showing posts with label Cuti Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cuti Malaysia. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Percutian anak anak PT3 ke Langkawi



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Hari ini tak ada n3 masak masak ya,  tapi saya nak belanja gambar percutian anak anak PT3 ke Langkawi baru baru ini.  Sengaja saya upload di sini sebagai kenang kenangan. 
 Jika nak mengharapkan mama dengan abah bawa bercuti, alamat lambat lagila jawabnya, jadi laluan diberikan pada anak teruna saya pergi menceriakan diri bersama kawan kawan.  Mama tumpang seronok jadila....

Jom layan.........  biarkan gambar berbicara.



















Alhamdulillah, anak saya seronok sangat dengan percutian ini.  Terimakasih banyak diucapkan pada guru guru yang telah menganjurkan aktiviti dan percutian menarik ini.

Jadi, pada sesiapa yang belum bercuti cuti Malaysia, mungkin gambar gambar ini dapat menarik perhatian anda serta sedikit sebanyak memberikan  anda idea mengenai tempat menarik yang boleh anda lawati.



Jom tenangkan jiwa, rehatkan.minda.












Tuesday, December 24, 2013

Perhimpunan Kenderaan Klasik Kali Ke 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Deretan pelbagai jenis motor ini adalah bersempena dengan  perhimpunan kenderaan klasik yang telah diadakan pada 21hb hingga 22hb Disember 2013 yang lalu,  bertempat di Dataran Hadari, Teluk Batik, Lumut,  Perak.    

Kesemua gambar dibawah telah  diambil oleh anak bujang saya, Asyraf,  yang memang peminat fanatik kenderaan bermotor.   Subuh subuh hari mereka dah beramai ramai berkonvoi ke Lumut, Perak.  Hampir 20 orang menyertainya.   Jadi, marilah kita sama sama melayan sejenak  hobi masa lapang mereka.


Tak sangka pulak saya gambar gambar yang diambil menggunakan kamera kapcai,  digital murahan kepunyaan saya elok pula kejadiannya.   Seminggu sebelum bertolak ke sana, Asyraf dah booking kamera.  Syukur juga hari tu tak ada tempahan, kalau tidak, tak bolehlah nak diambil gambar tempahan.




Jom kita layan satu persatu.....




Selain perhimpunan ada juga pertandingan motor tercantik yang dianjurkan.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori vespa, lambretta, honda klasik, retro dsbnya.
   Kategori, kereta antik tercantik pun ada.  Tapi sayangnya anak saya tak sempat snap gambar kereta kerana terlewat tiba di lokasi.





Terkenang zaman dolu dolu









Kategori ni ajala yang kita kenal pun, Vespa.  Yang lain lain........huhuhu??????  Kenalah bertanya pada yang arif.



Agak agak kedua dua motor ni keluaran tahun berapa???  Payah nak jumpa kat atas jalan sekarang ni.


Hijau kuning,  mesti Kedah mai......




Teringat cerita, keluarga 69.





Kalo tak silap yang ni motor scrambler, motor yang buleh keqhabat (panjat) bukit, betoi dak???



Anak saya Zaheen berkenan kat motor ni.......heheheh



Baguskan diadakah perhimpunan yang sebegini.  Selain dapat menyertai pertandingan, dapat juga mengeratkan silaturahim sesama insan.  
Tercapai sudah objektif pihak penganjur untuk mengumpulkan ahli dan peminat peminat motorsikal retro



Antara kelab yang menyertai pertandingan, Perak Retro Owner (PRO)



Apala gamaknya yang digebangkan dek brader brader ni semua ya.