Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Serawa Ubi Kayu / Pengat Ubi Kayu / Sira Ubi Kayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Hidangan pencuci mulut untuk minum petang Ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Ubi kayu pula hasil dari menebas belakang rumah. Nampak ubi kayu timbul di atas tanah semasa menjemur kain. Dahan dari pokok pula dah terlalu tinggi dan besar hingga daunnya melintuk ke luar pagar sekaligus mengganggu lalu lalang kenderaan di belakang rumah. Jadi, buat keputusan untuk mencabut dan membersihkan semua sekali. Jadi, begitilah hasilnya, selonggok ubikayu. Ada separuh dah jadi kayu, jadi terpaksalah dibuang. 



Pengat ubi kayu atau juga dikenali sebagai sira ubi merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat ubi merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat ubi merupakan ubi kayu yang direbus dan disira dalam kuah pekat yang lemak manis. Wikipedia



SERAWA UBI KAYU / PENGAT UBI KAYU 
 Bahan bahan 
2 ketul ubi kayu sederhana besar 
1 cawan gula merah/gula kabung (sesuaikan ikut selera) 
2 cawan santan pekat 
1 st garam 
2 helai daun pandan 
2 sb sagu - dibersihkan dan ditos

Cara-cara 
1. Ubi kayu dibuang kulitnya dan dibersihkan. Potong menjadi ketulan-ketulan kecil. Saiznya terpulang kepada selera individu. 
 2. Rebus ubi kayu bersama sama air secukupnya hingga empuk. Asingkan.


3. Di dalam periuk yang lain, masukkan santan, gula merah/gula kabung serta daun pandan yang telah disimpul dan didihkan. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. 
4. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi beserta dengan sagu. Biarkan mendidih dan sagu bertukar menjadi warna jernih. 
5. Bila kuah agak pekat sediit, masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. 
6. Siap untuk dihidangkan.


Kalau di sebelah utara, kita memanggil hidanga ini sebagai Serawa Ubi Kayu.


Siap untuk dihidangkan buat tetamu di rumah. Serawa ini manis, namun sangat sedap.

Selamat Mencuba....

Wednesday, December 14, 2011

Pengat Labu Cha Cha


Salam dan selamat petang semua,

Petang petang begini pekena pengat labu cha cha sedap juga kan. Kalau di sebelah utara ni kita panggil serawa, serawa labu. Ini kali pertama saya buat serawa labu, selalunya saya buat pengat ubi kayu ataupun pengat ubi keledek merah, memang sedap tp jarang buat sebab tak berapa suka manis. Resepi ni saya ambil dari rumah CMG. Berkenan pula bila melihatkan kombinasi labu dan cha cha.

Masa pengat tengah mengelegak kat atas dapur, anak2 dah teruja dan asyik bertanya bila nak boleh makan. Hmmmm cam tu la, kalau ada resepi baru aja, begitulah reaksi anak anak saya.

PENGAT LABU CHA CHA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis
100 gram bubur cha-cha
1 camca besar penuh biji sago, cuci dan toskan
100 gram gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan ditapis)
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 helai daun pandan, disimpul
Gula, jika perlu
1/3 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Labu dikupas, kemudian didadu sederhana besar, cuci, tos dan bubur cha-cha direbus hingga lembut, toskan. Masukkan labu ke dalam periuk, tuang santan cair dan jika perlu tambah sedikit air. Masak hingga labu 1/2 empuk. Masukkan air gula dan daun pandan. Biar mendidih.
Tambah biji sago dan bubur cha-cha tadi. Masak hingga sago kembang, tuang pati santan dan biar mendidih perlahan. Tambah secubit garam dan rasa, jika kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula pasir, kacau dan masak dengan api kecil hingga labu empuk tapi tidak terlalu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sebagai pencuci mulut.



Seda0 sangat rasa pengat ni, lemak2 manis gitu.

Tuesday, September 20, 2011

Bubur Pulut Hitam


Assalamualaikum dan salam selasa semua,

Hari ni kat tempat saya hujan lebat sangat, tapi sekejap aja. Masa nak pergi ambil anak dari kelas fardhu ain, hujan dan reda, syukur alhamdulillah, kalau tidak payah jugak jadinya, nak berpayung segala, terkadang tu berpayung pun basah kuyup jugak jadinya.

Nak tau apa resepi istimewa saya hari ni? Jom kita tengok.....layan....


Sekali sekala pekena bubur pulut hitam best gak kan, tambah tambah kalau cuaca cenggini, laju aja bubur tu masuk ke tekak.

Buat bubur pulut hitam ni dah lama sangat sebenarnya, baru hari ni teringat nak letak n3. Jangan tak tahu dlm folder saya ada berpuluh lagi resepi yang menunggu giliran untuk dipostingan, terkadang tu sampai tak tau apa nama juadah yang dibuat, resepi dok tang mana, gambaq dok tang mana, jenuh la otak ni dok memikir, silap haribulan juadah lain, resepi lain, tuanpunya resepi pun jadi lain lain kah kah kah....harap harap tak begitulah ya. Mana tak jadi cam tu, memasak hari hari, tp n3 seminggu baru nak masuk satu, mau tak berjela jadinya, terkadang tu tak masuk terus, last last padam cam tu aja.

Resepi ni dah lama saya salin dari rumah CMG. Siapa tak kenal CMG kan, boleh dikatakan semua blogger masak memasak kenal dia, cuma dia aja tak kenal saya, hehehe.......Oklah, jom kita semak resepinya. Terimakasih Cik Mat ya.

BUBUR PULUT HITAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan. Kami orang2 Johor memang wajib ada pati santan kalau makan bubur pulut hitam...

Note : Saya gantikan santan pekat dengan susu rendah lemak disudukan ke atasnya sebelum dihidangkan.