Showing posts with label Layered Cakes. Show all posts
Showing posts with label Layered Cakes. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ramai yang telah mencuba kek yang simple tapi sedap ini bukan. Hanya baru baru ni sahaja saya berpeluang untuk membuatnya.

Kek Lapis Cheese Persona
Sumber : Rahel
Resepi Asal : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
 500 ml susu segar,dipanaskan

 B: 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
 10 ml susu segar
 1/2 cawan gula halus


Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan


Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.


Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. Simple je!

Thursday, December 8, 2011

Kek Lapis Sisik Ikan

Salam buat semua pengunjung blog WHM,
Mudah-mudahan anda semua berada di dalam rahmat kasih sayang ALLAH dimana jua anda berada, insyaALLAH Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog ini dan menluangkan sedikit dari waktu emas teman teman semua buat menatapi blog yang tak sepertinya ini.

Sejak kebelakangan ini, sambungan internet di tempat saya tersangatlah lembab, tak tau la dimana silapnya. Terkadang tu bila singgah membalas kunjungan ke blog teman2, siap tulis panjang berjela, tetiba tak boleh diupload pula, geram betul kita dibuatnya, berkali kali dicuba namun masih belum berjaya. Nak dikatakan kerana terlewat membuat bayaran, rasanya tidak pula sebab kita ni mmg express klu bab2 melunaskan bil, tak suka pending2, malahan sebelum deadline lagi kita dah jelaskan awal awal lagi. Tak tau pulak sekiranya ada teman2 yg menghadapi masalah yg sama, harap dapat membantu.

Sehubungan dengan itu, maaf jualah yg saya pinta seandainya sedikit terlambat membuat kunjungan balas disebabkan permasalahan ini. InsyaAllah, lepas semuanya kembali normal, saya akan berkunjung lagi, sesungguhnya kehadiran teman teman alamaya semua amatlah saya hargai.


Ok lah, berbalik kita ke n3 hari ini. Sejak membuat kek lapis batik sutera tempohari, dah jadi macam ketagih pula ingin membuat kek lapis lagi. Walaupun pembuatan kek ini agak rumit, tapi bila melihatkan hasilannya membuatkan saya teringin mencuba kek lapis yang berlainan corak pula. Kali ini saya mencuba pula Kek Lapis Sisik Ikan yg agak glamer juga dewasa ini. Saya masih menggunakan resepi yang sama, yg boleh dilihat di SINI, cuma idea menjadikannnya sisik ikan sahaja saya ambil dari resepi di bawah ini. Kalau tak silap saya resepi ni sumbangan Pn Rabiah Amit, sifu kek lapis, namun resepinya saya perolehi dari laman MYResepi. Terimakasih kepada semuanya ya. Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya perpanjangkan resepinya.


Kek Lapis Sisik Ikan
maryam81@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

10 Biji Telur
250gm Gula halus
1 sudu makan ovellete
75ml air sejuk
1 tin seri kaya
½ botol kecil horlicks
250gm tepung
360 gm mentega di pukul dgn 4 sudu makan susu pekat
4 bungkus manisan hawflakes


Cara-cara

Pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
Masukkan mentega dan gaul sebati
Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
Ambil sesenduk adunan dan bakar hingga masak
Buat 2 lapis baru di cucuk dgn hawflakes
Cucuk hawflakes secara mencondong
Ulang proses ini hingga habis.




Beginilah rupa sisik ikan saya, tak taula jadi ke tidak, tapi begitulah kejadiannya. Nampak berlainan sedikit dari yang orang lain buat. Yang selalu saya lihat sisiknya di sisi sahaja, tapi saya punya kejadiannya dekat atas dan sisi juga, ni mesti silap teknik mengatur hawflakes. Ataupun hasil kreativiti sendiri hehehe.... Takpa lain kali boleh cuba lagi...

Kek ni saya potong2 untuk anak bawa ke sekolah semasa hari terakhir persekolahan tak lama dulu, hehehe.....dah lama sebenarnya buat kek ni.....cuma terlambat masuk n3.

Thursday, November 24, 2011

Kek Lapis Batik Sutera


Salam semua,

Hari raya qurban yang lepas mencabar diri menghasilkan kek lapis seperti yang dapat anda semua lihat di atas. Ini adalah percubaan kali kedua saya. Kek Lapis mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek yang lain. Menggunakan kuantiti telur yang lebih berbanding kek biasa, juga mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakannnya. Namun hasilnya sungguh menakjubkan, berlapis lapis, berwarna warni dalam pelbagai corak yang sungguh cantik. Kek ini juga tahan disimpan berbulan lamanya, itulah keistimewaan kek lapis yang tidak terdapat pada kek kek yang lain. Selalunya mereka yang berkunjung ke Sarawak ataupun Indonesia pasti tidak akan melepaskan peluang membawa pulang kek lapis sebagai buah tangan kan?


Tekstur kek lapis ni halus, lembut dan padat serta enak. Semakin lama kek disimpan akan menjadikan kek bertambah lembap dan lebih enak. Amacam??? ada yang tertarik untuk mencuba???. Untuk melihat resepinya sila klik di SINI ya.

Suka sangat saya melihat kombinasi warna pilihan yang dihasilkan ini, cantikkan, hehehe....jangan mare...


Kek yang diigemari pelbagai golongan dan peringkat umur. Sangat sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut di majlis majlis keraian, kenduri ataupun perayaan. Separuh kek ini dibawa ke rumah brother in law sebagai buah tangan sempena majlis kenduri qurban.


Saturday, December 25, 2010

Hawflakes Layered Cake (Kek Lapis Asam Manis)



Salam semua,
Kek yang telah lama ku pendam hasrat untuk memcubanya. Satu ketika dulu saya pernah mendaftar untuk belajar membuat kek lapis ini, malangnya telah beberapa kali ditunda dan akhirnya dibatalkan oleh penganjur tanpa diberitahu sebab musababnya. Jadi, saya pun patah hati dan terus batalkan hasrat untuk belajar membuat kek lapis ini. Azam saya biarlah saya belajar melalui laman web, buku atau majalah saja. Sebenarnya ramai sangat rakyat Malaysia di luar sana yang tidak lokek untuk berkongsi resepi, kaedah dan petua petua berguna di dalam bidang baking ini. Semuanya terserah kepada diri sendiri untuk melipatgandakan usaha membuat research, rajin bertanya dan mencuba resepi resepi baru. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Apa yang saya perhatikan, kek lapis banyak menggunakan telur, yg ni pun salah satu sebab eksperimen kek lapis saya sering tertunda. Lagi satu sebab ialah bila mengingatkan proses melapis kek itu sendiri, kena mengadap oven sehingga selesai.

Cubaan pertama saya memilih resepi Bro Rozzan yang memang pakar dalam membuat kek lapis. Banyak yang telah mencuba dan berhasil. Saya cuma buat separuh adunan saja, takut tak jadi dan bakar menggunakan loaf pan 8.5"x5"x4". Alhamdullilah, proses membuat kek lapis saya berjalan dengan lancar walaupun baru pertama kali saya mencubanya.


Kombinasi warna pilihan yang bersesuaian dengan stok yang terdapat di dapur kecilku, hehehe, hijau, coklat dan warna asli adunan. Menarik kan......


Potong jugakla sebagaimana lazimnya orang memotong kek lapis untuk sessi photography hehehe. Kek agak lembab mungkin disebabkan oleh penggunaan marjerin.

Resepi ni saya cp dari blog CMG. Tuanpunya resepi Bro Rozzan. Terimakasih buat keduanya.

KEK LAPIS ASAM MANIS
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna "Golden Churn")- sy guna marjerin jer
150 gram gula halus
10 biji telur gred "A"
300 gram biskut marie, dikisar halus (mat guna jenama "munchy's")
1 tin kecil susu pekat manis (mat guna dalam 300 gram)
85 gram seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 camca teh esen vanilla
2 pack asam manis (haw flakes), setiap pack ada 10 bungkus
Pewarna makanan ikut suka (mat guna oren, biru dan merah jambu)

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar rata. Masa ni adunan kelihatan berbiji2 sedikit.

Pada kelajuan perlahan masukkan susu pekat manis dan biskut marie kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Letak pewarna kegemaran pada setiap bahagian, kacau rata.

Sediakan tin 4 persegi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah. Masukkan tin kosong tadi selama 2 minit.
Kaluarkan tin, sudukan 4 camca besar adunan (terpulang pada anda untuk memilih warna adunan), ratakan dan bakar selama 4 - 5 minit atau hingga peerang. Keluarkan dan sudukan 4 adunan lagi yang sama warna, ratakan dan susun haw flakes tadi, anggaran 25keping. Masukkan kembali dalam oven, kali ini tukar api pada fungsi "grill". Bakar selama 2-3 minit hingga perang. Keluarkan dan tekan sedikit kek tadi, biar padat, jika terdapat gelembung udara, cucuk dengan lidi sate, dan tekan perlahan2. Sambung melapis dengan 4 camca besar adunan warna lain pula, susun haw flakes pada lapisan kedua setiap warna.

Buat hingga selesai, untuk lapisan akhir, tukar api pada mode atas dan bawah, bakar hingga masak (3-4 minit). Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar dingin atas jaringan...Untuk tahan lebih lama, boleh dibungkus dengan plastik cling, masukkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk