Showing posts with label Fondant. Show all posts
Showing posts with label Fondant. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Tempahan untuk hantaran pertunangan Afiqah, macam macam ada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini semua adalah tempahan daripada Afiqah dari Simpang Empat Tasek, Sbg Perai Selatan sempena hari pertunangan beliau baru baru ini.

Sengaja saya asingkan n3 satu persatu sebelum ini bagi melihat hasilan yg lebih jelas.









#pulut kuning berhias#puding kasih bertautred velvet cupcakes hantaran#cream puff wth creamy cream custard#mini strawberry cheese tart hantaran#mini strawberry n blueberry cheese tart#


Mini Strawberry Cheese Tart Hantaran

Red Velvet Cupcakes Hantaran

Puding Kasih Bertaut Hantaran

Pulut Kuning Berhias Hantaran



Cream Puff



Mini Blueberry dan Strawberry Cheese Tart
Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan dan kepercayaan yang telah diberikan.  
Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.  Terimakasih.

Monday, December 1, 2014

Cupcake Fondant & Gumpaste Hantaran


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Diana yg bertugas di Putrajaya dan pulang ke Seberang Perai sempena hari bahagianya.


Diana menempah 16 kek cawan dengan hiasan fondant sepenuhnya.

Design dan warna diberikan oleh Diana sebulan srbelumnya.  Tkasih byk kerana membuat tempahan awal.  Fondant memang memerlukan banyak waktu dan ketelitian untuk disiapkan.


Design yg saya buat tidak 100% sama.  Telahpun dimaklumkan pada Diana mengenainya sewaktu membuat tempahan.  Hasil tangan setiap bakers mempunyai kreativitinya yang tersendiri.











#cupcakes#homemade fondant#homemade gumpaste#beads#






Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.





Friday, October 10, 2014

My first Peony & Hydrangea Sugar Flower (Gum paste Flower)

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua,
Beberapa minggu yg lepas melapangkan diri menghadiri kelas membuat bunga gula.  Lamanya tak masuk kelas,  nak refresh balik tengok boleh masuk ke tak.

Jom sama sama kita lihat hasilannya 




Sunday, January 26, 2014

Selamat Hari Lahir Anakku Sayang......


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek ini saya buatkan untuk anak bongsu saya Zaheen Zaidany sempena hari lahirnya yang ke 8 tahun.  Hari lahir Zaheen jatuh pada 26hb Disember yang lepas sebenarnya.  Tapi disebabkan mamanya asyik memenuhi tempahan pada musim cuti persekolahan, maka kek Zaheen terpaksa ditunda pada bulan ini.   Bagi menggantikan kek,  mama dan abah dah bawa Zaheen pergi makan makan di Puncak Kristal, Kg Pelet, Sbg Perai bagi meraikannya pada hari istimewa itu.


Ini  pertama kali saya cuba menghasilkan figurine berbentuk doraemon (atas permintaan Zaheen sendiri yang memang peminat tegar siri kartun doraemon)  dan kanak kanak lelaki menggunakan  readymade fondant.  Dah lama sangat teringin nak buat figurine, jadi rasanya ini peluang terbaik untuk saya mencubanya, manalah tau kot kot ada bakat terpendam yang boleh dicungkil keluar, heheheh.    Begitulah hasilnya setelah diulit berjam jam lamanya, amaturlah katakan.  


Lepas tengok hasilannya, anak keempat saya Amin Fayyadh bersuara,  "Mama, mana misai dan loceng  doraemon??".   "Hmmm, mama tak ada pensil khusus untuk melukis di atas fondant, tak beli lagi, jadi tak dapatlah nak melukis misai doraemon, loceng pulak memang mama terlupa langsung nak buatkan."

Zaheen pula tersenyum malu  bila melihatkan hasilan kek hari lahirnya.  Sambil menyorok di belakang saya, Zaheen bersuara  perlahan, "Mama,  mulut doraemon bukan macam tu".  Hahaha, mama baru first time mencubanya sayang, mestilah ada banyak kekurangannya, nanti lain kali mama perbaiki agar nampak lebih sama.




Kedua duanya mendongak memandang bentuk bentuk hati yang berdiri kukuh  mengelilingi mereka.    Mama buatkan sebagai lambang kasih dan sayang mama serta abah yang akan senantiasa mengiringi kehidupan  Zaheen, in sha ALLAH.


Selamat hari lahir anakku sayang, semuga hidupmu senantiasa diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH.  Mama akan senantiasa mendoakanmu.  Amin.









Yang ni masa proses membentuk figurine, terpaksa meletak jarum peniti bagi mengelakkan  sesetengah bahagian tertanggal semasa mengeringkannya.



Beginilah hasilnya setelah dipotong.