Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts
Monday, November 16, 2015
Monday, November 9, 2015
Mixed Fruit Scones
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Buat scones pulak untuk minum petang. Sedap scones ini walaupun dimakan begitu sahaja. Rasanya tidak terlalu manis. Walaubagaimanapun, anak anak tidak begitu menggemarinya kerana tekstur dan rasanya.
EDD KIMBER's SCONES
Sumber : Drizzle n Glaze
340g all-purpose flour
20g baking powder
1/2 tsp salt
50g unsalted butter,
diced
80g caster sugar
100ml milk
3 large eggs
60g raisins or sultanas
Preheat the oven to 390 (365 fan) and line a baking tray with parchment paper.
In a medium bowl whisk the flour, baking powder and salt together. Add the diced butter and using your fingers or a pastry blender rub in the butter until it resembles fine breadcrumbs. Mix in the sugar then make a well in the middle and pour in the milk, two of the eggs and the raisins. Using a wooden spoon mix together until it just comes together to form a soft wet dough.
Tip the dough out onto a well floured surface and gently knead by folding the dough in half and then turning through 45 degrees and repeating until the dough is smooth. Be careful not to overwork the dough, this is a light very brief action, you are not kneading the bread, it is more of a fold.
Lightly flour the surface of the dough and roll out to about 2.5cm inch thick. Using a 7cm round cookie cutter cut out as many scones as possible. Very gently bring the scraps of the dough back together and cut out more scones. Place the scones on the prepared baking tray and allow to rest for about an hour.
Beat the remaining egg together and brush over the tops of the scones (avoid getting any egg on the sides as this will prevent the scones from rising properly). Bake in the preheated oven for about 12 minutes or until golden brown on top. Allow to cool slightly before serving
Labels:
Bread and Pizza,
Cakes,
kueh mueh,
Muffin
Sunday, September 20, 2015
Monday, August 24, 2015
Resepi Kek Buah buahan Bakar
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Baru baru ini saya mencuba kek buah kukus, kali ini saya mencuba pula kek buah versi bakar.
Alhamdulillah, hasilnya juga tidak menghampakan. Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih menggemari kek buah kukus. Apa apapun terpulang kepada selera masing masing.
KEK BUAH BAKAR TANPA TELUR
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
- 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
- 2 sudu kecil baking powder (diayak)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
- 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
- 125 ml jus oren
Bahan B :
- 250 g mentega
- 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
- 250 ml susu cair
- 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
- 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
Kemudian taburkan badam cincang jika suka.

Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Cara penyediaan yg tak menyeksakan...mula2 larutkan gula dan butter bersama susu cair. Bila dah larut, terus tutupkan api. Dan masukkan mix fruits yg sudah dihiris halus tadi dan kacaulah sebati. Tutupkan bekas tu. Biarkan ia terendam selama lbh kurang 4 jam atau semalaman. Gambar yg kat hujung sekali tu menunjukkan ia dah terendam lama. So, buah tu naik/terapung. Maknanya ia takkan jatuh semasa proses pembakaran.
DJ menggunakan loyang 22 cm. Kalau nk jadikan kek ni lbh tinggi, ada baiknya guna yg 20 cm.
Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. DJ guna buah oren sunkist. Guna oren sunquick pun boleh kalau x ada stok buah oren. Bancuhlah dlm 2 sudu makan gitu. Lepas tu, masukkan ke dalam loyang. Taburkan badam cincang...sedap sihh!
Ataupun boleh juga dicuba resepi yang di bawah ini bagi melihatkan perbezaannya.
Apa apapun mesti dicuba sehingga mendapatkan hasil yang betul betul memuaskan dan memenuhi selera..
Apa apapun mesti dicuba sehingga mendapatkan hasil yang betul betul memuaskan dan memenuhi selera..
KEK BUAH
Resepi Asal : MekarMewangi
Sumber : Ketoombar
Bahan A:-
250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix
1 cwn air
Masak semua bahaan di atas dengan api sederhana sehingga butter dan susu pekat larut. Ketepikan biar sejuk lebih kurang 3 ke 4 jam sehingga buah buahan agak kembang
Bahan B:-
2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn)
Apabila bahan A agak sejuk.. masukkan telur dan kacau rata. Kemudian masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata. Masukkan juga jus oren.. kacau rata..
Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau dilapik baking paper.. Bakar dalam oven suhu 180 celcius atau gas mark no 3 mengikut oven masing masing sehingga masak. Sekiranya lambat masak, tutup loyang.
Labels:
Cakes
Tuesday, August 18, 2015
Blueberry Sandwish Cake
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini lagi satu kek.yg saya buatkan untuk jamuan hariraya hubby di ofis. Kek ini siap.malam sebab menyiapkan tempahan lain.di siang hari yang kebetulan serentak tarikhnya.
Gambar agak.malap sedikit sebab snap di waktu malam, maklum pagi pagi hubby dah nak bertolak ke ofis.
Deko simple simple saja, yang penting rasanya...
Cream cheese frosting, blueberry filing, fresh blueberries, green grapes. Yummylicious!
Cream cheese frosting, blueberry filing, fresh blueberries, green grapes. Yummylicious!
Harap semua menyukainya.
Labels:
Aidil Fitri,
Cakes
Tuesday, July 28, 2015
Kek Buah Kukus Terbaik Chef Zubaidah
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Kek yang saya sediakan sempena hari lebaran 2015. Sedap kek ni, lembut dan lembab selepas beberapa hari disimpan. Saya bakar di dalam loyang bujur seperti diatas selama lebih kurang 2 jam.
KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal : Chef Zubaidah Che Pa (Buku Steamed Cake)
Sumber : AzieJaya, SpiceJourney
Resepi Asal : Chef Zubaidah Che Pa (Buku Steamed Cake)
Sumber : AzieJaya, SpiceJourney
Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence
Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala
Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal (10in)
Labels:
Aidil Fitri,
Cakes,
Fruits
Friday, June 26, 2015
Kek Yoghurt Mangga - Resepi Ramadan 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Yogurt Mangga
Resepi Asal : Chef Liza Zainol
Sumber : Kongsi Resepi
Bahan A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sd teh ovellate
100 gm gula ( akak lebihkan sikit 120gm)
1/4 sd teh garam halus
1sd teh pewarna kuning (akak guna 1/2 sd teh )
Bahan B
120 gm minyak jagung
80gm minuman yogurt mangga
2sd besar yogurt mangga (akak blenderkan sikit dengan isi magga ( dalam 1sd besar)
Bahan C
30 gm serbuk gajus ( agak guna serbuk badam)
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri ( akak guna 120gm tepung gandum + 3/4 sd teh baking powder)
60gm tepung gandum
Cara2nya :
Putar telur dan kuning telur bersama ovallate selama 1 minit.
Masukkan gula dan putar selama 4 minit pada kelajuan sederhana.
Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lagi 3 minit.
Tambah yogurt mangga dan juga bahan "C" sedikit demi sedikit, gaul rata.
Tuang minyak jagung dan gaul hingga sebati.
Tuang dalam bekas pilihan yang telah disapu mentega.
Bakar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong, boleh hidangkan untuk minum petang.
Saturday, May 9, 2015
Italian Rainbow Cake & Blueberry Cheese Tarr
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di samping kek, Nur Aqmar juga menempah blueberry cheese tartlet.
Terimakasih byk diucapkan. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Labels:
Birthday Cake,
Cakes,
Kids Birthday Cake,
Rainbow Cake,
Tart
Wednesday, April 29, 2015
Devils Food Chocolate Cake
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Baru kali ini saya berkesempatan mencuba kek yang telah menjadi fenomena suatu ketika dulu dan masih digemari sehingga kini. Kek ini saya buat sempena hari lahir saya dan hubby yang kebetulan serentak dalam bulan April. Buat hanya untuk makan makan bersama famili. Jom kita tengok hasil kerastangan saya pula.
Kek ini saya gandakan adunannya bagi mendapatkan kek yang sedikit tinggi dan dibahagi 3 bahagian sebelum dilapisi dengan cream cheese frostsing. Untuk toppingnya pula saya tambahkan benda alah ni semua...... kinder bueno, badam panggang dan juraian salted caramel dan ganache, fuhhh berganda gandalah kenikmatannnya.
Devils Food Chocolate Cake
Devils Food Chocolate Cake
Sources : KG
Ingredients
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder (i used valrhona)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt (i used 1/2 tsp)
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
65 gram butter
1 large egg - size A
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk (i used fresh milk and added 1tbsp vinegar)
1/2 cup warm water
Preheat oven at 170C .. greased cake tin
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add egg.
Add dry ingredients (flour, cocoa powder etc) alternately with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions
Add vanilla extract and continue to mix till well blended
Bake for about 30 minutes or until just cooked
250 g cream cheese (room temp)
125 g butter (room temp)
1 cup icing sugar - sifted
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste
Beat cream cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Chocolate Ganache
200 ml double cream with at least 30% fat content
250 g dark chocolate, chopped finely (i used valrhona)
a pinch of salt
In a double boiler, warm double cream until just at boiling point, add chopped chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.
Cool cake completely, spread the cream cheese frosting and pour cool ganache on top.
Labels:
Birthday Cake,
Cakes,
Chocolate Moist Cake
Subscribe to:
Posts (Atom)























































