Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Color NeckTie Rainbow Cake for Voon's Birthday


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Rainbow Cake tempahan Yazmin, Autocity.


 Yazmin menempah 2 biji Rainbow Cakes.  Satu untuk dibawa ke tempat kerja dan satu lagi untuk dibawa ke tadika anak beliau ditransitkan. 


Tapi, disebabkan banyak gambar yang diambil, jadi saya buatkan n3 yang berasingan bagi tiap tiap kek.


Nak tunjuk juga warna warna pelangi di bahagian dalam kek sebelum dimekap.


Yazmin minta saya buatkan design kolar baju beserta tali leher  bewarna "pink" untuk kek hari lahir Voon.




Happy BIrthday Voon, May God Bless U Alwayssss....



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, October 16, 2011

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum dan salam rindu semuanya,
Lamanya saya tak berblogging. Sebelum membuka tirai bicara, pertama tamanya, saya ingin mengucapkan terimakasih bebanyak buat adinda Quinnie dan adinda Wani yang telah sudi menganugerahkan akan kekanda award yang sungguh bermakna ini, muahhhh.....luv uols.....


Award ini didatangkan khas bersama tagnya sekali seperti berikut :-

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini) - Siap.

2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda) Halamak....ni yang payah sikit ni, rasanya dah habih rahsia peribadi akak dah disharekan sebelum ini. Anyway, akak cuba selit mana mana yg tertinggal ya.

i) Oleh kerana saya seorang yang agak pendiam, maka minat dan kecenderungan saya juga ke arah itu. Saya sukakan suasana yang penuh ketenangan, aman dan damai, jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota dan bisingnya suasana. Paling suka berjalan jalan di tepian pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Teringat zaman bercinta dulu dulu.....ahaksss...kami selalu ke Gurney Drive, Penang, duduk di atas longgokan batu batu sambil menikmati keindahan pulau, menyaksikan deruan ombak memukul pantai,memerhati keletah anak anak kecil yang berlari ke sana kemari bermain layang layang bersama famili, sungguh indah, saat itu, dunia ini terasa bagai di syurga.

ii) Walaupun saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap, tetapi saya suka melakukan kerja dengan pantas, pantang saya kalau orang buat kerja lambat macam kura kura. Kalau ikut kalender cina, saya ni dilahirkan dalam tahun kuda, heheheh......korang bayangkanla camana pantasnya kuda berlari, agak agak camtula saya bekerja keh keh keh. Kalau saya kat dapur, alamat macam macam bunyi la yang akan kedengaran.

iii) Suka mendengar lagu dan bacaan ayat ayat suci alquran. Kalau memandu di jalanraya mesti nak dengar sesuatu, terkadang tu asyiknya mendengar ayat ayat suci alquran hingga mampu menitiskan airmata. Begitu juga dengan lagu, bila kena lagu yang sesuai dengan kehendak jiwa ini, kaki dan tangan ni pun ikut mendendangkan iramanya. Saya sukakan lagu2 yg sentimental. Lagu2 dan bacaan ayat suci alquran amat mempengaruhi mood saya bila memandu, terkadang seperti terapi minda juga.

iv) Seperti Wani, saya juga sukakan kucing, suka melihat aksi aksi kucing dan memberi kucing makan tetapi tidak suka membela sebab saya agak geli geleman bila disondol oleh kucing. Paling saya suka bila melihat reaksi kucing bila telah diberi makan, dipandangnya wajah ini seolah olahnya ingin mengucapkan rasa "terimakasih" kerana sudi berkongsi sedikit dari rezeki Tuhan ini bersama mereka. Alhamdulillah, semuga pintu hati ini tidak tertutup untuk senantiasa berbuat baik terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang penuh keistimewaan ini.

v) Saya ini boleh dikatakan tergolong di dalam kategori orang yang suka berfesyen. Kalau zaman muda muda dulu, selalu jugaklah saya menggayakan pakaian bila ke pejabat dan senantiasa mengikuti trend semasa tetapi ikut budget la kan......ikut kemampuan, takderla sampai "biar papa asal bergaya". Sekarang ni, pabila usia kian bertambah, kecenderungan ke arah itu kian berkurangan, walaupun begitu, jangan gelak ya kalau saya beritahu sehingga kini saya masih berseluar jeans dan ber t-shirt, itu pakaian kegemaran saya, ringkas dan selesa.

vi) Lagi satu kegemaran saya di waktu lapang ialah berkebun. Menanam dan menggunting pokok paling saya suka. Jangan terkejut kalau saya beritahu, saya juga boleh menyangkul, menebas, mencabut lalang, mesin rumput, dsbnya., kira aktiviti lasak jugakla kan. Bila selalu melakukan aktiviti begini dan badan berpeluh, saya jadi cergas dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja kerja lain. Terasa suatu macam kepuasan yang sukar digambarkan bila dapat melakukan sesuatu. Cuba anda lihat kat bawah ni, antara pokok2 yang saya tanam di belakang rumah saya. Kebanyakkannya adalah pokok2 kegunaan di dalam masakan seharian. Alhamdulillah, dapat juga saya memanfaatkan tanah yang sekangkang kera kat belakang rumah saya.

Pokok Pandan (Screwpine leaves. Pokok Pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini sangat mudah ditanam. Pandan mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan.

Daun Kunyit (Tumeric Leaves). Banyak digunakan di dalam penyediaan masakan melayu dan indonesia. Kegunaannya akan menghasilkan aroma yang sangat lembut. Cara penggunaannya di dalam masakkan adalah dengan menyimpulkannya terus ataupun dihiris nipis terlebih dahulu. Beberapa masakan yang sering menggunakan daun kunyit adalah rendang, kalio, aneka gulai dan sebagainya.

Pokok Salam. Mulanya saya beli pokok ni kat Tesco, lepas tu saya saja saja cucuk kat belakang rumah, alhamdulillah elok aja naiknya. Setakat ni, saya belum pernah menggunakan untuk apa apa masakan pun, saja suka suka menanamnya. Daun salam mempunyai khasiat perubatan yang baik iaitu dipercayai dapat merawat kencing manis, darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan meminum air rebusan daun tersebut. Selain itu, daun salam juga digunakan dalam masakan bagi menambahkan kelazatan dalam makanan. Sumber fazlisyam

Pokok Roselle. Pokok ni saya ambil dari rumah kakak ipar saya. Teruja bila adik ipar asyk menceritakan mengenai keenakkan bunga rosselle ini walaupun saya belum pernah mencubanya. Sampai sekarang masih menunggu bunganya yang belum muncul. Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem. Sumber : Fazlisyam

Pokok Ubi Kayu. Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris.

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Pokok Kari. Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.

Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/02/khasiat-daun-kari.html#ixzz1RhqiebPO

Pokok Serai. Yang ni pun banyak saya guna dalam masakan ayam saya

Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.KEGUNAAN DAN KHASIATDi Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral). http://serai-kampung.blogspot.com

Pokok Limau Purut. Limau Purut (Citrus hystrix)

Pokok limau purut berbau harum dan dipercayai dapat menghalau ular. Pokok ini seringkali ditanam di sudut kawasan rumah bagi menjauhkan ular. Daunnya yang harum digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti rendan dan kari. Buah limau purut yang telah dibuang isinya, dimasukkan madu lebah dan dikukus hingga masak. Buah yang telah dikukus untuk melegakan masalah angin dalam badan. Buah limau purut juga digunakan untuk mencuci rambut kerana baunya yang harum. Buah limau ini juga seringkali dicampur ke dalam air mandian untuk kesihatan kulit dan menghilangkan bau badan. pertanianmjg.perak.gov.my


Pokok Daun Bawang. Sering saya gunakan untuk tabur dalam sup dan sebagai hiasan

Pokok Hiasan pemberian ibu jiran sebelah, tak tau pulak apa namanya. Jiran sebelah saya ni keturunan Cina islam, alhamdulillah saya diberikan Allah jiran yang sangat baik.

Pokok Rosselle, Salam dan Pegaga

Pokok Pegaga. Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok Antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. fazlisyam Pokok ni pulak saya ambil dari rumah adik ipar saya. Hubby kalau kerumah adik ipar, mesti nak minta pokok itu dan ini untuk ditanam kat rumah, macamlah dia nak makan sangat.

Pokok Bunga Jarum. Pokok hiasan sebenarnya ni.

Pokok Cili Api. Yang ni saja saja gatal tabur biji kot kot tumbuh, alhamdulillah menjadi gak pokoknya.

Inilah kebun sekangkang kera kesayanganku. Rumput karpet juga saya beli dan tanam sendiri. Asalnya ditanam kat depan rumah, bila belakang rumah tumbuh lalang tinggi sangat, saya gantikan dengan rumput karpet ni, alhamdulillah sedap mata memandang, nak menyidai kain pun tak payah meredah lalang dah.

Pokok Hiasan pemberian jiran belakang rumah. Pokok ni diberikan oleh jiran belakang rumah bila mereka expand bahagian dapur rumah mereka. Tinggal rumah saya aja yang belum expand, huhuhu...ikut kemampuan la kan....

Pokok Hiasan pemberian jiran sebelah

Fuhhhh......kan dah panjang berjela....tu la aku dah kata jangan bagi award kat akak, nanti korang yang boring nak membacanya.....keh keh keh....Oppsss...tertinggai lagi satu.

vii) Last but not least, angan angan nak jadi tokey, tak kiralah tokey apapun, sebab dah jemu jadi kuli. Teringin sangat nak buat bisnez sendiri walaupun secara kecil kecilan tapi sampai sekarang belum kesampaian. Mungkin kerana tak disertai dengan kesungguhan yang mendalam. Jadi, berimaginasilah dulu yer dak.......mana tau kot kot jadi kenyataan...doa doakan lah ya.


3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
Fuhhh....ramai tu. Dah tinjau tinjau dan nampak ramai yang dah dapat. Orang yang kita nak bagi, semua dah dapat, kita pun takla ramai sangat kengkawan alammaya ni. Lagipun, apa yang saya perhatikan, pemberian award kadangkala tidak berapa digemari oleh sesetengah pihak. Jadi sebagai menjaga hati semua pihak dan hati saya sendiri juga, saya berikanlah award ni kepada semua yang versatile di luar sana.

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima). Yang ni kena skip lah ya, jangan mare......

Tuesday, July 19, 2011

Stylish Blogger Award


Salam dan selamat tengahari semua,
Nampaknya gayanya demam award ni tak kebah kebah lagi. Baru aja beberapa hari lepas buat karangan panjang berjela, ala ala cerpen la pulak heheheh....syahdu syahdan kita dibuatnya tau. Tetiba hari ni Nuwairani lak bagi award kat ataih tu, memula tu huwaaaaa......ingatkan ada tugasan. Fuhhh.....lega rasa hati bila tengok kali ni tak payah buat assignment, cuma perlu berikan pula kepada 8 blogger yang lain pula. Jadi kita pun laju aja nak gantung award ni, maklumla dapat award, mestilah bangga kan, award stylish blogger lak tu kik kik kik, kat manala yang stylish tu ya....orangnya ka, blognya ka, hahaha perasa'angla pulak. Anyway, terimakasih bebanyak diucapkan buat Nuwairani kerana sudi bagi award ni kat akak.

Lagi satu lak...., bila mai tang nak tag orang lain, kita pun tinjau2la rumah orang lain plak, laaaa ramai dah dapat award ni, habih tu kita nak tag sapa??? Walaubagaimanapun kejadiannya, saya teringin sangat nak bagi stylish blogger award ni kat mereka2 yang vogue dan hebat2 kat bawah ni.

Dan pemenang pemenangnya adalah........jeng, jeng, jeng. Jangan lupa bawa kertas ucapannya sekali ya....

Nieza @ Nurniezza
Ayu @ Curlybabesatisfaction
Mamasya @ Dapur Mamasya
Nuridah @ Fiqah99
Kasihredha @ Kasihredha
Amie @ Salamisimon
Azatie @ Azatiesayang
Quinnie @ Qasehququinnie
Chik Mimi @ Qasehmu Abadi

Harap harap sudikanlah diri menggantungkannya kat rumah kalian pula ya. Kalau dah dapat pun tak pa, gantung banyak2, lagi cantik kan, dan itu tandanya anda sememangnya STYLISH dan HEBATTTTT......


Tuesday, July 12, 2011

Award dan Tags


Salam dan selamat petang semua,
Nampaknya demam award dan tag mentag dah melanda blog balik. Sebenarnya dua hari lepas dah ternampak kat chat box, Amie suruh bawak bakul angkut hadiah istimewa daripadanya....hmmmm dah sah sah la ni seperti yang bermain di kotak ingatanku, buat buat tak nampak sat hehehe, jangan mare. Alih alih semalam ternampak pulak Ayuyg vogue dr S'pore nun dan Yana yang cute dekat Kepala Batas dok lambai lambai suruh amik award yang sama. Hari ni pula, nampak Nieza yang glamer dok nun di Finland pos mai award tu jugak. Huwaaaa.....mana gua mau lari......terpaksala buat juga assignment yang dah diberikan.

Sebenarnya, saya ni tak la pandai sangat mengarang cerita dan berbahasa indah, sebab tu bila dapat tag cam ni, rasa cam ragu ragu aja bila nak menulis. Walaubagaimanapun, saya cuba buat yang sebaiknya buat tatapan teman teman bloggers semua. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada semua yang masih sudi meletakkan diri saya di dalam ruang ingatan kalian semua. Semuga dengan adanya award dan tag mentag sebegini dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim kita sesama insan.

Award ni didatangkan khas bersama tag2nya sekali, jadi sebelum gantung award tu, kenalah buat tugasan kat bawah ni dulu. Jom kita tengok apa tugasannya...

7 PERKARA YANG ORANG BELUM TAHU TENTANG DIRI SAYA :

1. Saya dilahirkan dalam bulan April tahun 1966 di sebuah kampung kecil bernama Kampung Jawa, Butterworth, Pulau Pinang. Saya anak ke 7 dari 8 orang adik beradik, 4 lelaki dan 4 perempuan. Rasanya ramai yang masih menyangka saya ini muda belia, hehehe, dah nak separuh abad dah sebenarnya saya ni. Kepada sesiapa yang saya terpanggil kakak atau yang sewaktu dengannya padahal mereka tu adik, minta maaflah ya, kesilapan tak disengajakan, sila betulkan saya.

2. Saya mendapat pendidikkan awal dari Sek Ren Convent, Jln Sg Nyior, Butterworth. Kemudian menyambung ke peringkat menengah di Sek Men Convent, Jln Chain Ferry, Butterworth. Selepas gagal menyambung penggajian di ITM, hanya sempat hadiri sesi temuduga untuk Dip in Accountancy, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan V1 di Sek Men St Mark, Butterworth. Tetapi disebabkan dahulu saya bersekolah di sekolah yang "fully girls school", saya menjadi seperti tidak dapat menyesuaikan diri bila ditempatkan disekolah yang bercampur lelaki dan prempuan. Mujur juga, bila kahwin tak jadi cam tu, heheheh. Akhirnya, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti sekolah. Walaupun ayah memujuk dan mengadakan perjumpaan dengan pengetua, namun saya tetap dengan keputusan saya. Akhirnya, ayah akur dengan keputusan tersebut. Mungkin juga ayah faham situasi saya ketika itu. Kakak dan abang agak marah dengan keputusan saya. Maka, berakhirlah episod alam persekolahan saya setakat itu sahaja. Saya tidak lagi memohon ke mana mana institusi penggajian tinggi utk melanjutkan penggajian, sebaliknya saya memulakan karier saya dari situ. Kalau orang lain boleh berbangga dengan diploma, degree, master dan sebagainya, saya terpaksa mengaku bahawa pencapaian saya hanya setakat itu. Itulah realiti kehidupan saya, malu jugak rasanya nak menceritakan mengenai pelajaran saya yang terbengkalai di tengah jalan. Namun, bila difikirkan kembali, apalah yang nak dimalukan, itulah saya dan saya mahu dikenali dengan cerita sebenar peribadi saya. Dan ini adalah cerita yang lahir dari hati kecil saya.

3. Saya dari sebuah keluarga yang agak miskin. Hidup menumpang di sebelah rumah ibu saudara. Seingat saya, rumah saya sekeluarga dulu hanyalah sebuah rumah papan kecil menepek bersebelahan rumah ibu saudara. Rumah kami tiada bilik, bayangkan kami 8 beradik tinggal di sebuah rumah yang sangat kecil. Dapur pulak dapur kayu, setiap hari ibu akan menghembus api untuk memasak, walaupun begitu, berbagai juadah lauk pauk dan kueh mueh dapat ibu sajikan untuk kami sekeluarga. Mandi dan mencuci pula menggunakan air telaga. Untuk air minuman pula, kami terpaksa mengangkut air dari pasar awam yang berhampiran dengan berbekalkan 2, 3 buah timba. Ada satu ketika tu, ayah buatkan kereta sorong kecil dari kayu2 terpakai bagi memudahkan kami mengangkut air. Seingat saya, sayalah anak yang paling rajin menemani ibu mengangkut air, terkadang tu terserempak dengan orang sedang mandi manda di sana, jadi terpaksalah menunggu giliran. Sambil sambil tu saya akan mengutip dan memilih sayur2an terbuang yg masih elok ditinggalkan oleh peniaga pasar untuk dibawa pulang dan diberikan kepada itik di reban sbb waktu tu ibu rajin membela itik dan telurnya ibu jualkan kepada orang di pasar awam tersebut.

4. Walaupun terpaksa melalui kehidupan yang agak sukar ketika itu namun pengalaman waktu kecil saya amat menyeronokkan. Rumah saya dikelilingi deretan rumah sewa jiran jiran dari berbagai bangsa seperti Cina, India, Sikh dan Kristian. Rumah kayu kami letaknya di tengah tengah. Jiran melayu saya agak jauh sedikit tempat tinggalnya. Semua jiran sangat baik terhadap kami sekeluarga, mungkin juga disebabkan sikap ibu yang agak peramah dan begitu baik dengan jiran jiran tetangga tanpa mengira kaum. Yang paling seronok ialah bila tiba musim perayaan, saya selalu dijemput ke rumah mereka bagi sama sama meraikan perayaan memasing. Iyalah waktu tu kecil lagi, tiada apa yang ada di dalam ingatan hanyalah keseronokan. Saya akan pergi bersama adik beradik yg lain dan mereka akan melayan kami dengan begitu mesra sekali dan alhamdulillah jiran2 juga tahu makanan apa yang boleh kami makan dan sebaliknya. Kalau kami tidak pergi, berbagai bagai juadah akan dihantar ke rumah dengan banyaknya, pakai talam dan bakul segala lagi...mungkin juga disebabkan famili saya yang agak besar, jadi kuantitinya pun besar juga. Kawan2 zaman kanak kanak saya byk yg berbangsa India dan Cina. Sebab itulah sehingga kini saya masih lagi dipengaruhi oleh makanan2 India dan Cina selain masakan Melayu sendiri. Jangan tak tahu, sehingga kini saya masih suka makan makanan seperti capati dhal, tosai massala, puri sayuran, kuih bakul, olundai dsbnya. Bila ayah bersara, kami sekeluarga berpindah ke kampung di sebelah ibu dimana ayah mendirikan sebuah rumah disana. Kehidupan di sana sangat jauh berbeza kerana di sini saya dikelilingi dengan saudara mara dan jiran tetangga yang 100% melayu. Maka, disinilah bermulanya episod baru kehidupan saya sehinggalah saya mendirikan rumahtangga.

5. Saya berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan 5 orang cahayamata, semuanya lelaki....huhuhu... Yang menjadikan anak saya ramai adalah kerana saya masih menantikan kehadiran seorang anak perempuan sehinggalah sekarang, namun belum dimakbulkan olehNYA, alhamdulillah saya redha dengan kehendakNYA, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tahun lepas dalam bulan Ogos 2010 saya keguguran selepas 2 bulan mengandung anak ke 6. Mungkin selepas ini, saya akan bersara dari mengandung memandangkan banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Hubby pun seolah olah terasa malu dengan jiran dan rakan2 bila saya mengandungkan anak yang terakhir Zaheen, iyalah orang dah bercucu kita masih nak beranak lagi....hehehe, maunya dia tak malu, kik,kik, kik. Anak sulung saya Asyraf telahpun berusia 20 tahun, kedua Ammar 18 tahun, ketiga Aiman 14 tahun, keempat AminFayyadh 11 tahun dan yang kecil, Zaheen 6 tahun. Kesemua anak saya, saya susukan sendiri selama 2 tahun lebih, walaupun di waktu itu saya masih bekerja. Saya terpaksa menghadapi berbagai2 kepayahan seperti bengkak susu, keletihan bertugas, terpaksa menguruskan kerjarumah selain melayan kerenah anak2 yang lain, tidak cukup tidur dsbnya kerana saya tiada pembantu. Mungkin disebabkan ini juga, berat badan saya selalu susut.

6. Saya memperolehi lesen memandu pada tahun 1997 tetapi mulai memandu sepenuhnya pada tahun 2000 bila berjaya memiliki kereta sendiri, kereta kecik aja. Pengalaman hari pertama memandu, seluruh tubuh saya seram sejuk jadinya, menggigil ketakutan, namun saya pandu juga, detik dihati kalau tidak dimulai takkan ada penyudahnya. Bila tiba di tempat bertugas dan selesai parking, tetiba saya terbau hangit yang kuat. Seluruh tubuh saya mengeletar lagi, ingatkan kereta terbakar. Puas saya meninjau kesana kesini mencari puncanya. Depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah habis saya belek, tapi nampak macam ok aja, tak da apa apa yang tak kena. Terus saya telefon hubby bertanyakan kenapa. Hubby pun suruh saya buat itu dan ini, terakhir hubby suruh saya tengok pada meter kalau kalau ada apa2 signal. Ternampak bulatan bertanda merah dan tanda seruan kat dalamnya. Hahhhhh, dah sah hand brake tak dilepaskan.....huwaaaaaa....saya memandu di jalanraya dari rumah sehingga ke tempat kerja tanpa melepaskan handbrake, patutlah slow aja jalannya, walaupun kita tekan minyak. Syukur alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku di waktu itu, kalau tak, tak taula apa dah jadi kat saya. Oppsss...panjang pulak cerita ni kan...

7. Fuhhhhh...lega sikit dah nak habih dah ni. Saya adalah seorang yang sangat pendiam sedari kecil lagi. Sifat pendiam saya ini masih ada lagi sehingga kini, mungkin kurang sedikit selepas berkahwin. Disebabkan itu, saya tidak punyai ramai kawan. Saya hanya mempunyai seorang sahaja kawan rapat pada satu satu masa. Saya juga seorang yang agak sensitif dan kuat merajuk, macam Nieza juga. Tapi, selalunya merajuk saya sekejap saja, lepas tu saya yang akan memulai balik, sampai hubby pun dah tahu peel saya. Macam Ayu juga, saya pun suka pendamkan di dalam hati bila saya tidak suka pada sesuatu keadaan. Pernah sekali tu, masa tu saya kerja lagi, bila saya tension sangat dengan kerja, saya hantar email kat boss kata saya nak berhenti, lepas tu saya terus tinggalkan semua tugas dan cabut balik rumah. Masa tu pulak time nak bayar gaji (sy bertugas di bhg payroll) dan untuk pembayaran gaji hanya saya seorang yang tahu bagaimana prosesnya, jadi kita pun tarik hargala sikit. Kelam kelibut mereka dibuatnya. Berhari jugaklah saya tak ke tempat kerja. Staff semua pulak mogok sebab gaji lambat bayar. Jenuh boss saya kena berbincang dengan pihak union untuk meredakan suasana, kalau tak production down, output tak dicapai dan order tak dapat dipenuhi. Rugi besar tu....tapi yang hairannya, saya tak pernah rasa takut diatas apa yang saya lakukan, sedikit pun tidak. Mungkin saya tahu di mana kekuatan saya ketika itu dan tahu saya di pihak yang benar. Akhirnya, boss pujuk pujuk juga, hati orang perempuan ni ibarat kerak nasikan bila disirami air, lembut balikla jadinya. Last last, tak jadi berhenti jugak hehehe.....gempaq aja lebih.

Ni nak sambung sikit lagi. Tu dia, memula tak tau nak tulih apa, bila dah tulih payah pulak nak berhenti. Seperti yang anda semua tahu, kegemaran saya ialah memasak dan mencuba pelbagai resepi baru, jadi semestinyalah saya juga sangat suka makan. Tapi, alhamdulillah walaupun banyak makan, berat badan saya tidaklah begitu ketara. Mungkin itu satu kelebihan yang Tuhan berikan kepada saya. Saya makan bila terasa nak makan walaupun di tengah malam tetapi akan berhenti sebelum terasa kenyang. Suami dan anak anak juga begitu. Sebab itulah anda semua dapat lihat berbagai bagai resepi yang sering saya cuba supaya famili tidak jemu. Saya suka masakan yang pedas pedas, lagi pedas lagi bagus. Mungkin sebab tu kot saya ni agak panas baran. Saya tidak berapa suka makanan/minuman yang terlalu manis. Juga menggemari makanan yang berasaskan roti. Minuman saya sehari hari hanyalah air suam. Kewajipan saya setiap pagi dan sebelum tidur adalah meneguk segelas air suam. Kalau makan di luar selain air suam, kadang kadang saya suka minum karrot susu, teh o ais limau ataupun barli suam. Cukup dah kot nooooo......kang ada yang terlena depan pc lak....wakakaka.

Oklah, selesai sudah saya menunaikan tugasan yang diamanahkan. Sekarang tiba pula giliran saya untuk mewasiatkan amanah ini kepada mereka2 yang terpilih. Harap dapat kiranya diluangkan sedikit masa agar kita dapat mengenali rakan rakan maya ini dengan lebih mendalam. Jangan mare yer......

Anna Qawina
Kaz
Zaliedana
Iza Akma

Opsss....sorang lagi tak cukup....nanti kita tinjau lagi yer...

Thursday, May 26, 2011

Follower Award from Amie's Little Kitchen


Salam buat semua,
Dua, tiga hari lepas terima award ni dari Amie. Rasanya ramai juga yang dah menerimanya. Baru hari ni saya berkesempatan untuk menggantungkannya. Terimakasih bebanyak ya Amie kerana sudi memberikan award ini buat akak. Kunjungan dan komen komen dari Amie juga amat akak hargai.

Tuesday, May 3, 2011

Giveaway From Moscow By Miszlullaby



Salam semua,
Semalam terima satu mesej dari Ayu S'pore. Kita pun jengukla, ingatkan apa, kena tag rupanya. Tengah malam kita buat homework ni tau.....

Ada Giveaway yang dianjurkan oleh Miszlullaby, boleh klik di SINI untuk keterangan lanjut. Sebenarnya ni first time saya singgah ke blog Miszlullaby, alhamdulillah dapat berkenalan dengan sorang lagi blogger baru. Kalau ada terasa nak ole ole dari Moscow, cubala nasib sertai giveaway ni, manala tau anda tetamu yang bertuah.

Tag 5 orang rakan blogger

Nurniezza
Noor Masri
Iza Akma
AzatieSayang
Inahar

Untuk tidak menghampakan semua, harap sudilah kiranya nama yang tersenarai di atas memanjangkan pula giveaway ini ya.


Tuesday, April 12, 2011

Poskad daripada Nieza



Salam lagi sekali buat semua ya,
Tadi baru gantung award dari Azatiesayang, kali ni nak gantung poskad dari Nieza pula. Rasa tak sedap hati pula selagi tak menggantungkan poskad yang cute ini. Poskad pengganti diri Nurrnieza yang cantik ini dititipkan nun jauh dari bumi Finland. Terimakasih diucapkan buat Nieza yang masih sudi meletakkan saya di ruang ingatan beliau. Tahniah juga diucapkan diatas usia Blog Our Journey Begins yang sudah menjangkau setahun lamanya pada April 2011. Semuga persahabatan ini akan terus erat terjalin, insyaALLAH.

Amat bertuah rasanya mengenali diri Nieza walaupun hanya di alam maya. Nieza satu satunya bloggers yang seringkali meninggalkan komen di n3 saya walaupun kadangkala saya sering terlewat membalas kunjungan beliau tanpa disengajakan. Semuanya membuatkan saya merasa sungguh terharu dan dihargai. Sebagai seorang surirumah dengan keluarga yang agak besar amat menuntut perhatian daripada saya, semuanya mesti diuruskan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu. Waktu bagi saya amat terbatas, sekiranya ada masa terluang barula lappy ini disentuh. Namun jauh di sudut hati kecil ini, ketahuilah bahawa kunjungan setiap tetamu ke blog saya amat saya hargai dan alu alukan.

Terimakasih bebanyak Nieza diatas segala sokongan Nieza yang tidak berbelah bagi terhadap blog kak Wattie yang serba kekurangan ini. Doa Kak Wattie semuga Nieza sekeluarga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, juga dikurniakan kesihatan yang elok agar Nieza dapat terus berkarya menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua sekaligus menceriakan alam bloggers ni.

Sudilah kiranya Nieza menerima sekuntum mawar merah daripada Kak Wattie

Award dari AzatieSayang



Salam petang Rabu semua,
Kini demam menggantung award melanda blogger masak memasak. Jadi, saya pun tidak ketinggalan terkena tempiasnya. Teringin pulak rasanya menggantung award yang baru diterima ini. Entah dimana "lovely" blog saya hanya pemberi award sahaja yang dapat merungkaikannya, kerana pada hemat saya blog saya ini amatlah kekurangan serba serbinya serta kurangla pulak fofularnya. Walaubagaimanapun, terimakasih bebanyak saya ucapkan buat adik Azatiesayang yang sudi mengurniakan award ini kepada saya. Saya sangat2 berbesar hati untuk menerimanya. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut lagi, izinkan saya melaksanakan suatu perkara yang menjadi kemestian penerima award.

POSTKAN BALIK "linking" KEPADA ORANG YANG MEMBERI AWARD :-
Azatiesayang

BERKONGSI APA JUGA MNEGENAI DIRI DENGAN SEMUA :-
Seorang isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang dan penuh kebertanggungjawaban. Juga seorang ibu kepada 5 orang cahayamata (5 orang yer bukan 1, bukan 2 dsb, jgn terkejut lak). Penantian seorang puteri yang tak kunjung tiba, sehingga menjadikan rumahku syurgaku ini dipenuhi 5 orang putera belaka sebagai penyeri hidup kami berdua. Namun, syukur alhamdulillah saya redha dengan segala ketentuanNYA. Seorang yang agak pendiam dan serius, namun sangat peramah bila disapa. Kadangkala disalah mengertikan oleh sesetengah orang sebagai seorang yang sombong.

Pernah bekerja di beberapa buah syarikat dan terakhir di sebuah syarikat automotive, joint venture antara Malaysia dan German di bahagian sumber manusia, pengkhususan di bahagian pembayaran gaji. Memilih untuk berhenti kerja pada bulan Mei 2008 kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Mula mengenali dunia maya apabila menjadi surirumahtangga sepenuhnya. Kerap melayari internet untuk mencari resepi2 baru. Dari situ mula membina fotopages untuk berkongsi pengalaman masak memasak dan mecuba pelbagai resepi baru, namun tidak begitu aktif, kerana waktu yang agak terbatas. Keinginan membina blog muncul pabila seorang demi seorang rakan rakan di fotopages mula mengaktifkan diri di dalam dunia blogging yang lebih luas ruang lingkupnya. Dengan sedikit usaha melalui pembacaan di internet ttg cara2 membina laman blog, maka syukur alhamdulillah akhirnya spt mana fotopages, saya berjaya membina blog sendiri walaupun masih serba kekurangan. Blog ini terbengkalai beberapa ketika pada permulaan pembikinannya. Namun mulai aktif kembali pada pertengahan tahun 2010 sehingga kini. Melalui laman blog ini, ingin saya kongsikan bersama pengalaman hidup, kisah suka dan duka dan tak lupa juga resepi2 menarik yang telah dicuba samada yg diperoleh melalui internet ataupun hasil kerastangan sendiri. Semuga dengan adalah blog ini dapatlah kiranya saya menambah sedikit ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang, menambah kenalan dan seterusnya berkongsi pula dengan mereka yang sudi.

Rasanya, itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan mengenai diri saya. Dan selanjutnya ingin saya kongsikan award ini kepada semua pengunjung2 blog saya yang tak sepertinya ini tidak terkecuali kepada 15 orang sahaja. Bagi saya semua blog mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan paparan dan keunikkannya. Jadi, semua blog berhak mendapat award istimewa ini. Jadi, sudi2kanlah meng "copy" dan mem "paste" di blog anda semua ya. Semuga dengan adanya award yang sebegini dapatlah menaikkan semangat para bloggers untuk terus berkarya, mengeratkan tali silaturahim sesama bloggers dan seterusnya memeriahkan lagi dunia blogging yang kian hari kian ramai pengikutnya.

Wednesday, December 29, 2010

Award Lagi



Salam semua,

Dah beberapa hari cuba nak gantungkan anugerah daripada Ana Qawina ni. Hujung minggu selalu sibuk dengan kenduri, lepas tu balik kg sat tengok rumah lama, tebas menebas apa yg patut sikit. Anak anak bukan main seronok lagi bila balik kg padahal kg cuma 10 minit aja dari rumah.

Alhamdulillah, hari ni ada kelapangan sikit untuk menjawab soalan soalan daripada Anna. Sebelum tu, terima kasih diucapkan buat Anna kerana sudi bagi award lagi sekali kat akak, sampai dua sekali, huisssh banyak tuuu. Nak tergelak pun ada gak bila dapat award chef ni, macam kata Ana jauh panggang dari api. Kita ni pun baru aja nak berjinak jinak dengan dunia masakan, harap masin la mulut sipemberi
award, dan leh jadi Chef yang betul betul……bukan Chef yang tipu tipu lagi heheheh Amacam, agak agak ada tanjak dak???


1. Sejak Bila Anda Mula Memasak Dan Apakah Masakan Pertama Anda?
Alahai susah nak jawab soalan ni nihh. Tak berapa nak ingat bila mula memasak, tp kalau tak silap masa zaman remaja la sebelum kahwin dan kalau tak silap jugakla masakan pertama saya ialah kari ikan kembung dengan bendi. Masakan ni memang arwah ibu selalu buat dan saya suka bila mai tang bab tumbuk bawang merah, bawang putih
dan lada hitam pakai lesung, maklum dulu dulu takder blender. Lagi satu sambal belacan, ni wajib ada.

2. Siapa Yang Mengalakkan Anda Memasak?

Tak der sapa sebenarnya. Arwah ibu tak pernah memaksa, klu suka tolong, klu tak suka, suka hati ko ler. Saya sendiri yang suka dan minat sangat ke dapur tolong ibu masak memasak. Lagipun dulu dulu hidup saya sekeluarga agak susah, masak pakai dapur arang jer, bila ada duit lebih sikit baru beli dapur minyak, sedih gak la. Minat memasak ni makin menebal semenjak berhenti kerja 2 tahun lepas sebab terpaksa memasak untuk famili. Maklumla kita yg pilih nak jadi surirumahtangga sepenuh masa.

3. Masakan Yang Anda Suka Masak Dan Digemari Orang-Orang Kesayangan Anda...

Masak Nasikkkkk!!!! Senang dan semua mesti nak makan, keh keh keh……. Tapi kena dengan lauk pauknya la especially ayam masak merah atau apa apa masakan ayam.
Kalau masak ni, insyaALLAH gerenti habis, licin periuk belanga, anak anak dan hubby semua suka.


4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung Ke Blog Anda


Sebenarnya saya ni tak ramai peminat, maklum kita ni pun tak berapa aktif berkarya......dan tak rajin sgt berblogwalking. Macam biskut sekejap ada, sekejap tak der, jd pengunjung pun tak berapa ramai, apatah lagi follower. Walaubagaimanapun, saya teringin sangat nak tag beberapa orang kat bawah ni, harap mereka sudi menerima award ini.

Normarlida
Umieaisyah
Momma
Mamasya
Ummi Zaihadi

Monday, November 29, 2010

Award from Anna Qawina



Salam semua,
Dua, tiga hari lepas terima award ni dari Anna Qawina, teruja gak la, maklum tak pernah pernah dapat award, kalau orang lain tentu dah penuh dinding rumah. Blog kita ni pun baru setahun jagung jer dan masih dalam proses ubahsuai sana sini, gambar gambar yang diambil pulak pakai hphone murah jer, cantik ker, macam payah lak nak caya.

Lagi satu masalah saya, nak copy paste gambar award yang Ana bagi tu pun berhari-hari dibuatnya, maklumla kita ni bukannya pandai sangat bab internet ni, byk kena buat research dan cuba sana, cuba sini, tp finally, alhamdullilah dapat gak gantung award ni kat dinding rumah, amacam cantik tak?

Bagi saya la, pemberian award ini umpama satu motivasi, biar bersemangat sikit nak berblogging, maklum kadangkala kita cepat bosan. Payah jugak rasanya hendak menampilkan kreativiti yang tinggi dan corak penyampaian yang tidak membosankan demi untuk menggamit/memukau perhatian pengunjung2 blog. Apa apa pun saya cuba buat yang terbaik.

Banyak blog yang saya suka sebenarnya dan benar benar cantik tp dah pun ditag oleh orang lain, macamana tu erkk, boleh bagi lagi sekali tak, tak boring ke depa nanti??? Ok la saya perpanjangkan award ini ya.....

Nick name tuan empunya Blog:
Wattie

Ucapan untuk pemberi award:
Terimakasih buat Ana Qawina yang anggun bergaya yang telah sudi memberikan award blog "so cantik" kpd saya, sebenarnya tak cantik manapun. Walaubagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk menerima dan menggantungkannya di blog ini.

6 fav artist / singer / group
Yusuff Islam
Maher Zain
Sheila Majid
Ramli Sarip
Rabbani
Whitney Houston

Tag 10 bloggers:
sape la agaknya yer...... tengah dok memikir ler ni

Terima kasih.